Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

My Gossip Girls and I


This poem is dedicated to my gossip girls;

We jump into someone's life
and act like we never care
who's life that we've step into

We blindly stab someone's heart
Until its bleeding
and pretend that nobody knows
Until somebody told you its hurt



It takes some time to let this love go
And once it disappeared
The memories still hold you tight


Hold on girls
True love doesn't come twice
And by chance you found it today
You know who's life you step into
Who's heart was bleeding
And who's memories that stick with you.


Huhu.. maaf le aku da lama tak mengarang sajak2 ni. Tiba2 wat sajak cintan cintun. Jiwang eh aku ni? Oh, my gossip girls tgh krisis percintaan. Tu yang dapat ilham nak wat sajak ni tuk diorang. Aku ni bab2 advice meng advice memang laju je. Manis mulut kata orang. Mulut laser pun aku jugak. Hahaha.. Tapi tak salah kita jujur kan? Beritahu apa yang patut mereka tahu asalkan tak menyakitkan hati orang.. Da namanya advice, ye tak?

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: 'Hak dan tanggungjawab seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada enam. Jika anda bertemu maka ucapkanlah salam kepadanya dan jika anda dijemput maka hendaklah memperkenankannya, dan jika dia meminta nasihat maka nasihatilah dia dan jika dia bersin dan mengucapkan alhamdulillah maka doakanlah dia semoga dia dirahmati Allah dan jika dia sakit maka ziarahilah dan jika dia mati maka iringilah jenazahnya hingga ke kubur' - hadis riwayat Muslim.

Talhah bin Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan Quraisy ditegur oleh isterinya yang berkata: "Saya belum pernah jumpa teman-teman seburuk teman-temanmu. Kalau kita senang, semua datang menemui, sekarang bila kita susah, tiada pun mereka datang menemui kita." Jawab suaminya: "Sifat inilah yang patut dipuji, sebab mereka tidak menyusahkan kita."

Jangan jadikan nasihat sebagai satu kritikan yang boleh menyakiti hati dan perasaan yang boleh memutuskan hubungan silaturahim. Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmannya yang bermaksud: 'Berpegang teguhlah kamu semua dengan tali (agama Islam) Allah dan jangan kamu bercerai berai.' - surah al-Imran:103.

Wednesday, January 28, 2009

Liana dan Pokok Mangga Ajaib

Orang tua-tua kata tak semua orang boleh tanam bunga. ‘Tangan sejuk’ je kalau tanam bunga boleh hidup. ‘Tangan panas’ yang tanam mesti tak hidup pokok tu. Ye ke? Macamana nak tau tangan kita panas ke sejuk? Mungkin tangan panas tu sebab dia demam so tak larat nak siram lalu pokok pun mati. Emm... maybe?

So aku telah pun membuat satu eksperimen untuk mengenalpasti tangan aku ni kategori tangan panas ke tangan sejuk. Hehe..

Tajuk: Mengenalpasti tangan panas dan tangan sejuk.

Objektif: Untuk menambah bilangan pokok buah-buahan di halaman rumah.

Bahan:
Sebiji mangga madu
1.5 L air
Cangkul tanam bunga

Kaedah:
1. Raya 2 tahun lepas aku dan family pergi beraya rumah saudara kat Bkt. Changgang, Sepang. Kebetulan pokok mangga madu depan rumah dia berbuah dengan lebatnya. Maka dengan suke hati tuan rumah telah mentapau 3-4 bijik untuk dibawa balik.
2. Aku memang suke ratah bijik mangga. Jadi biasanya aku akan jadi orang terakhir makan mangga.. (kawan aku kate kalau abeskan makanan nanti dapat suami soleh. Kawan korang ade yang ckp mcm tu tak?)
3. Tiba2 aku terpikir nak tanam bijik mangga tu. Lalu aku pun amik cangkul dan tanam bijik tu dengan rasa gumbira dan harapan yang meninggi.. (Nanti aku dah beranak pinak boleh la aku kerek kat diorang kalau pokok ni berbuah)
4. Lepas tu aku pun balik kolej. Kisah bijik mangga tu pun aku lupakan.
5. Pada satu weekend aku balik rumah. Tiba2 abah kata “Lia, alihkan pokok mangga kau tu. Nanti ayam patuk.”
6. Hah? Bijik mangga aku hidup??
7. Dengan senyuman yang lebar dan rasa bangga yang berbara-bara aku pun alihkan pokok tu betul-betul sebelah beranda depan rumah aku. Sapa2 tanam pokok kurang sedepa dari pokok aku tu aku cabut pokok tu! Serius..
8. Sekarang pokok mangga aku dah berumur 2 tahun. Tinggi melampai dah. Tak sabar nak tunggu pokok tu berbuah..


Kesimpulan:
Tangan sejuk ke panas ke.. who cares? Pokok tu kan milik Allah. Aku tukang tanamkan je..
Huhu.. Chill!!!


Gambarajah atas:
Pokok mangga berusia beberapa bulan

Wednesday, January 21, 2009

Singapore calling! And I'm broke.

I'm going to S'pore this Friday nite. A-day-trip ngan budak2 EDU part 6 yang bajet banyak duit la padahal awal sem dah mula sengkek.. Singapore kecik je kan so hopefully 1 day is enough! Dlm plan ronda2 pastu singgah Sentosa Island. Sabtu malam terus balik Shah Alam.

I wonder, ape ada kat S'pore tu ek?
Emm...

Friday, January 16, 2009

What My Birthday Means


Somehow this is so interesting.
How they know huh?

(updated on 30th Oct 2010)

Birthday : August 31

Your emotion is hard to predict. -YES!
You can be sad this minute and happy in the next. - MUAHAHA. SO TRUE!
People might find it difficult to follow your emotion and understand you. - HAHAHA. I BET! RITE?
You tend to take things seriously. - DAH LA TU WALAWEY... BETUL2!
Your Love, You take your time to study a person before falling in love. Once you decide that he or she is the one, no one can stop you from making progress, even your partner. - ASK HIM! MCM BETUL? WAHAHA :P
Humorous, conscientious and principled. - HUHUHU :D
Consider social work, counseling, agriculture, care and prevention of cruelty to animals. - LOVE MOMOT :)


Monday, January 12, 2009

Friday, January 09, 2009

Supervised!

Semalam aku telah pun bejumpa ngan supervisor untuk berdiskusi tentang tajuk AE aku.. Maaplah kami tak panggil thesis.. AE tu bukanlah stand for anak emas atau anak emak dan sebagainya.. tapi AE tu merujuk kepada academic exercise.. Kenapa dipanggil AE? Sebab research yang akan dibuat itu berbentuk ilmiah maka untuk mengelakkan calon2 memilih untuk menjalankan research seperti - 10 sebab Mawi kahwin dengan Ekin, maka ditegaskan bahawa kajian2 hendaklah berunsurkan ilmiah yang membawa kebaikan kepada dunia pendidikan..

Setelah lima minit mula berdiskusi, ternyata proposal yang telah aku siapkan semester lepas itu tidak memenuhi kriteria supervisor ku.. Bukan sebab aku letak tajuk 'Saya & Kucing Saya' tetapi disebabkan kebarangkalian untuk aku mengajar di kelas pertama dari belakang tidak dapat dipastikan.. Ye, aku tau niat aku murni (ececeh), tapi dibaginya aku ajar kelas bijak pandai tak ke menganiayai plan aku? Aku jugak yang tension nanti. Supervisor aku pulak yang ikut pening nanti.. Maka dengan suka rela beliau telah memberi satu tajuk yang kelihatan ganas pada kacamata seorang bakal guru sains dan biologi.. "Enhancing students performance through the use of journal/log book in the science classroom".

Tetiba aku terfikir sejenak.
Ada ke journal aku nak buat lit. review ni??
Em, yelah.. Belum cari macamana nak jumpa?
Cik Ly, cari dulu!!



p/s: Silalah membantu jika saudara saudari terjumpa journal2 berkaitan di mana2, ye?

Tuesday, January 06, 2009

setanggi syurga

I noe that I can't find the best answer.
Don't blame me.
And I never blame them.
Because this is what I believe.


SETANGGI SYURGA
In-team


Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga

Monday, January 05, 2009

Ke-4

Hurm... Semalam officially aku pindah rumah lagi. Kali ke-4 dah ni.. Dikala kegawatan ekonomi yang mula menunjukkan taringnya, boleh pulak aku pindah rumah ekk?.. Isk3.. Sume jenis rumah aku da masuk.. Teres setingkat, 2 tingkat, flat tgkat satu hinggalah ke flat tgkat 4.. Cuma rumah panjang je tak penah sewa lagi sbb kat shah alam takde rumah panjang.. Nasib baik takde.. Tp housemate aku taknak pulak panggil rumah skrg ni flat sbb dia kata rumah kitorang cantik so panggil apartment sedap sikit kot?

Sem depan aku dah start pract.. Kalau kena pindah lg tak tau laa.. Seronok kot pindah2 ni.. Jumpa macam2 jenis ragam manusia esp tuan rumah.. Em baguslah. Tapi sekarang rumah sewa + duit belakang kira.. Kena bagi priority for my study dulu.. Semester ni ada 6 subjects totally 17jam kredit:

Genetics
Physical chemistry
Intro to guidance & counseling
Education sociology
School science
Statistics

Bukak je sem dah start ngan microteaching.. Seyes blank kepala.. Apa pun kena BERSEMANGAT!! Meh aku nyanyi lagu rumah masa skolah2 dulu.. Seronok nyanyi lagu ni kuat2:



kami sapphire tak gentar
suara bagai halilintar
dengan esprit de coup
bendera kami berkibar
berjuang dengan bermati-matian
takkan undur walaupun selangkah
terus maju
gemilang



p/s: Azam maal hijrah + tahun baru 2009:
Hindari emosi, Tingkatkan prestasi