Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 29, 2009

Refleksi Masa


(",)v

Monday, December 28, 2009

Macam luahan perasaan?


HAHAHA. Aku tak tau la aku ni sebenarnya tengah bengang atau puas hati. Macam dua-dua sekali. Puas hati sebab aku dah perli dia; bengang sebab dia perli aku balik. Well, ini lumrah hidup kan? What you give of cos u'll get back. So kedua-dua perasaan ni bercampur sekarang. Seumur hidup ni, inilah rasa benci paling worse kot? Bezanya dulu aku simpan je rasa benci aku. Tapi itu buat aku konfius! Kali ni aku nyatakan terang2 betapa bencinya aku pada dia. Biar dia tau. Biar dia terseksa dengan kata-kata dia sendiri yang memakan diri. Biarkan! HAHAHA! *baiklah, agak saiko semua ini! mari beristighfar... T______T*

Akhir-akhir ni aku agak saiko. Nak bukak semester kot? Lepastu AE tak siap. Hah, BAGUSlah tu.

Cuaca panas disebelah pagi dan hujan lebat disebelah petang buat mood aku swing juga. Aku sebenarnya teringin nak maki-maki orang. Tapi biasanya manusia yang aku nak maki ni tak pulak dikenali oleh orang2 disekeliling aku. So aku pun cancel sebab aku malas nak explain kat orang kenapa aku maki sekian sekian. T__T. Atau mungkin akan menampakkan kebodohan aku atas tindakan-tindakan tidak wajar yang telah aku lakukan sampai boleh memakan hati. It's so complicated! Benci betul!!

Aku tertanya-tanya bila la rasa benci ni akan berakhir? Mesti aku happy kalau aku tak berperasaan macam ni lagi. Orang takkan kata aku pendiam. Orang takkan kata aku takde perasaan. Orang takkan kata aku unexpected. Sebab aku dah fed-up jadi orang macam tu lagi...


Thursday, December 24, 2009

Panic


Hari mendung selalu je buat aku rasa sedih. T___T. Puitis sangat ni. Dah. dah. Jangan sedih-sedih. Takde siapa nak tolong kalau kau sedih-sedih macam ni. Orang lain pun tak suka tengok muka kau yang asyik monyok macam Cinderella. *Ha? Cinderella?* . . . . . .

Emm. Dah final sem macam ni tengok orang sambung master study macam best. Tapi kalau dah CGPA aku pun macam dah tepi longkang, ada hati ke orang nak approve scholar? Dapat scholar KPM ni pun kira dah untung sangat. Pulak tu boleh membazir-bazir beli tu ini macam duit tu beranak setiap jam. Lepas tu bila hujung semester je dah panik-panik kata duit dah habis la, itulah, inilah.

FINE.


Masih lagi panic at the disco.

-

-

-

-

-

-

-

-

p/s: Jiran mana la ni asyik pasang lagu Kotak- Masih cinta. Sampai aku dah nak hafal dah ni!

Thursday, December 10, 2009

Ding Dong: Who's at the door??


I love this place. Wake up in the morning and listen to birds chipping. No overslept cause the sun will glare through the window straight to my face. Then taking the fresh air at the balcony and watching people rushing to works, children hurrying to the school. This is life, perhaps. There's lots of space and peaceful time for me to do my works without being disturbed. And when I'm ready to sleep at nite, the guy next door (music student i guess) will play his sweet melody through his guitar.. until I fall into sleep.

Selamat datang ke rumah sewa saya!

Dah macam iklan la pulak entri aku kali ni, kan?? Sebenarnya aku dah letih nak bayar sewa mahal sebab cuma 4 orang je serumah. Nak cari housemate baru yang dipercayai pun haram susah! Padahal tak la jauh sangat kalau nak berjalan kaki pergi fakulti tu. Kedai pun dekat. Tapi masih tak ada orang berkenan nak sewa. Kenapa ye? Mahal sangat ke? Orang kata, nak selesa kena la bayar lebih. Tapi kebanyakkan orang kat sini taknak pulak yang selesa-selesa ni. Nak yang murah la pulak.. Erm, nampak gaya memang kami berempat je la duduk sampai habis semester nanti... hahaha. apesal la aku boleh bercerita tentang rumah sewa bagai?? okeh, tamat cerita rumah sewa.

Since semester baru dah nak bukak ni, tak sabar nak tengok baby Damia.. Dalam entri lepas2 aku ade cite pasal wedding classmate aku, Athirah kan? So kali ni aku nak cite pasal baby diorang pulak... Weeee~
Si cutie Damia Zulfaa :)

Em kejap je rasanya. Pejam celik- celik pejam dah muncul baby Damia. Tak tau la apa aku pikirkan tapi bila tengok orang yang tak wujud tiba-tiba wujud *kenapa ayat kau macam kap lam ya nga?* rase macam ajaib sangat. Subhanallah... hebatnya ciptaan Allah. Aku yang belajar Biology dari sekolah sampai sekarang baru la rasa betapa uniknya kejadian manusia.

Tak tau la kenapa baru sekarang aku nak rasa takjub macam ni. Perkara ni boleh dikatakan hari-hari berlaku kat sekeliling kita, tapi bayangkanlah, kalau lah mak bapak dia tak bertemu so takde la baby Damia. Cantiknya plan yang Allah buat, Dia pertemukan jodoh Athirah ngan husband; TING!! muncullah Damia Zulfaa!!! Hahaha. Macam main masak-masak je bunyiknya. Anyway, tahniah wat Tirah & Husband sebab keluarga mereka dah lengkap :))

Hah. Patut lah sana sini orang asik cakap pasal baby je. Mula-mula serius aku tak paham. Buang tebiat ke apa nak baby! nak baby! Kalau nak baby pergi kawen la sana. Kenapa nak bagitau kat semua orang? So sekarang baru aku paham betapa seronoknya bila baby tu muncul depan mata.. Waah, naluri keibuan dah muncul dah ni. Baik aku stop sekarang!



I'm not as strong as you thought.
I'm weak and I'm fragile.
I'm smiling because this world doesn't even care if you cry.
But it's okay anyway.
I got my God to watch over me.
So everytime I'm feeling down,
My God will console me and whisper into this heart;

" ...so lose not heart, nor fall into despair; for ye must gain mastery if ye are true in Faith."
(Al-Imran;139)


p/s: Selamat beramal! *tiba-tiba je*


Monday, December 07, 2009

X:D

Hari ni rase lega sangat. Sebab dah tukar pakej youth broadband, buat simkad baru, tengok Ninja Assassins (Rain okayy!!) , sehari kat Alamanda, dan dapat jugak pergi majlis Mirah!!

::gambar sekadar hiasan sebab aku tak pandai wat bibir juih T____T::

:: mirah & I::

Hurm.. *cough kejap* tengok sahabat-handai dah mula naik pelamin tiba-tiba cuak secara minimal. *KAHKAHKAH. Sape suruh tak carik bofren? Kan dah gigit jari..* yelah..yelah.. esok-esok aku carik la. Jangan busy body tanya aku lagi. Suka hati aku la walau kadang-kadang aku tak suka apa yang hati aku suka. pening kan? Tapi takpe. Lepas majlis tu terus pergi Alamanda ngan Nisha. Kat sana jumpa Nina, member Nisha. Chit chat dalam dua jam camtu pastu end up sehari suntuk tawaf Alamanda. Balik-balik tu dah malam.. boleh pulak sesat tak jumpa highway balik Shah Alam. Haha!

Sampai je rumah kakak Nisha, baru aku sedar aku tertinggal sebelah selipar aku kat parking Alamanda tu. HUAAAAAA!!! Aku baru pakai sekali tau!! Aku punyalah bersusah payah 2-3 kali pergi kedai selipar tu tukar size, boleh pulak nak tertinggal-tinggal segala. Nyanyuk pe aku ni?? Tu la suka sangat drive berkaki ayam. Sampai selipar pun boleh tinggal kat parking. Adeh! Before balik rumah sewa singgah jap kedai kasut beli selipar baru lagi T____T...

Tapi balik rumah tu tak la sedih sangat sebab baru je beli buku Cecilia Ahern, 'Thanks for the memories'. Cett. Konon memorable la sangat selipar tu baru pakai sekali! Pastu hari Ahad aku pergi Bukit Raja tengok Ninja!!! Oh bukan. Tengok Rain!!! Muahaha~ Tapi Rain dalam movie ni tak cute la plak :( Bak kata police officer tu, "He doesn't look like an assassin. He's more to ... a boyband?" . KAHKAHKAH. So true...

Pastu aku baru perasan Rahika letak kerja seni aku kat blog ngan FB dia! Hah. Boleh mintak royalti dah ni! Kang kalau tak, aku berdoa kepada Tuhan supaya Rahika ____________ *Rahika! isi cepat! aku offer ni!* Muahahaha~

Monday, November 23, 2009

Dari Tetingkap Ini


Owh. Hari ni mood saya sedikit baik kerana telah keluar menonton wayang. Walaupun terpaksa mendongakkan kepala hampir 90darjah sebab kononnya seat dah penuh. HAHAHA. Kononnye lah. Lepas tu macam biasa la nak beli donut. Tapi duit macam tak cukup nak beli banyak sebab ahli jemaah memang tengah kelaparan :/ Pegi atm semua out of service. Last2 pergi Giant keluarkan duit pastu beli KFC satu bucket T___T. Hah. Sape la letak KFC depan mesin atm ye? Cuba letak jauh-jauh sikit bagi orang tak nampak.

Berita utama.

Gaji skp dah masuk. Weeeee~ boleh la cover sebulan lagi before scholar masuk. Soalan: adakah saya pengguna yang boros? Owh. Mana mungkin. Saya kedekut taik idung masin. *mana kau tau taik idung tu masin?* Oh, saya tak tau tapi mostly kawan-kawan saya tau. Mungkin mereka lebih berpengalaman dalam bab-bab merasa. *dah la tu. jijiks dengar kau cakap pasal taik idung!* Baiklah. Yang penting aku kedekut pada diri sendiri je. Dekat orang lain akulah paling pemurah dah broke pun still boleh buat muka steady macam Harrods tu daddy I yang punya T____T ! Eh, berkaitan kahh??

Hari ni jugak mood saya bertambah baik kerana telah pun download lagu Breathe by Taylor Swift. Semacam berdiri di atas batu yang tinggi lepas tu ada laut kat bawah dengan ombak menghempas kuat. Hah. Tulah selalu sangat tengok video klip kan dah terpengaruh. Kekeke.


Mungkin saya perlu bercuti? Oh, cita-cita ku untuk menaiki banana boat masih belum tercapai... Mana mungkin pulak nak bercita-cita buat Boogie Jump? Atau parachuting dengan bot laju? Ya, saya hanyalah gadis biasa yang hanya mampu melihat dan tersenyum atas kebahagiaan yang mungkin anda pernah rasai... anda patut bersyukur tau tak??

Okay sekarang dengar lagu Come Home by Onerepublic pulak :)

Everything i can’t be
Is everything you should be
That's why i need you here

Sunday, November 22, 2009

Aku Mengganas

Hari ni aku sangat tersentap. Geram ada, sakit hati ada. Mula-mula aku ingatkan aku ni jealous ke apa, tapi rupa-rupanya bukan.

AKU BENCI.
Wow. Such an expressive expression you have! :D



Monday, November 16, 2009

Amore Chicken Black Pepper Roney Honey

Hari ini aku telah menerima satu panggilan penting ketika sedang sibuk meneliti wajah rakan-rakan kesayangan. Okay, meneliti kedengaran menakutkan.. ketika sedang sibuk check-it-out wajah rakan-rakan kesayangan. Panggilan penting ini datangnya dari emak. Lebih kurang macam ni lah;


Emak: Lea masuk! Lea masuk!

Lea: Lea di sini. Teruskan! Teruskan!

Emak: Sila laporkan keadaan cuaca di rumah.

Lea: Cuaca mendung seperti mahu hujan. Potensi hujan turun 98%

Emak: Baiklah. Sila keluarkan ayam dari freezer. Kemudian pergi ke kedai sekarang dan beli bahan untuk masak chicken black pepper.

Lea: Arahan terima, over.

Emak: Over. Roger and out.

Perbualan ini semacam over juga.

Baiklah. Aku diarahkan ke kedai dan membeli bahan memasak chicken black pepper. HAHAHA. So aku pun bersiap-siap nak keluar beli bahan masakan. Tiba-tiba hujan turun dengan ganas sekali.

Ok, tak jadi pergi kedai. Kereta tak ada.
Masuk rumah semula lalu berkaraoke = . =

Habis je karaoke hujan pun macam dah renyai-renyai. So aku dengan tabah syazwan mencari kunci motor dan merempit ke kedai runcit berhampiran. Sesampai di kedai aku berkira-kira, bahan apa agaknya yang aku kena beli?? Alaa.. Lupa nak tengok resepi pulakk...

Maka membuat keputusan sukar seperti ini memang menjadi tabiat aku sejak dulu. Kira-kira dengan membeli sepeket perencah black pepper segera seperti ini adalah satu keputusan sukar yang bijak, bukan??

Tadaaaa~


Maka bermulalah perjuangan aku memasak chicken black pepper dengan perencah segera seperti di atas. KAHKAHKAH.


chicken sedang berenang-renang ke muara kuali

Masakan ini sangat mudah membuatkan aku macam nak masak dengan sebelah tangan je kerana kesenangan untuk memasaknya.

Inilah hasilnya tuan-tuan dan puan-puan,
AYAM MASAK KICAP LADA HITAM



Okay tamat. Pergi sambung karaoke.
............................................................
...............................................
.................................


Wishlist

terminate maxis bb . tengok 2012 . makan dOnut . dapat laptop baru . beli accessory yang cute untuk celcom bb . Sekarang nak buat AE dengan hati yang tenang!!! lalalala~

Friday, November 13, 2009

Tips For A Blog Beginner

Telah saya memulakan kerja-kerja pembuatan blog sekitar tahun 2008 ketika era cuti semester. Kini sebagai founder kepada Bitter Sweet Heart yang sumpah sampai sekarang takde siapa tahu akan kewujudannya; saya telah menjadi lebih giat lagi untuk menceritakan sisa-sisa kehidupan sebagai anak gadis muda yang terkebil-kebil untuk menjadi wanita serius bekerjaya kelak. *dah la tu. baik kau stop buat macam ni kalau tak kami tak nak baca dah. serius tak tipu.*

Baiklah T________T

Aku telah berusaha! *sila buat nada chaiyok! untuk pembacaan yang lebih efektif* mencari apakah tips-tips menarik untuk seorang blog beginner ni. Aku macam tak harap la ada orang nak follow blog yang merepek macam ni; tapi kalau ada silent readers pun macam best so aku boleh excited secara senyap dalam hati. T__T

Iklan.*sejak bila kau pandai iklan?*

Oh, sorry to those who can't read this post since I'll give the tips in Bahasa.

Ok iklan tamat.

Secara teknikal, bila seseorang mula membuat blog perkara yang terpaling terpenting sekali ialah nama blog. Adakah anda suka nama blog anda? *Kalau kawan aku tak suka takpe lah ada korang kesah... weii ni belog aku okay?? *HAHAHA. kes macam ni exception la kott? Jadi alangkah baiknya kalau korang pikir baik-baik apa nama yang seswai , catchy macam senang je nak ingat, kan? Kalau boleh elak kan macam;

http://druzzelcriptouxschazznet.blogspot.com yang sumpah panjang susah nak eja atau http://sayamemangpalingcomelz-so-whutt.blogspot.com yang sumpah annoying sampai bila aku tak nak masuk baca. *korang klik jugak ke?*

Kemuadian zaman sekarang ni dah ada application yang owner boleh masukkan address pastu keluar nama blog berserta entri terkini sekali kat sebelah kanan ke kiri entah. Hebatkan? Memandangkan ada macam banyak sangat link orang biasanya akan pilih link yang macam woow dan apatah ni macam;

Di Luar Kotak Afdlin Shauki yang semua macam nak tau atau Anak Raja Zainal Abidin yang sumpah cool nak kenal! nak kenal! *erk?!*

Ok next. Presentation. *aku ingat kat kuliah je buat presentation. kat sini pon ade jugak ke?* Eh, of cos ada! Pilih la background yang bersesuaian dan sedap mata memandang pandang tak jemu.. pandang tak jemu.. *ada hati nak berdendang. nah 2ringgit beli jajan Dendang dah main jauh-jauh.* Dendang Background layout tu kalau boleh jangan la yang banyak sangat color sampaikan readers susah nak fokus pada apa yang dibincangkan. Lagi satu jangan lah pilih color tulisan yang macam haram susah nak baca dowh! Background gelap tulisan kenalah cerah. *ini pun nak bagitau gak ke?* Eh, aku cakap ni siap-siap sebab aku tengok ade je yang buat. background cerah tulisan kuning. Juling aku baca. Pergi check blog ni sekarang kalau berani http://blogtiputipu.com.

Sekarang tips yang terpenting sekali.
Tajuk entri/post. Jangan sesekali mengabaikan tajuk post sebab orang ramai Google mesti nak tau apa yang you all bincangkan tentang si polan berkaki dua itu. Contoh aku bubuh tajuk entri selipar Gladiators yang macam tengah tiptop waktu tu sebatalion peminat gladiators berkunjung nak tau jugaaak... huahua. Untuk menyerikan lagi suasana apatah daya kalau you all letak sekeping gambar berukuran poskad sebagai bukti pembelian. *berhenti mencarut mengarut sekarang!*

Kemuadian demi kebaikan nama negara bangsa 1 Malaysia, sila lah jangan membuat carutan melampau di blog anda melainkan blog anda itu ialah khas untuk mencarut. Sila nyatakan sekali statement tersebut supaya readers tak terkejut dengan penggunapakaian eh silap; penggunaan bahasa you all yang tak manis bagi sesetengah insan yang selama ini bahasanya manis-manis sahaja.

Jugak, selalu-selalulah welcome pembaca2 yang mungkin singgah secara kebetulan agar mereka lebih menyayangi blog anda dengan lebih. Macam yang tengah baca sekarang ni.. *eceh dah malu la tu :P*



Ok bye!



Thursday, November 12, 2009

Cry Me A River

Yuhuuuu.... nak update blog lah!



Ini ialah sarapan pagi saya hampir setiap hari... T__________T
Maka tidak hairanlah saya mempunyai bentuk badan yang ideal.






Ini ialah majlis kenduri dotdotdot yang diadakan di kampung. Sangat meriah dengan makanan kan?
Nak tengok majlis meriah macam ni nanti datang la majlis kenduri kawen saya pula. T__________T

Monday, November 09, 2009

Kapal Besar dan Donat

Owh hari ni aku ade mood nak wat session photoCraze. Bunyik mcm carCraze promo kad Mesra Petronas je kan? Tapi ni lain. Ini sesi bergambar sendirian bawah pokok mangga Wak kat depan rumah nun. Mklum la dah lama tak bercuti. Takde tempat menarik untuk dilawati. Camne nak amik pics cantik diri sendiri ye tak? Depan rumah pun jadilah. Kan depan rumah aku ada taman. Faiq kata lepas hujan depan rumah aku ni macam dekat oversea je. KAHKAHKAH. Kan best kalau boleh ikut Intan n Bella pergi menjala atas kapal besar. *Eh, terasa over pulak cakap camtu hari ni kan?*

Sejak laptop aku hilang ni.. *dah kate kan, benda lepas jgn dikenang!* owhh.. baiklah.. baiklah.. Sejak takde Photoshop ni, rasa tak berseri je pics2 yang aku amik. Muka aku yang berseri-seri sebab dari sekolah seri puteri ni pun gagal menandingi keserian pics yg di edit ngan photoshop. Apelah daya. Tunggu Apit balik rumah la. Dengki sungguh tgk gambar2 dia upload kat Fb semua hensem2 belaka. Tak ada sorang pun hidung kembang walau di masa lapang dia suka kembangkan hidung kalau aku suruh buat kerja. Ini tidak adil! Boleh dia taknak balik rumah sebab takut laptop dia pulak hilang.. kang kau balik aku guna laptop kau taknak kasi balik!! Muahahahaha.

Oh, lebatnya hujan kat luar. Hari-hari hujan macam ni elok kalau dapat minum hot milo cecah biskut cap hup seng. Aku klasik. Tapi tak lah pakai kebaya ngan kain batik sambil minum milo. Itu buang tebiat namanya. Minum senyap-senyap sudah. Sambil ditemani momot. Momot ni apa aku makan semua dia nak. Stress betul ada kucing demand macam ni.

Baiklah. *mood bertukar!!*

Pagi tadi aku baru bercadang-cadang nak beli donut kat Big Apple sbb mengenangkan hati yang tak berapa nak happy duduk sorang2 kat rumah ni. Makan donut sorang-sorang memang best!! takde sapa kacau. Tapi dah hujan macam ni nanti rasa sedih pulak makan sorang-sorang. *Huh?! Ada orang kesah ke?* Yew..yew aku tau. Takpe lah. Nanti 2012 keluar aku pegi tengok sendiri sambil mkn donut. Ha.. yang tu bukan sorang-sorang. Wayang kan besau? Takkan aku nak booked untuk aku tengok sorang je kot??


korang tak kesah kan kalau aku mkn sorang2 je?

Saturday, November 07, 2009

Sekali-sekala


Bertemu kita kembali setelah sekian lama aku mengimarahkan majlis konvo. sebulan tanpa cuti tu... bukan sehari atau seminggu. koma sedar kembali pun tak pasti aku nak terima balik keje tu ke tak. sungguh aku redha demi sesuap nasik. aku gagahi jua walau akhirnya terpaksa ponteng sebab rindu sangat kat Momot kat rumah. aku terpaksa korang. aku terpaksa. sebelum aku gila sebab sebulan tak balik rumah dan di chop anak tak tau jalan balik sbb UiTM tu sekangkang kera je dari rumah i tell you. Sungguh, ini kisah sadis. Dan balik2 je rumah kena rompak lalu kehilangan laptop, handphone dan wang ringgit. Tiada kisah sesedih kisah ini. Aku pasrah. Dengan pasti.

Dahlah. Lupakan nostalgia pilu tu. Aku tak mao kenang lagi. Sudahlah. Duit aku dah habis. Lantaklah. Aku survive atau tidak naik semester baru ni... biarlah. Aku tak tau dan tak mau tau. Yang aku tau naik semester ni thesis aku mesti siap. Dan Dr. Nab kenali aku secara dekat sebagai supervicee dia yang selalu buat kerja last minute. TAPI SIAP. Aku dah penat nangis2 macam semester 6 dulu waktu buat proposal bila Prof. Aziah kata kerja aku sgt superb adakah kamu plagiarize? Sungguh aku pilu waktu itu kerana tidak ada kata2 yang lebih hina jika org kata aku plagiarize hasil kerja org. Helloooooooooo~ NOT SOO ME!! Nasib baik dia bagi A kalau tak sebaldi lagi aku nangis kau orang tau?

Fuh.

So far smester ni tak nangis lagi *hebat kau laptop hilang tak menangis yew?* Sebab konsep pasrah dan redha dah sebati dlm diri maka aku kebal dalam ujian2 seperti ini menjelang hujung semester. Tapi ada satu masalah besar yang aku kecik-kecik kan lah korang.

Ada orang dah taknak kawan dengan aku sebab dia kata aku dah tak macam dulu.

Patut tak aku kesah?





Tuesday, September 29, 2009

The Confession of A Happy Face




but
WHERE IS THE LOVE?

Tuesday, September 15, 2009

Little Secret




Petang-petang macam ni kan seronok kalau dapat duduk tepi laut sambil minum air kelapa.. *EH, ko puase ke tak ni hah?* Uhuhu.. tengah puasa rupenye kita ni ye? Baiklah. Baiklah. Boleh duduk tepi laut tapi takde air kelapa, okeh? Orait.

Malam semalam aku tidur pukul 3.40 pagi semata-mata nak tengok klimaks drama korea kat internet. Hampeh betul. Di bulan ramadhan mulia ni patut mengerjakan 10 malam terakhir dengan ibadat sunat tapi tengok le betapa lagha nye diriku yang alpa nie. Isk3. Satu benda yang aku suka pada drama korea ni ialah... wah buat slogan rasmi pulak aku kat sini. Aku suka drama korea sebab aku boleh 'feel' atau bahasa pasar nye melayan perasaan. Boleh rasa bahagia, sedih, marah, terasa, malu *eceh, org lain yg berlakon ko pulak yg malu2. ko ingat ko actress??* dan jugak rasa jeles. Waa. Kira dengan drama ni dapat pupuk nurture lakonan aku lah. *Statement xleyh layan* Uhuhuhu.

Jeles kat seorang lelaki tu macamana ek?

Hah? Eh aku ke yang taip ayat kat atas ni? Sape nampak aku taip td? Erk.. aku? Nak jeles? so NOT me lah! I x suke jeles2 ni. I... positive, innovative, creative... motive? HAHAHA. This is not funny.Kalau korang pernah bercinta, of coz korang pernah rasa jeles kat ur partner, kan? kan? keluar ngan sape.. ini sape.. tu sape.. kenapa x msg.. buzy sgt buat ape.. dsb. Penat la kalau aku nak state semuanya.

Adekah perlu menjeling-jeling atau berteriak "Aku jeles la kat kau!!!" atau perlukah tunjuk muka manis dan menikam dari belakang seperti yang selalu dibuat oleh kaum wanita? Opss..
Aku sebenarnya nak mendedahkan betapa diskriminasi mampu membuatkan aku geram dan benci. Aku tak jeles pun kat lelaki yang dikelilingi gadis2 control ayu sebab sifat semulajadi lelaki suka flirt. Cuma aku geram bila seorang lelaki mendiskriminasi perempuan. Dan lelaki itu ialah orang yang aku suke. Memang pantang nenek moyang aku bila kena diskriminasi.

Aku tau la aku tak putih, gebu dan berkulit licin tanpa noda. Tapi aku pun manusia. Kau ape hal nak discriminate orang lain macam kau tu kacak sangat. Orang kacak pun tak demand mcm kau lah! *Oh no cik ini sudah marah...*

Tak. tak. Aku tak marah. Dah tak marah. Sebab aku dah sumpah dia. Sekarang dia dah tak bahagia. Aku yakin. Shoutout dia semua yg sedih2 dan nyata TAK BAHAGIA. Sebab gadis cun yang dia percaya dan dia angau-angaukan dlm internet tu dah delete profile lalu hilang. Dan profile yg fake itu milik aku sebenarnya. KAHKAHKAH. Puas hati aku sekarang.

See.. cik ini tidak marah lagi!


Monday, August 24, 2009

Counting Days



Wuhuhu. Lama nye tak update blog. Kinda busy sgt lately. So free time is for meaningful activity jek. Such as.. sleep? HAHAHA.

Hooray!! In the end! The practicum finally come to an ends. YEAY! Tak tau la apa hasilnya nanti tapi it's such a great experience dan buat aku macam taknak masuk sekolah lagi. HAHAHA. School nowadays is soo scary tau tak? Patut pun ramai teachers have mental illness. Sangat stress *untuk orang2 sensitif mcm aku* Ok, kalau aku taknak jadi cikgu, aku nk kerja apa? Contract dah sign. Hurmp.. kalau la aku dapat durian runtuh mcm tiba2 jadi jutawan power root *minum brand power root pun tak pernah!* aku akan bayar balik semua biasiswa tu demi membatalkan kontrak perkhidmatan. Kahkahkah! *Inilah dia makhluk tak tau bersyukur* Tapi serius aku mcm dah tak bersemangat jd cikgu. Patut pun UiTM letak practicum ni kat semester 7 so bila balik campus nanti ada satu sem lagi untuk program pemulihan semangat. HAHAHA!

So last Friday aku wat la jamuan kelas sains aku tu. Belanja nasi ayam kantin, air kotak ngan dadih buatan sendiri. Rasa sangat weird betul jamuan tu! Tak ada aturcara majlis. Just come for eat. Aku pun tak tau nak cakap ape. Sebab diorang form two and semua boys. Of coz they come for foods. Souvenir pun tak de! Huhu sedih sangat ni! Tapi takpe la. Tak harap apa2 pun. Kamera pun aku tak bawak sebab rushing nak pergi sekolah. Aleh2 kereta rosak so abah hantar. Singgah Tesco dulu beli air and cake untuk teachers. Boleh kata ni party yang paling tak best lah. Takde funny stories, aksi retard atau photo sessions. Macam majis rasmi. Atau lagi tepat macam makan lepas pertandingan choral speaking kat sekolah. Hah, macam tu lah!

So after this ada sekali lagi observation. Tak tau la selasa or khamis. Maybe selasa kot sebab hari khamis last period so lecturer sure nanti rushing pulak nak balik berbuka.

And my birthday is coming! heheh. Puasa, ok so tak de la makan di siang hari. And I guess macam tak de hadiah je this year. Tak pe la. It's just a birthday. A year older. And 22 years live in this world. I must say, Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke hari ini.

Till then.

Friday, August 07, 2009

Sumpah!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
jeritan ini sangat kuat sehingga boleh menyebabkan dugong terdampar.

Aku sangat jarang mempraktikkan adegan sumpah menyumpah. Ini kalau tahap dewa-dewa punya bengang (sb dewa tu khurafat) baru la aku menyumpah. Maka semalam aku dengan jayanya telah menyumpah kelas sejarah aku dengan sumpahan teragung seorang cikgu;

Saya sumpah kamu fail sejarah!

Ye ar, time aku mengajar boleh borak2 sambil jalan2. Bila aku tanya semua tak tau. Ni bukan sekali tau tapi dah banyak kali. Sabar punya sabar, semalam la paling worse. Last2 aku duduk tak mengajar wat bodo je kat depan. Budak datang tanya pun aku statik je macam diorang tak wujud. Biar diorang tau betapa sakit hatinye bila orang cakap ngan ko tapi wat bodo. Ade yg datang tu siap waving dpn aku mcm aku ni buta yang kronik. HAHAHA. Padan muka diorang! Rasakan mood invisible aku!

Tapi tu takpe lagi. Ade yang lagi parah. Siap bergaduh dalam kelas! Kalau gaduh kecik2 takpe ni gaduh yang siap nak bertumbuk lagi tu. Kalau aku ade kuasa mau aku lempang sorang2. Sbb takde kuasa la aku suruh ketua kelas panggil cikgu disiplin datang kelas tolong settle kan. Dah menyusahkan orang ni namanya! Aku tak paham betul la kelas tu. Memang patut kena sumpah.

Ada yang concern tu datang la jugak mintak maaf kat aku time rehat. Yang baki2 malaun tu aku tau sampai kiamat tak tentu nak mintak maaf. Hidup la korang ngan sumpahan aku tu. Who cares?

Masuk kotak. Bungkus.




Thursday, August 06, 2009

The Fallen


Tiba2 aku rasa aku meroyan la pulak. 2 hari dah cikgu kacak tak datang sekolah!! kalah bini2 yang tunggu laki tak balik2 bila jam tunjuk pukul 12 malam. Ni part yang aku tak gemar ni. 2 hari tak nampak batang hidung dah mula meroyan, bayangkan aku takkan jumpa dia lagi lepas habis practicum? HAHAHA*gelak besar sungguh ini*

Sungguh pun aku memiliki no phone beliau *jgn tanya mana aku dapat, ok?* tapi adalah menjadi satu perkara pelik ibnu ajaib kalau tiba2 aku bertanya apakah terjadi kepadanya? Maka semalam seperti terdengar-dengar cikgu laki berkata-kata yang ada seseorang dikuarantin di wad. Oh, beliaukah??

So kalau betul dia kena kuarantin, aku sekadar mendoakan dia cepat sembuh. Dan aku doakan jugak gefren atau tunang atau sebagainya berada di sisi menyatakan rasa concern. Biarlah aku concern sorang2 kat sini. HAHAHA*gelak besar lagi*



Di akhir cerita kalau orang ketiga muncul, dia selalu dipersalahkan. Dah pergi jauh2.. syuh!syuh!


Tuesday, August 04, 2009

As we go On

When everything is falling apart

Aku sebenarnya sangat risau. Banyak la yang aku risaukan.

Pertama: mentor aku tak pernah observe aku sekali pun.. dan practicum tinggal 4 minggu je lagi! Tiap kali masa aku mengajar je dia invisible..

Kedua: aku tak jumpa lagi dr.Nab pasal AE aku tu. Target aku 10 Ogos ni even da lambat tp mcm better late than never. Ha3. So aku suruh budak2 tu wat je apa yang aku rancang. Malangnya budak2 ni sangat malas buat kerja!

Ketiga: kalau budak2 malas study dan failed, salah aku ke??

Keempat: aku dah tak senyum dengan cikgu kacak?! *ini pon issue ke??* Betul ini serius.. Wahahaha.. hari tu dia pinjam kalkulator aku pastu aku cakap camni.." Nah, amik la." Mesti dia sumpah2 aku kerek mcm nak sgt pinjam kalkulator ko! hahaha.. tapi aku tak la cakap kasar2.. cuma tak senyum jek.. so mcm no big deal kan?

Tapi alkisah last week time exam tu aku dlm bilik kebal amik paper test ngan shafiah. Pastu cikgu kacak nak masuk, ternampak aku terus tak jadi masuk. Pastu ade cikgu tanya mana cikgu kacak tak amik paper dia lagi.. sorang cikgu tu jawab, tadi dia ada depan pintu ni tak masuk amik ke? WAHAHA HABIS LA AKU BUAT CIKGU KACAK TERASA HATI AKU TAK SENYUM NGAN DIA!! Pastu aku stay je dlm bilik kebal tu sampai semua cikgu keluar. Bila cikgu kacak masuk, baru aku keluar tanpa memandang ke arahnye pun.*tak tau la ape yg aku pikir kan. Aku ni suka la pikir lebih2.*

Tiba-tiba rasa annoying bersalah pulak bila nampak dia sbb dia mmg tak bersalah. 4minggu tu pun dah tak lama, kan? sila la bersedia untuk berangkat pulang!

I need to hate everybody so I dont missed them badly.



Friday, July 31, 2009

Overwhelming


I was young but I wasn't naive
I watched helpless as he turned around to leave
And still I have the pain I have to carry
A past so deep that even you could not bury if you tried

After all this time
I never thought we'd be here
Never thought we'd be here
When my love for you was blind
But I couldn't make you see it
Couldn't make you see it
That I loved you more than you'll ever know
A part of me died when I let you go

I would fall asleep
Only in hopes of dreaming
That everything would be like it was before
But nights like this it seems are slowly fleeting
They disappear as reality is crashing to the floor

I'm hangin' on another day
Just to see what you throw my way
And I'm hanging on to the words you say
You said that I will be OK


Monday, July 27, 2009

Lord of The Ring


Dah nak Raya?!

Sejak dua hari lepas aku ngan mak bercita-cita nak beli sofa ngan langsir baru. So aku cadang la tema tahun ni semua perabot tukar kaler Maroon sebab bosan gila semua kaler Yellow n Brown n Gold sbb abah nak matching ngan kaler dinding Cream.

So semalam pergi la round semua kedai perabot kat Klang kunun nak carik sofa baru. Alkisah akhirnya jumpa la sebijik sofa yang berkaler cream dan berbunga Maroon setelah seharian naik turun kedai perabot. Sangat match dengan tema yang aku idam-idamkan tu.. Cream + Maroon. Tapi alangkah kaciwa nya hati2 kami mendapati sofa tu dah kehabisan stok.. huhuhu... Aku siap tanya bulan depan ada stok baru tak? Pastu dia kata ada dua set kat kilang tapi dua2 dah ada orang booked. Sedey betul dengar, kan? Aku pun mula la merepek, kalu kitorang bayar dulu ada harapan potong line tak? Hahahahahaha..*nasib baik aku tak tanya salesman tu soalan nie*

Dah kecewa tak dapat sofa yang diidam-idamkan tu maka kami pun pergilah menuju ke sebuah pusat membeli-belah. Sementara abah pusing2 carik barang, aku ngan mak pergi la tengok2 kedai emas kot2 tengah sale kan? *Pernah dengar kedai mas wat sale tak?..ha3*

Tiba-tiba mata2 ini seakan-akan terpedaya dengan kilauan keemas-emasan bersama batu2 permata berwarna-warni yang begitu mempesona. Dan tiba2 emak berkata sebegini, "Nak ke? Pilih la satu." maka hati ini melonjak-lonjak dan mata terpeda-pedaya *takde dlm kamus so tak payah carik maksudnye* dengan berbagai pilihan yang ada.

Maka dapatlah aku sebentuk cincin emas bertakhtakan permata dan sebijik batu seakan-akan delima berwarna Maroon yang kalau dipakai ramailah akan menyangkakan ianya sebentuk cincin kawen atau pun pertunangan. Wakakaka...

Terima kaseh Mak!!!!



*tak dapat nak tunjuk yg real sebab kamera takde bateri dan enset seperti yang sedia maklum sudah retak yer skrinnya..*


Saturday, July 25, 2009

Malaysian Mars vs. Malaysian Venus

"Abang sayangkan Nur macam adik abang sendiri. Tapi sekarang abang mula sedar yang perasaan tu tak sama lagi. Abang harap Nur faham..."

SOALAN:
Teka siapa yang cakap dialog ni?

A. Jiran sebelah rumah
B. Anak Tok Penghulu
C. Cikgu Kacak *huh?*

Gila sentap laa ayat tu! Touching nye sampai aku rasa nak menitiskan air mata palsu. *kenapa palsu? sebab ini drama je kan?.. hahahahaha!!..ok..ok :P *

Baiklah!

Ini ialah sepotong ayat milik Aidil (Fizz Fairuz) yang dipetik dari drama NurKasih. *ciss! mati2 aku ingat Cikgu Kacak ko yang cakap!*

(",)V



Aku tak la follow up sangat cerita ni tapi akhir2 ni jalan cerita dia makin menarik pulak sebab Aidil dah mula suka kat adik ipar dia sendiri sebab kagum dengan ketabahannya. Dan Adam (Remy) mula insaf bila masuk penjara *ini lah perangai manusia* dan nak balik Malaysia sebab rasa bersalah tinggalkan Nur.

Pastu bila kawan si Aidil ni tanya bila nak kawin, tiba-tiba aku teringat kat satu blog ni. Lebih kurang camni la dia jawab pasal bab relationship ni..*memang ni pun dia jawab sebab aku copy-paste :P *

I hate people provoking me of my relationship status

If you wanna flirt, just go on straight forward. *betul3!*

Rather than keep asking me of how I’m doing every now and then, making me feel guilty for being rude of not answering..it is easier to say ‘no’ to a relationship then saying ‘I’m fine, thank you’.

Hahahaha *gelak bersahaja tanpa ekspresi*

Inilah beza laki2 dan perempuan. Walaupun dasarnya sama2 rasa annoying ngan soalan status, tapi laki2 ni lagi suka kalau soalan tu di -straight forward- kan je. Yang perempuan pulak merasakan adalah lebih sopan jika lelaki bertanya khabar terlebih dulu walaupun soalan2 tu agak lame, weird dan basi sangat.

Mari kembali ke pangkal jalan.*tiba-tiba..*

Agak tak sensitif jugak la cerita tu bila Adam yang tengah mabuk tu campak Kat yang tengah mamai sebab mengantuk atas katil. Walau pun tu berlakon.. tapi rasa2 nya kalau scene tu takde pun takpe rasanya. Tak mengganggu jalan cerita pun. Peliknya orang berlakon ni director suruh okay, ko buat je. Tapi bila Tuhan suruh, terkebil-kebil pulak ye?? Sebab producer bayar cash kot so semua jadi okay.. kalau Tuhan bayar cash gerenti tak wujud drama camni kat Malaysia ni ye?

Dah. Tak nak komen. Terima kasih.

Friday, July 24, 2009

Yeay! Soundtrack

Kebosanan? Bosan ialah sejenis perasaan yang bila ditafsirkan memberi makna yang sangat bosan. Apabila bosan menguasai diri maka diri menjadi seorang yang sangat membosankan kerana semua aktiviti2 yang dilakukan adalah membosankan juga. Bercakap tentang kebosanan, andainya kita boleh buat sesuatu yang tak bosan tentu hari kita takkan jadi sebegini bosan. Jadi untuk mengelakkan diri daripada terus dibelenggu kebosanan adalah baiknya jika kita tidak lagi bercakap sesuatu yang membosankan seperti ini. Sungguh, ini sangat membosankan.

Bosan kan?

Terima kasih sudi membaca :)



Monday, July 20, 2009

Apakah?

Welcome back, Monday!

Hahaha. Isnin dah sampai. Aku tak sempat lagi cerita pasal ape jadi hari Jumaat lepas & weekend ni. Macam tiba-tiba je. Maklum la jadual padat... *ececeh* tapi takpe, Isnin tetap Isnin. Lagi pun for me Jumaat tu lagi tak best dari Isnin. Siapa kata Jumaat best?

Hurm. Aku tetap tak suka Jumaat

Jumaat yang lepas...
Aku berdiri kat depan kaunter ofis sebab nak sign attendance. Tiba-tiba *haha. mesti ada tiba-tiba, kan?* Cikgu Kacak masuk dan berdiri kat sebelah aku. So aku hulur la buku kedatangan dia sambil2 aku sambung sign attendance aku tu. Pastu aku simpan la pen dalam pencil case..*ini pun kau nak cerita ke? hihi, mestilah! kronologi..*

"Dah wat analisis dah?"
"Analisis? Erm.. analisis yang mana ni?"
"Analisis..."

Berkerut-kerut dahi aku memikirkan.
*Analisis mana plak ni? Ada berapa analisis sebenarnya sekolah ni?*

"Analisis kehadiran ke? Yang tu saya tak buat la sebab saya dah buat semalam. Laporan harian ada la.."

*Seyes tersasul-sasul aku karang ayat*

Dia senyum lagi.
"Erm.. yang tu la."

Dush! rasa nak tumbuk2 je dia. Eh bukan. Rasa nak tumbuk2 je meja kaunter. Dah la time rehat suruh aku wat announcement. Berkejar-kejar aku dari ofis-bilik guru-surau, pastu masuk ofis balik. Alih2 dia muncul wat announcement. Aku sangat lah bengang sebab buku report tu aku sanggup siapkan cepat-cepat & stay dalam ofis sebab taknak terlewat wat announcement tau! Rase nak bom je sekolah ni. *Emosi :( *

Hakikatnya selama ni;

Apakah aku dipergunakan?


Sekarang, bencilah aku pada Cikgu Kacak apetah lagi untuk melihat kelibatnya berlalu-laluan di depan mata. Eventhough hari ni baju dia sama kaler ngan tudung aku lagi..*kali ni kaler cokelat plak*.. dan walaupun kami senyum bila berselisih kat koridor tadi.. *Ok dah! Dah! Full stop!*



See, I hate Friday :) *tiba2 letak smiley*

Friday, July 17, 2009

Maggie

RELIEF!

Ulala~semalam mr.sHah da dtg observe! Walaupun kelihatan agak bengong dengan power point yg tiba2 tak support format, tidur jam 4pagi dan bangun awal sebab sibuk nak print dan bind, dengan gagah nye aku suruh budak2 wat eksperiment! Hahahahaha...

Antara komen beliau:

"Jangan bagi contoh cara2 masak Maggie. Memang konsep tepat tapi Maggie makanan tak berkhasiat."
*Ngeee tersengih2 aku*

Baiklah, aku memang fail bab contoh-mencontoh yang disertai moral value. Tengok, entri2 aku takde yang ilmiah pun :P Lebih kepada virtual diary yang mengarut lagi perasan comel.


Maka dengan tibanya hari Jumaat adalah masa saya berehat dan bersenang-senang

kenapa maggie ni nmpak sedap?

Thursday, July 16, 2009

Kunci

"Nor, nanti amik kunci kat office ye. Pastu esok Nor jaga kantin boleh? Abang ada kelas."

Bercakap dengan aku kah??


Sejak bila nama aku jadi Nor pulak? Aiya! tak memernah orang panggil aku Nor. Pelik ibnu ajaib rase nye. Sebenarnya hari ni aku malas nak post apa2 entri * hahaha penipu besar giler ok?* tapi aku rase nak wat pop kuiz pulak berdasarkan situasi di atas.

1. Mengapakah aku dipanggil Nor?

a) senang nak ingat * padahal kat jadual tu sah2 nama aku di eja LIANA sahaja.*
b) dia histeria pada nama Liana *kot2 cikgu disiplin kat sekolah nama Liana, kan?*
c) suka hati la *short and precise? Shafiah dah tergeli-geli dengar*

2. Mengapakah beliau membahasakan dirinya Abang?

a) kerana beliau merasakan dirinya sangat tua *haruskah? convo pun belom..*
b) kerana beliau sudah married *banyakkah duit beliau untuk married? (cover statement)*
c) kerana saya kelihatan comel dan muda dan sesuai membahasakan dirinya abang *yang ni aku suke*

Baiklah sila jawab suku saat dari sekarang! Hahahahaha.

Tuesday, July 14, 2009

Dengki Mendengki


Kahwin ekspress bahagia ke?
*ayat dengki lagi cemburu*

Doa laa semua akan baik-baik sahaja, kan? :)

*Dengki pada Chika, 23 si fames blogger. Si sempoi yang vogue dan baru mendirikan rumahtangga. Husband dia dokter & jd blog's stalker dia (dokter pun sempat skodeng blog, kan?). Hensem pulak tu. Kenal sebulan. Terus bertunang! Cukup 6bln kawen!! Pastu pindah Australia ikut husband keje. Degree holder tapi jd suri rumah sepenuh masa. Syok nyeeeeeew!!!!! Life is soooo unfair!!!!!!!*

Monday, July 13, 2009

The First Time

I thought I've been informed EVERYTHING.

I'm sooo looking forward as today is my first day- as the teacher on duty. I came in early and asked sooo many questions to the senior teachers about what should be done as the teacher on duty. I'm not a perfectionist but, I'm very particular about completing a task. The details one, I mean.

But when it comes to write the report, I become sooooooo blur. Is there something missing here? And what makes me feel so stupid is actually I didn't ask anybody about the 'missing puzzles' in my report. Stupid isn't it? Very stupid.. LOL! So after finishing the report, I go straight to the surau to perform my prayer.

And God allocates a very perfect time for me to realize my stupidity. *sigh*.

For the first time in my first time.

As I finished my prayer, I accidently met Cikgu Kacak in the middle of my way.
*I like God's plan*

"Liana, tadi check kantin ke?"
"Haah."
"Report dah buat la?"
"Dah."
*serious I was stunned there. He does said something but I can't digest the meaning so I keep on nodding my head. Suddenly he asked..*

"Attandance pelajar?"
"Hah? Saya ke kena amik?"

And he smiles.

Gosh. Now I really look like a dumb. A dummies who do not know how to do a job.
And that time it was 6.30 pm (about 5 minutes before the bell's ringing).

I smiled.

He ran to the school office and met with the school prefects there. He calculated the school attandance (School ok, not a classroom) from the attandance list of every classes and wrote them in his note book.

And I was there... smiling
*I bet he was soooo damn nettled with me*

What can I offered was a calculator and he asked me to find the percentages. One of my student was there watching us calculating.

"Cikgu math mesti ada calculator, kan?"
"?"
*I'm looking at him. My student looking at me.*

"Cikgu ada ajar Math ke?"
I looked at my confuse student.
Dear, I confused too!

Oh, now I remember! I relief another teacher in one of his class last Friday and asked the students to do a math question. Err... related with his assumption or not??

"Balik dengan apa ni?"
"Urm... kereta?"
*Does he tried to offer me a ride? Hahahaha...lame jokes*

I tried to be happy with all those things. But bad mouth keep on crushing me.

"Tak tau buat kerja!"

It was my first time, wasn't it? So, chill!~


Sunday, July 12, 2009

Skeptical!



What are the quality that you will looking for in a person when it comes to making friends? Same attitudes? Their brain level? Appearance? Taste? Chemistry? Or maybe someone that give 'benefits' to you? How about people that making friends just for fun? Being there everytime you need a party, or to fill up your leisure time? Hook around? Spying? (if you think spying people is fun).

I'm sure whatever it is, the reason is within you. It's you. And your friends of course.

Have you ever thought, is it you that make use of the friendship or maybe the other way around? To make a friendship functional needs commitment from both parties. Hereby, I listed down 3 ways what you should do to ensure that your relationship with your buddies everlasting even though the last time you met was 10 years ago...

  • SMS - sound cliché but this is the most effective way, I tell you!
  • Social networking - shows updates! There's lots of social networks on nets. Say hi, at least.
  • Send regards - What? Yup! Maybe your friend is close to another friend of yours. After all, this world is quite small isn't it?
So, work on it!

Next, Aura.

The affection of course. This will makes someone different from another. Most of all, aura will boost up your confidence and turn you from a dull person into 'something' interesting.

I always thought, what will I do if I am brave enough to become someone that I always wanted? Am I going to change my life? Will I spread the aura to the people around? It's a skeptical view that hold me from being what I always wanted to be.


Protect your modesty.

So, whatever it is I am concern with what people may talk about me...especially my appearance. Conservative? Maybe a little bit but after all, for me it's good if you're never being talked compared to people that spread the rumors about how you're dressing.

Some said, there's no point if your actions speak louder than your dressing. But what the hell if you're sweet and nice but your dress said "I'm UGLY". No harm to wear a clean and nice cloths, isn't it?

For once, my ambition is to become an image consultant. *cough*. Yes, I designed some dresses, critics on what people's wearing and gave opinion to friends. It's a happy-inspiring-ambition I think. But suddenly reality knock on my door. I have to get out and find another door that will guaranteed my future and economic status. I can't effort those branded clothes and accessories but uh-uh! I'm not blind!

Now, I sound like Betty Suarez.

So, if you think what you're doing now is fine, it doesn't matter you right? The choice is yours. Who said we can shut people's mouth??




Saturday, July 11, 2009

Krik..krik...


Hari ini saye demam :(
Uhuk2...
Sila doakan saye cepat sembuh!

Report ROS tak siap lagi.. Kunun nak wat weekend ni, dah demam la pulak! Weekdays nanti dah start busy, kan? So by hook or by crook kena wat SEKARANG!

chayok!

Chayok!!

btw, rahika thank you so much sebab tolong promote Open Day sekolah aku :) Ye, akan diadakan pada:

Tarikh: 9 Ogos 2009
Masa: 8 pg- 4 ptg

Jadi sila la reserve kan wang terutama mereka2 yang dah dapat duit tu.. yer?
Tentu ramai yang dah tak sabar nak datang :)