Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 18, 2011

Seperti Ini


Kadang-kadang aku lupa aku seorang guru -,- Yang perlu bekerja keras mendidik anak bangsa. Ajar mereka mengeja dan membaca. Beritahu mereka pentingnya ilmu yang mereka titip ini. Atau betapa besarnya nilai menjadi manusia berguna.. kepada keluarga, bangsa, tanah air, agama.

Aku tau, pekerjaan seorang guru tu tak akan membuatkan aku kaya raya. Tapi sekurang-kurangnya hidup aku dijanjikan barakah. Dihormati. Disayangi. Nama aku akan diingat sampai mati.

Sebab bila muncul masalah remaja, orang yang dipersalahkan selepas ibu bapanya ialah gurunya. Bukan si doktor yang merawat, peguam yang membela, atau polis yang menangkap. Tak. Mereka tanya mana sekolahnya? Siapa cikgunya? Sebab tu tanggungjawab seorang guru sangat besar. Kalau tak bersedia menjadi seorang guru, lupakanlah! Sama ada dipanggil cikgu pemalas atau cikgu bermasalah... gelaran itu akan melekat sepanjang hayat jika kita tak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Yang penting kita tau, kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Sebab yang tau pun cuma kita dan Pencipta.

Bila ditugaskan mendidik anak-anak di kejiranan sendiri, aku sedar cabaran aku lima kali ganda lebih hebat. Masyarakat memerhati aku sehingga ke pintu rumah. Sama ada aku guru yang disanjung anak-anak mereka, atau guru yang akan dicemuh kerana menengking tak tentu hala. Sebab tu bila ditakdirkan mengajar di kejiranan sendiri, perkara pertama aku fikir ialah bagaimana aku ingin memikat anak-anak ini? Menghormati aku sebagai guru, menyayangi aku sebagai kakak. Bagaimana aku harus bergaul dengan mereka ini? Berbicara seperti seorang rakan atau meletakkan standard bahawa aku guru, kau pelajar? Bagaimana jika bertemu ibu bapa mereka di pasar minggu, di laman rumah? Ke mana aku keluar di hujung minggu, cara aku berpakaian di luar, dengan siapa aku bergaul... semua tu aku kena fikirkan.

Minggu ke-3 dipanggil cikgu.... aku masih belajar dan akan terus belajar. Cuba synchronize-kan aku, cikgu.... dan aku, Liana.
Hipokrit??

Aku manusia, bukan malaikat :)


No comments: