Apa akan anda lakukan jika rakan anda di meja sebelah
sakit macam dah nak bersalin?
-_____-"
Semalam riuh port aku kat bilik guru. Member sebelah sakit macam dah nak bersalin! Tapi baby baru 7 bulan. Dah la kitorang ni takde pengalaman beranak, so masing-masing pening memikirkan ape nak buat. Balik rumah? Pergi hospital? Siapa nak drive? Kena ambik husband dia kat sekolah lain? Barang baby belum kemas? Nak jalan pun tak mampu sakit sangat? 6 orang cikgu bujang dok pening pikir nak wat ape. Kena tolong sebab husband dia OKU tak boleh drive.
Last2 kitorang decide half amik husband dia, half lagi bawak dia balik rumah amik barang. After tu baru pergi hospital. Sampai je rumah dia, kitorang decide yang lain balik, lagi dua orang tolong hantarkan ke hospital. So aku pun balik la sebab kereta still kat sekolah. Sampai je rumah, tetiba member dua orang tu call. Tak biasa jalan malam sebab silau -,- So diorang dah on the way pergi rumah aku. Muahaha. Yes, for the 1st time aku drive dalam mood kecemasan! Kalau dia sakit sikit-sikit tu takpe la yang drive ni boleh bertenang. Ni setiap 30 saat dia mengadu kesakitan yang amat. Tak pandang kanan kiri dah aku!
Pulak tu, kitorang pergi Hospital Banting sebab dia tak nak pergi Hospital Klang yang 15 minit je perjalanan berbanding 40 minit ke Banting. Alhamdulillah selamat sampai jugak :) Dalam pukul 10 malam aku ngan sorang lagi member balik... Fuh! Penat jangan cakap... tak terkira lah! Sampai rumah, lepas mandi je terus tidur. Lesson plan tak siap, buku record tak update, itu cerita pagi esok! Huhu!
So pagi ni dia sms cakap baby belum nak keluar. Masalahnya baby tu turun ke bawah... tu sebab sakit macam nak beranak. Kena tahan kat wad.. wuwuwu... takut kan nak beranak? Jadi sayangilah ibu anda :)
Cakap pasal pregnant, member aku tu kata bayangkan ada anak kucing dalam baju. Tapi ni dalam perut -,- So aku tak dapat bayangkan camne orang boleh tergamak buang anak padahal nak mengandungkannya 9 bulan punyalah payah kan? Kalau keluar tu anak kucing takpe la ni anak orang kot?
Serta merta aku insaf. Mungkin Allah nak tunjuk, dalam hidup ni banyak lagi kepayahan yang akan aku tempuh. Jangan pandang pada satu masalah je. Sesukar mana pun rasanya, hidup perlu diteruskan. Panjang lagi perjalanan sebagai seorang anak, kakak, perempuan, dan insyaAllah isteri. Sebab tu kita kena berlatih untuk banyak bersabar..... dan selalu beringat.
No comments:
Post a Comment