Daisypath Wedding tickers

Daisypath Wedding tickers

Friday, January 20, 2012

Progression!


Assalamualaikum!
Hehe. 28 + 13. Ade la 41 hari lagi kan sebelum the big day.. Hari-hari kawan aku tanya.. "ko x nervous ke?" huahaha. belum.. belum sampai masanya sebab perancangan masih berjalan lancar.

I received a bad news. One of my friend get divorce only after 5 months of marriage. Mula2 kwn aku sorang tu dpt berita dia nangis. Pastu dia cite kat aku, aku pulak nangis T_____T
Yelah, even jarang contact dia kwn kami.. one of my good friend masa sekolah rendah pulak tu.

A week before the wedd, dia mintak aku jadi her bridesmaid. Mula-mula aku terima tapi mak pulak tak bagi so aku terpaksa cancel. Even her engagement day pun aku datang sb dia beriye jemput. Jiran je lagi pon.. tak sangka, sgt tak disangka. tapi.. takdir begitulah. untuk apa simpan sesuatu yang berkarat? lebih baik buangkan ia sebab yang berkarat itu takkan jadi berkilat!
Aku doakan dia tabah mengharungi ujian Illahi..

Adoi.. dengar cite xbest nak kawin ni menakutkan la pulak. Seminggu gak la aku macam trauma dgn berita tu. Mlm2 tidur sampai mimpi ngeri pasal kwn aku.. nak cite kat mak pun serba salah sebab rasa simpati sgt..

Takpe.. jgn jadikan berita2 camni peluntur semangat nak kawen! hehe.. progression!!!

Baju nikah amik esok!
Kad kawen amik esok!
Perabot dtg hari ni!
baju sanding + bertandang dah booking!
makeup nikah + OP dah booking!
doorgift settle!
khemah dah booking!
menu settle!

yg belum comfirm:
PA system
design pelamin
kompang

..ape lagi ek?

borang nikah?
uhuhu.. HIV test dh settle cuma tunggu pihak lelaki settlekan borang dia dulu.

pastu.. aku macam malas nak wat mlm berinai. sbb tu decide nk nikah malam. tapi abah cakap mlm dah ramai org.. why not wat siang je nikah?

nnt lah akan difikirkan :)

pasal sekolah later aku update. menakutkan!

ok bai!


Sunday, December 18, 2011

Misi Disember

Hohoho!

Dah bulan Disember!!!

Mari panik secara pukal :)
Hari Khamis lepas aku n family telah terbang ke Kuching :D Cuti sekolah ni kalau tak jenjalan tak best pulak rasenye kan.. so akhirnya tercapai jugak hajat aku ke Kepulauan Borneo..

Gambar.. lom transfer pulak. Hehehe. Nantilah kalau dah transfer aku letak sini sebagai tanda kenang-kenangan. Eceh.

So hari ni pagi-pagi bangun dah plan nak ke 3 buah tempat;
1. Pilih baju pengantin kat butik pengantin
2. Tempah baju nikah
3. Tempah kad kahwin

Daripada 3 misi tu cuma misi pertama tak berjaya sebab kedai tutup -_____-"
Kenapa kedai tutup hari ahad?? kan hari ahad laa semua para b2b gagah mencari vendor majlis perkahwinan mereka kan?? huhuhu.... tapi untuk misi 2 n 3 tu pun hampir gagal..
sebab kedai tailor yang dituju tutup n kedai kad jemputan Inklink yang aku nak pegi tu pon tutup gak! Hahaha!!

Sekian O_o

Maka aku n Mr. B dengan hati yang cool pusing satu Plaza MP Klang dan akhirnya ada laa sebuah kedai ni bukak setiap hari kecuali Selasa :)) Bincang-bincang akhirnya dapat laa baju tu diserahkan untuk tempahan dengan kos baju melayu siap sulam rm 130 n dress nikah rm150 siap patching kain.. huhuhu... Aku tak tau la tu kategori murah ke mahal sebab aku memang suka main redah :)

Misi ke 3- tempah kad jemputan
Disebabkan kedai kad Inklink tu tutup maka aku dan Mr. B bergegas ke Shah Alam. Tak la jauh sangat dari Klang tu kan n lagipun banyak je kedai kad kat Plaza Alam Sentral tu. Sedang aku membebel-bebel pasal kedai kad pilihan ramai LH Creative kat Jalan Pudu... entah macamana agaknye Allah kabulkan permintaan aku... tetiba lepas je tol Sg. Rasau aku terpandang akan signboard LH Creative tu betul-betul lepas plaza tol.

Aku mula-mula cam tak bape nak caye tapi aku baca laju-laju sebab kereta tengah bergerak kan... HAHAHA. Ape lagi aku nak suruh Mr. B masuk exit sec. 7 tapi dah tak sempat... maka aku dengan jantung degup-degup tu suruh Mr. B dari masuk jalan ke PKNS n patah balik ke Sec. 7...

HIP HIP HOOOOORAY!

LH Creative Concept cawangan Shah Alam baru je bukak rupa nye.. Contoh kad pun tak la sebanyak kat KL tu tapi at least yang basic tu semua ada la.. Dan paling best TAKDE pelanggan time aku datang. So boleh longgok semua kad atas meja :) Hehehe... at last pilih kad yang simple je dan paling penting dalam bajet...

Dan pasal OP pulak mak dah mintak kawan mak kat sekolah tolong amik job tu.. Dia letak harga murah je dalam rm900 untuk 3 sesi - nikah + sanding + outdoor :) So aku tak expect lebih la dengan harga macam tu tapi yang penting sekarang dah ada OP. Wahaha :)

Aku rasa ni la wedding paling bajet setakat ni utk area lembah klang. Nak lagi bajet DIY la kan tapi orang pemalas cam aku mana ada nye nak DIY. Hehehe :D

Till then!
xoxo





Tuesday, December 06, 2011

Wedding OP Wanted!


test.. test.. 1..2..3..

aiyoo mana nak cari photographer ni? mahal mengalahkan rege pelamin + sewa baju ! satu sesi je dh 1k.. kalau 2 sesi? 3 sesi? banyak tol nak pakai duit bila nak kawen ni..

kesimpulannya.. kawan2.. kumpul la duit bnyk2 dr sekarang.. nnt nak kawen senang taw..

bajet gambar dlm 600 je satu sesi. mcm susah je nak cari rege cmtu skrg? kan..kan.. :'(

Wednesday, November 23, 2011

Pelamin Bunga Kertas

Cita-cita setinggi gunung...
Semalam tengok kat fb jumpa gambar my senior nye wedding; Kak Nadia..
Best nye tengok wedding dia ala Inggeris punye theme <3


Inilah pelamin idaman saye kak Nadia~~~

Inspirasi dari Chanel Runway..
Idea dicetuskan oleh Flora ect. semasa majlis pernikahan Marion Caunter & SM Nasarudin :)


Bikin hati berbunga-bunga kalau boleh dapat pelamin macam ni~

Kalaulah vendor pelamin aku tu boleh buat macam ni :P
Mesti aku sayang nak bukak pelamin lepas selesai majlis.
HAHAHA

^_____^"

Tuesday, November 08, 2011

Warna Warni :)


Last week baru je selesai kursus pra-kahwin...
Banyak lagi perkara nak kena settle; especially bab tempah menempah ni. Yelah sebab kalau lambat nanti semua dah fully booked. Tarikh dah decide cuma komfem ke tak tu kena tunggu... hehheee... pasal warna tema tengok semua kaler macam best. Especially biru turquoise + off white. Dark purple + black. Sangat esklusif @___@ tapi hati macam berkenan warna ceria macam kombinasi Beetroot purple + Chili pepper atau Fuschia red + Tangerine orange...



Poning den
+_____+


Nah tengok baju ni... Kalau rasa cantik boleh la buat camni :D

*aku tak ley wat camni sbb baju nikah aku polkadot -______-*

Okeh, bye! Nak decide berbaloi tak kalau beli corset...
O____0

Friday, October 21, 2011

Rindu :(


saya rindu rakan-rakan saya
:'(

Wednesday, September 28, 2011

Dot dot


Somehow... i miss my old life. But past is past and I have to move on!
Did I told you how my nikah outfit will look like?
Huahaha.
1st ever in the history...
baju nikah kain lace berbunga polka dot -___-"

Bayangkan macam ni....


haihhh!

saya memang sentiasa mengikut peredaran zaman!
We'll see lah nanti!
-_________-"


Thursday, September 15, 2011

$$ Ka-chinggg $$


cak !

Dua tiga kucing berlari minggu ni aku sibuk usha design baju nikah. Ngeee... mak cakap baju tu cepat-cepat tempah nanti dah sibuk, terlupa! Tapi once dah tempah kena maintain shape la pulak. Kang tak muat pulak baju tu sebab aku ni dah la kuat makan!

Al-kisah baju nikah aku tu pulak lain dari yang lain... Aku try cari kat dalam mr.gOOgle kot-kot ada yang sepelanduk dua rupa, tak jumpa. Ah, sudah! Design macamana aku nak wat gini??

Termenung sekejap...

Baju bertunang aku tu.. ahem.. walaupun harga mencecah rmxxx tapi aku sangat puas hati. Sebab tailor tu jahit fit je. Tak ketat sangat and tak la gelebeh sangat. Kain efek kembang-kembang pun jadi. So boleh kata worth it la bagi aku. Sebab ada tailor caj murah tapi baju asal siap je.

Mula-mula takut jugak aku bayar beratus pastu jadi monumen tapi tak jadi macam yang aku bayangkan, mesti sangat sedih dan fobia tak nak tempah baju lagi kan? Mak yang bising-bising kata upah baju mahal pun boleh bagi suggestion "Nanti baju nikah tempah kat butik tu lagi lah. Tempah awal sikit." Oh, baik mak! -_______-" Kena la reserved rmxxx untuk satu lagi monumen baju termahal pernah dipakai selama 24 tahun hidup membujang... kena saving gila-gila la camni...

So, since kite nak terjah butik tu lagi kan........ kena la fikir masak-masak design camne yang sesuai. Mr b kata, kumpul duit kalau nak tabur duit kat kedai tu. Baiklah! Letak gmbr Mr b di sini sebagai tanda sokongan ;p

meowww!

Segera berjumpa website ini;


tak tau la kenapa tiap kali bukak je,

HEART STRUCK ! ! !

DROLL EYES ! ! !

berpeluh aku.

cepat pilih !


Wednesday, September 07, 2011

Engaged!

Alhamdulillah...

I'm officially engaged to Mohd Ariff Syah
on
3rd Sept 2011

^__________^

Wednesday, August 24, 2011

Sakit Pinggang!


Huhu.. sementara nak menunggu loading key in data SAPS tu kan.. teringat blog yang dah lama tak update ni.. Dulu time-time jiwa kacau rajin bebenor aku update setiap hari. Kalau boleh setiap sejam aku nak update, kan? Tapi memandangkan kehidupan semakin sibuk dan mencabar, perkara-perkara yang bukan priority macam ni kena la tolak tepi dulu..

Persiapan menjelang majlis pertunangan... semua dah beli! Hiphip hooray! Cuma nak menggubahnya tu yang tak berkesempatan. Time bersemangat dapat la 2-3 dulang. Tapi bila tengah sibuk fikir kerja tu tak siap, ini tak siap, maka tak terusiklah barang-barang tu semua ye.. So far baru siap 6 dulang. Ada lagi 7 dulang to go! Aigoo~ majlis kurang 2 minggu je lagi.. huhu.. sebab tu aku nak siapkan semua kerja-kerja terbengkalai ni so nanti dapat la aku fokus pada kerja-kerja menggubah dulang hantaran pulak -______-"

Kehidupan di sekolah semakin.. tidak memberi semangat? Susah bila berdepan dengan pelajar kurang adab terhadap guru.. langsung tak hormat pada orang yang mencurahkan ilmu kepada mereka. Nasib la aku hati batu. Walau kadang-kadang panas la jugak hati ni kan..

Ada satu situasi kebetulan aku lalu depan tandas cikgu. Pintu tandas tu memang problem so kena tolak kuat-kuat nak buka or tutup.. Minggu lepas ada la beberapa orang cikgu baru ditukarkan sekolah (redeployment). So cikgu tu try nak buka pintu tandas.. sebab tak biasa agak terkial-kial jugak la dia nak membukanya.. Ada ke patut dengan selamba murid yang lalu tu cakap "Cikgu bodoh! belajar tinggi-tinggi tapi tak pakai otak. Bukak pintu pun lembab!"

Uih, aku rasa nak tampar je budak tu!! Tapi mengenang sikap murid tu yang memang sejak azali masuk sekolah sangat kurang ajar, aku hanya berdoa satu hari nanti dia sedar betapa kata-katanya hanya akan memakan diri... Ada cikgu mengadu pelajar ini memanggil cikgu dengan kata-kata kesat kerana didenda tak membawa buku ke sekolah.. Jadi aku mengerti, pelajar ini tidak boleh dididik dengan kekasaran kerana dia menganggap kekasaran adalah satu ancaman yang harus dibalas dengan cara kasar..

Jadi setiap kali aku masuk ke kelas pelajar ini, aku tidak pernah meninggikan suara kepadanya.. Kesannya? Dia tidak pernah melawan arahan aku setiap kali aku menyuruhnya menyiapkan latihan..

Hohoho.. dah pukul berapa ni?? nanti tak siap pulak aku key in data ni haaa~ BYE!