Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, November 07, 2009

Sekali-sekala


Bertemu kita kembali setelah sekian lama aku mengimarahkan majlis konvo. sebulan tanpa cuti tu... bukan sehari atau seminggu. koma sedar kembali pun tak pasti aku nak terima balik keje tu ke tak. sungguh aku redha demi sesuap nasik. aku gagahi jua walau akhirnya terpaksa ponteng sebab rindu sangat kat Momot kat rumah. aku terpaksa korang. aku terpaksa. sebelum aku gila sebab sebulan tak balik rumah dan di chop anak tak tau jalan balik sbb UiTM tu sekangkang kera je dari rumah i tell you. Sungguh, ini kisah sadis. Dan balik2 je rumah kena rompak lalu kehilangan laptop, handphone dan wang ringgit. Tiada kisah sesedih kisah ini. Aku pasrah. Dengan pasti.

Dahlah. Lupakan nostalgia pilu tu. Aku tak mao kenang lagi. Sudahlah. Duit aku dah habis. Lantaklah. Aku survive atau tidak naik semester baru ni... biarlah. Aku tak tau dan tak mau tau. Yang aku tau naik semester ni thesis aku mesti siap. Dan Dr. Nab kenali aku secara dekat sebagai supervicee dia yang selalu buat kerja last minute. TAPI SIAP. Aku dah penat nangis2 macam semester 6 dulu waktu buat proposal bila Prof. Aziah kata kerja aku sgt superb adakah kamu plagiarize? Sungguh aku pilu waktu itu kerana tidak ada kata2 yang lebih hina jika org kata aku plagiarize hasil kerja org. Helloooooooooo~ NOT SOO ME!! Nasib baik dia bagi A kalau tak sebaldi lagi aku nangis kau orang tau?

Fuh.

So far smester ni tak nangis lagi *hebat kau laptop hilang tak menangis yew?* Sebab konsep pasrah dan redha dah sebati dlm diri maka aku kebal dalam ujian2 seperti ini menjelang hujung semester. Tapi ada satu masalah besar yang aku kecik-kecik kan lah korang.

Ada orang dah taknak kawan dengan aku sebab dia kata aku dah tak macam dulu.

Patut tak aku kesah?





No comments: