Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 01, 2011

Happy New Year !


Today is a happy day :)

Selamat tahun baru to all! Hmm..... ok, takde ucapan dah. Aku malas nak berucap. Ucapan sama je every year kan? Uhuhu -,-
Oleh sebab tarikh cantik hari ni, so ramai pilih hari ni as a special day for special occasion.
Muka kat gambar tu macam aku tak? Hehehe :D

Hari ni selamat one of my kazen bertunang :) She is a very simple girl. Nak dibandingkan aku ngan kazen aku tu macam langit ngan bumi! Dulu dia tu kuat menangis -__-" Pernah sekali dia datang overnight kat rumah aku pastu tetiba dia nak balik... dan menangis. Aku pun panik so aku bawak dia jalan-jalan keliling rumah sambil buat jenaka kanak-kanak. Oh, umur kami 7 tahun tak silap time tu. Huhu!

Dikalangan saudara-mara belah mak, aku anak buah paling hyperactive. Banyak cakap, sempoi, manja (aset ni!), lawyer buruk, dan suka join-venture conversation orang tua-tua. Tapi kazen aku ni pulak pendiam, tak suka menyampuk macam aku.... dan suka melayan kanak-kanak. Memang ciri-ciri perempuan melayu terakhir lah! Dia kenal tunang dia kat tempat kerja yang sama. Setahun je kenal... hari ni bertunang... bulan 6 nanti mereka nikah. Alhamdulillah... Semoga Allah permudahkan urusan mereka :)

Tapi nak jadi cerita, zaman sekarang ni still ada ea lelaki yang tak datang majlis pertunangan sendiri? Ingat zaman dulu-dulu je gitu. Sebab sekarang kan orang bertunang macam kawen. Siap pelamin bagai... baju sedondon. Tinggal salam ngan tok kadi je. Aku punya beriya-iya nak tengok rupa bakal husband dia! Alih-alih orangnya tak datang... hampa -,- Itu belum lagi kazen aku tak tau tarikh majlis dia sendiri bila! Aiyak!!!!!!! Nenek aku tu macam bising-bising gak tunang kazen aku tak datang... tapi semua orang buat tatau T_____T

Majlis berakhir dengan acara makan sirih T_______T Mesti la aku haru, sebab mana-mana majlis saudara-mara bertunang, aku dipaksa makan sirih! Konon biar kawen cepat! Siap dengan tazkirah lagi tuuuuu. Sirih tu kalau sedap takpe. Seksa kot nak telan! Cuma kali ni semua orang gelak kat aku tak hengat... sebab aku makan sirih ngan coklat satu hal... pastu makcik aku kata, kalau tahun ni ada jodoh, aku kena bagi pengeras kat dia. Lagi pun lepas kazen aku kawen bulan 6 nanti, majlis seterusnya ialah antara aku ngan sorang lagi kazen.... dan kami berdua ialah CIKGU. Muahaha~

Aku nanti kalau bertunang nak wat senyap-senyap jugak lah macam kazen aku tu. Dia tak jemput sape-sape pun member datang. Saudara mara sahaja. Not even one closest friend! Huuu~Tega betul kan? Tapi aku nak buat senyap-senyap? Tak pasal-pasal kena penggal kepala kan? Hehuuuu!


No comments: