Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

Sekolah

Asal weekend je sibuk.. minggu ni je la dapat free time weekend.. boleh la pergi melawat kedai-kedai kasut.. sebab kasut aku tu seyes gigit tuan! tak tahan aku! muahaha! pastu nak beli sandle baru.. mak cakap jadi cikgu kasut kena banyak!

Oh, baiklah mak! :D~


Sabtu lepas sukan sekolah! After ni dah tak payah pegi sekolah tiap2 pagi lagi. Yeay!!



Lepas hari sukan tu, esoknye pagi-pagi dah pergi Jasin..
hantar Alin balik mrsm~



3hb ni PPD nak datang lagi wat pencerapan. Dah la hari khamis.. kebetulan hari tu kelas sains aku tu kelas kanak-kanak hyperactive.. tidakkkk! masuk lab macam aku sorang je yang wat eksperimen. Dalam kelas.. macam cakap ngan angin pun ade jugak.. takley control class adalah sesuatu yang sangat memalukan kan?! Sedih aku! Banyak lagi kena improve.. Berusaha!!
Hmm -,- 

Tapi rase macam nak balut diri ngan surat khabar..
Guling-guling atas rumput!

-________-"
 

Thursday, February 24, 2011

You've Found Me


Yes
You're  my 1st crushed; Arif. And you're  my 1st love; Shah.
But what I have now is...

Mohd Ariff Syah

^_____^



nota kaki;
sy kat sini laaa~
hahahaha :D

Monday, February 21, 2011

A Place Called Heart


Hidup ni umpama piramid.. 
Kita sibuk menjunjung yang di atas, tak sedar siapa kita pijak di bawah, sedangkan yang kita junjung itu sedang memijak kita...

Masa bergerak sangat pantas. Aku tak tau nak mula dari mana. Mungkin ada yang sedang membaca ini dengan berbagai jenis harapan. Berharap aku teguh berdiri.. berharap aku terus bernafas.. berharap aku membuat pilihan yang betul.. berharap aku gembira selalu.  Kalau berharap aku terus bersedih, takpe.. itu pun satu jenis harapan jugak kan? :)

Yang pasti.. kamu semua nak dengar suara hati aku kali ni kan?

Aku cuba melawan kesedihan yang ada.. sebab aku terlalu sayangkan dia. Tapi dia pilih untuk pergi. Aku sangat berterima kasih, sebab dalam hati dia, masih ada sekelumit rasa belas kasihan pada aku. Apa guna nya terus menyiksa aku kalau impian yang aku harap tu takkan jadi kenyataan?

Tapi situasi nya berbeza sekarang.. bila aku berada di tempat dia. I met someone who willingly be by my side, try to heal my broken-heart. The problem is; I'm not into him. He just a guy, who jump into my life, makes me smiles and laughs. And said, he loves me all his heart even we never met and talked before.

So tell me how I'm suppose to react???

Adakah aku sama macam dia? Mencuba.. rasa tak serasi.. sayang nak tinggalkan.. menikam dari belakang.. dan bila rasa org tu boleh move on maka aku tinggalkan? Camtu jugak ke? Atau aku patut  letak spesifikasi awal-awal.. Lelaki yang aku cintai harus macam ni dan macam tu. Kalau ni tade, tu takde sorry sangat-sangat you're not in the list? Camtu?

This is my life. I'm the one who decide what it suppose to be, what I'm going to be. Tapi benda simple camni aku tak boleh decide. Sedangkan masa berjalan.. Ada orang yang khusyuk menghitung waktu. Ada orang yang celik menjaga cinta. Ada hati yang tak patut terluka.

Kepada dia insan yang aku cinta; aku maafkan kau sebab lambat buat keputusan.
Kepada dia insan yang menanti balasan cinta aku; masih ke kau berharap.. terus mencuba utk memiliki cinta aku?


Love, just like a pyramid.
Paling unggul ada kat atas sekali, menjunjung cinta Illahi..


 
nota kaki;
sorry.. kalau entry ini tak seperti yang di harapkan~

Monday, February 14, 2011

Breakeven


When someone asked me he want to know me better,
I cried.

WHY?

... because i afraid to fall in love again.
Mungkin aku melihat takde lagi istilah cinta sejati.

Sebab apa yang aku lihat... sama ada kau mengejar seseorang kerana sekadar mahu berbangga dengan apa yang pasangan kau miliki. Atau berharap memiliki dia dapat menutup kesilapan yang pernah ada.

Kau pilih.


Salam Maulidur Rasul :)


Saturday, February 12, 2011

Baru dan Besar!



Mak aih...

Besar nyew!!!
Dewan baru kat tepi stadium tu haa..
Cemni la rupanya.. huhu!

UiTM di hatiku~


Paul Smith


Saturday!

is my shopping day :D~

Got myself Paul Smith purse in purple


^__________^

...dan dua helai tudung awning untuk ke sekolah :)
Sekolah sesi petang ni leceh la pakai shawl sebab nak solat zuhur ngan asar. Dah le jadual isnin sampai khamis marathon. Nasib baik school session hari jumaat cuma 3 jam je! Masuk pukul 2, baca yasin then start kelas pukul 3, balik 6.15 ptg.

Best kan?
Meh la sekolah kat sini :D~



nota kaki;
lagu rock kapak; Umbrella- Ramalanku Benar Belaka
still the best!!!

Friday, February 11, 2011

Mumble@3rd rock from the sun


Huuu! next week pencerapan dah start! Saringan sukan pun sama! Latihan kawat kaki pun sama! Orang PPD datang observe pun sama! Apa ni??? Dan dan je semua nak buat next week. Nasib soalan ujian dah siap.

Sekarang aku tengah pening apa aktiviti P&P aku sepanjang next week pulak. Ada satu kelas tu buku diorang tak update semak lagi padahal hari-hari lepas kelas aku kutip buku diorang. Serius tak sempat! Oh, mintak-mintak bukan Isnin! At least selasa tu cuti boleh aku habiskan semak kerja budak-budak tu. Tapi tetiba kena fikir tema perbarisan pulak. Of cos kena prepare costume juga. Mak aih! Ni kalau ada orang gurau kasar ngan aku sepanjang next week memang silap besar la.

Hmm.. bosan tahap gaban Z. Tapi takde mood nak bercakap. Pahtu kena perli ngan si navy ni sebab aku tak nak bercakap dengan dia. Suka hati aku la yang dia marah tak tentu pasal tu kenapa? Pelik aku. Dah kantoi tu dah laa. Aku selalu je jumpa orang gila 2-3 menjak ni kan?

Ade pulak orang tu yang tak paham-paham bahasa menyemak kat FB aku tu apesal? Nak cakap friendly mangkuk hayun kau friendly la sangatt. Sebab aku cool je dia ingat yang dia tu pun cool jugak ea? Tak paham betul aku ngan orang yang menadah muka mintak dilempang ni.

Now I wonder... masih wujudkah lelaki baik kat dunia ni? Diorang bukan tau nak bersyukur. Dah ada awek, dah ada tunang tu dah la. Tak paham aku. Ingat aku ni apa senang-senang je nak tipu aku?  -_______-"

 

Thursday, February 10, 2011

Boo Aya


Waa.. dengar lagu lama Dewa 19- Larut buat aku jatuh cinta semula ;p

HAHAHA!

Kenal sorang navy neh. Mak aih.. semua manisss.. muka kacak, senyuman menggoda, tapi hancur.. ayat manis macam gula-gula. So bila manis macam tu of cos kite tau spesis apekah itu kan? Ngan I sorry la bro.. I suke kantoi kan orang. Coverage I saaaangat luas :)

"Dulu saya pernah nak bertunang.. tapi tak jadi sebab gf saya kena tangkap basah.. maybe Allah nak tunjuk kowtt.."

-_______-

kenapa tak cakap awek kau mati kena gigit buaya tembaga air masin je?

Rase nak lempang laju-laju lelaki camni!

Monday, February 07, 2011

Random 3



Usah menjadi sebuah lagi kisah sedih.
Susun semula hidup ini dan capailah matlamat yang hendak dituju.

Jangan takut untuk menghadapi kegagalan. Jangan takut untuk menghadapi kehilangan.
Sekurang-kurangnya kita dah mencuba..
Kerana jika sesuatu itu sememangnya ditakdirkan milik kita,
ianya takkan pergi ke mana-mana..

:)



nota kaki;
275 hari lagi :D~


Sunday, February 06, 2011

Fashion X


Haih.. Tiba2 aku rase I am a fashion victim..

My sifu?

Si Gojes Rina Salleh.

:)

Aku rasa fesyen tudung Hana Tajima tu macam pelik -,-


pemilik Maysaa fashionlines


Dia collaborate ngan Yunalis Zarai kan?

penyanyi dan pencipta lagu Cinta Sempurna


Hana Tajima & Yunalis Zarai

Yeah, my once upon a dream; being an
Image Consultant -,-

Kalau tak mesti aku collaborate ngan Yuna sekarang, kan?

Lea Lyanna & Yunalis Zarai


^_______^

Saturday, February 05, 2011

Random 2


Every new day
Makes my heart grows

STRONGER

The toughest times in our life is our own motivators.
They won't kill you. Because they're the best teachers :)
I know this time is hard but..

Don't give up on me, myself!

^_______^



Friday, February 04, 2011

Summary


Dear Lelaki,

Cinta seorang perempuan... penuh dengan kelembutan, penuh belas kasihan, dipupuk dengan sabar dan dibaja dengan kasih sayang. Dia mencintai sepenuh hati, sangat indah dan TANPA SYARAT. Perempuan ini, segala rintangan mampu dia hadapi biar camne buruk pun perangai kamu, sebesar mana pun dosa yang kamu lakukan, atau bila dan apa je yang kamu mintak dari dia... dia akan usahakan.

Perempuan yang mencintai kamu tu, akan jadikan hari-hari kamu indah berseri walau pun rupa kamu buruk, memberi kata2 semangat waktu kamu down, mempertahankan kamu walau dia sendiri tak pasti kebenaran kata2 kamu malah cuba untuk percaya walau dia tau kamu cuma merapu.

Apa je yang kamu buat, dia tak peduli apa yang kawan2 nya cakap. Biar la dikeji lelaki tak guna, asyik on off relationship, buat la apa je, dia tetap akan layan kamu sebaik mungkin. Dia akan tetap cuba memahami dan memenangi hati kamu.

Dan, even dah try habis-habisan, try nak buktikan dia sebahagian daripada kamu,
itu tetap tidak cukup bagi kamu, lelaki...

A'ah kan? Kenapa ye???? Tanya si perempuan tiba-tiba.

Sebab, cinta seorang lelaki bukan macam perempuan!

Lelaki yang mencintai seorang perempuan tak mungkin call every half hour atau sms semata-mata nak cakap i love u more than the past half an hour. Dia, takkan stay je kat tepi kau tunggu kau baik demam. Kadang-kadang dia tak peduli pun berapa banyak kau perabis duit sebab nak belikan hadiah harijadi dia. TAPI, cinta tetap cinta. Kalau nak tau sama ada lelaki yang berdiri depan kau tu betul-betul cintakan kau, dia akan buat 3 perkara ni. Kalau dia dah buat 3 perkara ni, kau tak payah nak tanya dia seribu kali awak sayang saya tak? walau pun kita perempuan suka tanya soalan tu hari-hari.. erm setiap sejam kalau boleh?

SATU

Buat Statement - Telan la kenyataan ni bulat-bulat. Kalau lelaki tu cintakan kau, perkara pertama dia buat ialah bagitau semua orang ini kekasih aku. Walau dengan apa cara, dia akan tunjuk kat semua orang.. percaya la. Sebab, itulah kedudukan kau pada dia so takkan ada girl yang gatal-gatal nak pancing dia atau ada lelaki yang tak reti-reti back-off dari mengayat kau. Ini isyarat universal. Semua orang faham maksudnya.

Kalau betul dia ada perasaan istimewa kat kau, dia bangga beri pangkat tu kat kau. Bukan kenalkan kau as kawan atau nama panggilan je bila kebetulan terserempak ngan orang lain, atau bila orang lain tanya kau ni siapa. Sebab, dia nak buktikan yang dia komited untuk hubungan yang lebih serius dengan kau. Kalau dia kata kau tu kawan dia, that's it. Takkan lebih dan takkan kurang. Percaya lah..

DUA

Tak kesah spend duit, masa dan tenaga untuk kau - Nak bagi clear, lelaki sejati akan spend duit dia untuk orang atau benda yang dia sayangi. Dia takkan kerja penat-penat semata-mata nak kumpul duit tu untuk dia makan sorang-sorang. Dia akan bagi kat parents dia, belanja adik-adik dia, maintainance hidup dia dan of cos, untuk kau! Dan kalau dia simpan pun sebab dia nak buat belanja kahwin dan kehidupan selepas kawin. Kau tak mintak pun dia tau kau suka shopping kot? At least dia akan belikan something as present atau bagi kau duit kalau kau bagi hint yang kau nak benda tu. Macam perempuan mata duitan? Haha kau tengok la apa yang kau mintak.. kalau kau mintak Brabus sebijik memang la dia kopak!

Dari segi masa dan tenaga, lelaki bekerjaya memang susah nak spend masa ngan orang yang disayangi. Sebab dia sibuk kumpul duit dan establish kedudukan dia; semata-mata nak kau senang kemudian hari nanti. Dia cuma akan puas hati kalau semua keperluan orang-orang yang disayangi dapat dipenuhi. Itu matlamat seorang lelaki sejati. So tak payah bising-bising cakap dia pentingkan kerja dari kau. Selagi matlamat dia tak tercapai, dia takkan fikir benda lain. TAPI, dia akan mintak kau selalu bersabar dan bagitau kau yang dia ada kat sisi kau walau sesibuk mana pun dia.

Realitinya, mungkin dia takkan teman kau shopping sebab dia tau kau ada ramai kawan yang sanggup temankan kau shopping berjam-jam lamanya. Tapi dia sanggup muncul depan batang hidung kau kalau kau kata kau betul-betul perlukan dia.

TIGA

Protect kau dari segala jenis ancaman - Dia takkan buat kau sedih, takut atau risau. Tak. Tak walau sekali. Dia akan wat apa je asalkan kau dapat jalani hidup kau dengan normal tanpa gangguan emosi atau fizikal. Samseng pun sanggup beli pistol sebab nak protect family dia. Dia tau, dia akan kehilangan segala-galanya kalau dia kehilangan orang yang disayangi. Maybe dia tak urut kaki kau bila kau kata kau penat jalan. Tapi dia akan berhenti supaya kau alih perhatian kau dari dok fikir pasal kaki kau yang lenguh tu.

Kalau ancaman tu melibatkan pihak ketiga, dia segera cari pihak ketiga tu supaya masalah orang yang disayangi boleh settle secepat mungkin. Dia pun tak larat dengar kau membebel 24 jam! Lelaki akan fikir cara selesaikan masalah. Baru dia rasa dia hebat dan layak untuk kau. Itu hakikat. Sebab dia nak rasa yang dia ni diperlukan.

Andai kata lepas 3 bulan kenal ketiga-tiga perkara ni tak dilaksanakan, maksudnya..... ehem, dia tak serius pun ngan kau. Dia cuma gunakan kau untuk spend masa dia bosan je. Kau, takde langsung dalam perancangan masa depan dia. Aaaaaaaaa... reality hurts kan? Takpelah. Yang lepas tu biarkan lepas. Yang penting akan datang kau tau mana kaca mana permata. Semua orang boleh beri kita harapan. Nak tau palsu ke tak, tepuk dada tanya selera!

^________^



nota kaki;
Ford Fiesta tu macam cantik kan? Hahaha.
Stay with the plan! Go for H!!!


Thursday, February 03, 2011

Gong Xi Gong Xi


Aku tak tau la kenapa akhir-akhir ni aku selalu sangat rasa stress. Rasa nak marah je. Tu tak kena, ni tak kena. Apa orang cakap aku rasa meluat. Bila orang wat baik ngan aku terus aku tanya motip. Bila orang cakap kasar aku jadi sensitip pulakk. T______T Ape nak jadi nih??

Hari ni aku sorang-sorang je kat rumah. Semua orang balik kampung. Sungguh aku mati kutu duduk sorang-sorang kat rumah. Rase nak keluar jalan-jalan tapi malas nak drive. Lagi satu jalan sorang-sorang ni aku bukan boleh caye sangat. Nanti beratus aku perabis nampak semua benda aku nak beli. Isk, bahaya.. bahaya..

Hari sabtu ni kak Asya ajak datang makan-makan kat rumah dia. Macam nak pergi jugak tapi Batu Caves tu macam jauh je nak pegi sendiri -,- Huuuuuu. Maybe aku tengah sindrom taknak keluar rumah kot. Tu yang rasa semua tempat jauh. Padahal tak la susah mana nak ke rumah kak Asya tu. Dah 4-5 kali datang kot. -________-"

Agak-agak aku nak keluar melihat alam time-time raya cine camni, jem ke tak ea?
Hmm... apa aku kisah jalan jem ke tak???

Hohoho ;p





nota kaki;
tengah tunggu cik afida upload gambar barang sekeping dua...
aku bawak kamera tapi tak guna. apakah??
baik x payah bawak gitu wat berat beg aku je kan -,-

Tuesday, February 01, 2011

Post Mortem

penattttttt -,-

lama tak drive lama sikit, dah sengal satu badan. ape daa! camni camne nak drive lagi jauh ni?
hehehe ;p

oh, 3 hari 2 mlm yang menarik. penuh dengan aktiviti makan dan perancangan akan datang dan makan dan gosip di bilik yg sejuk itu dan makan dan down the memory lane. ahahaha ;p

now, back to the work :( banyakkkkk sangat keje nak settle naik cuti ni. Tatau nak buat mana satu. takpe. kite rehat dulu!

^_________^