Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

Lenyap




اللهم اشف شفاءً لا يغادر سقماً

God please heal, healing that does not leave any sickness

Ketika hati kita remuk redam, ingin menangis, menangislah.. Sesungguhnya apa yang kita rasakan ialah sakitnya. Moga dengan menangis dapat mengurangkan kesakitan dan membersihkan hati kita. Menangislah kepada Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menjalani hidup ini.

Firman Allah SWT: "Apa yang disisimu akan lenyap dan apa yang disisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (QS. an- Nahl : 96).


Monday, January 24, 2011

:)

Learn to live half-alive..

Feel much better now :) Thanks to all my supportive friends...
all over the places.. Dari utara sampai selatan.. I have such wonderful friends. Yang cuba sedaya upaya faham perasaan aku.

What come to my surprise no one said, relax lah! Instead, they give me a bundle of advices, dedicated super long articles, word of wisdom, songs.. (Rahik, your song's dedication is my fav!).. keep on sms-ing me tanya ok ke tak.. even hulurkan tisu bila aku kata aku sedih.

Sekarang ni memanglah aku tak mampu nak gelak. Aku harap, one day aku boleh ketawa bila teringat saat-saat ni. Thank you Allah, for giving me such strength.. and wonderful people to comfort me :)


Saturday, January 22, 2011

Emcee




Hurm. Sedikit kaget hari ini.

-_______-"

Kejohanan merentas desa berlangsung dengan jayanya :) Haruslah.. sebab aku jadi pencatat keputusan je ;p Duduk kat foyer, betul-betul bawah kipas sambil gosip-gosip ngan cikgu sebelah. Tak payah terjerit-jerit suruh budak-budak lari ikut bahu jalan. Lega.

Tapi tadi still kena balik pukul 1. So rehat kejap kat bilik guru pastu teringat nak amek buku teks Sejarah. Mintak ar kunci kat cikgu SPBT tu. Sampai je bilik tu aku macam biasa la terus carik buku kat rak. Tetiba ade cikgu lain masuk. Dia tanya watpe. Aku jawab la carik buku. Pastu bila aku nak keluar, tengok cikgu tu dah takde. Huahaha. Tercengang aku kejap, mana cikgu tu pergi??

Sampai depan foyer, tanya sorang akak tu, ade nampak tak sesape lalu pakai tudung labuh? Dia kata, TAKDE. Gulp! Akak, ade orang tegur saya kat bilik SPBT tadi. Ye ke? Lupa nak cakap, bilik tu keras jugak. HAHAHA.

Tapi pas bincang-bincang ngan sorang lagi akak tu, dia kata maybe tu ustazah kowt. Maybe ustazah nak tengok kenapa bilik SPBT tu terbukak.. muahaha.
Problem solved - for the time being ;p

Next week meeting PIBG. Suppose aku jaga persiapan pentas. Tapi tadi ade request..
Tukar jadi emcee pulak -,- adoyai! aku pulak laju je angguk setuju. Asalkan skrip ade yang guide. Huhuhu. Nampaknye kerjaya emcee aku belum tamat lah. Jangan nanti hari sukan pun sekolah suruh aku jadi emcee. Huaaaaa... takmooooo :'(

Ok, boleh beli baju baru la kan?
^_______^

Jom layan pics aku amik dari kamera 2.0 megapixel aku nih ;p

ok.. nama aku dah di bubuh siap-siap ngan ketua kumpulan :D

see... duduk je bawah kipas :)

ketibaan peserta

majlis penutup


rumah hijau nombor 3. hmm.. ok la tu..

-tamat-

Friday, January 21, 2011

Sejarah

Yes.

*_____*

Hari ni dapat jadual baru @__@ Ok, sedikit pening hari ni. Tapi yang best nye, aku dah tak payah nak mengajar English! hip hip hoorayy!! Sebab ade 3 orang cikgu English baru transfer within these 3 weeks, so lalala! Now I'm taking Sejarah F1, hokey? ^____^"

Let's see how patriotic I am!
Sampai boleh tulis lesson plan Sejarah in English kan? :D
Tsk! Haru...


Thursday, January 20, 2011

Nawaitu


matahari terbenam di Pantai Morib :)

Life...
Is full of misery.

Yang pasti, Allah takkan bebankan kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung.
Sebab hidup umpama roda...
Yang di atas tak selamanya aman di sana. Yang di bawah tak selalu bernasib malang.

Apa yang penting? Kerjasama! ahaha. Merepek je.
Yang penting, walau apa pun yang kita buat ni kena mulakan dengan nawaitu.
Salah nawaitu, salah la semuanya. Betul nawaitu, kalau baik itu rezeki, kalau tak baik itu qada' dan qadar :)

Nawaitu aku?

Aku jumpa dia, aku tikam dengan pisau! Hahaha! Taklah. Paranoid sangat tuuu. Nawaitu aku, aku nak perbaiki mana yang kurang dalam diri ni. Selagi boleh diperbaiki, aku perbaiki. Sebab manusia tak sempurna, aku tau. Aku maybe boleh nasihatkan sesiapa saja, tapi untuk aku sendiri? Selagi aku tak nasihatkan diri sendiri, orang bagi ceramah, brain wash sejuta empat ratus ribu tujuh puluh lima kali pun tak ke mana daaaaa~

kan? kan?

^__________^






p/s: camne tah boleh terserempak ngan GKMP -,-
Huahaha!

Tuesday, January 18, 2011

Start A Fight!!!


After a massive day at school....
This is a very inspiring video clip :)

Enjoy!
^________^

Seperti Ini


Kadang-kadang aku lupa aku seorang guru -,- Yang perlu bekerja keras mendidik anak bangsa. Ajar mereka mengeja dan membaca. Beritahu mereka pentingnya ilmu yang mereka titip ini. Atau betapa besarnya nilai menjadi manusia berguna.. kepada keluarga, bangsa, tanah air, agama.

Aku tau, pekerjaan seorang guru tu tak akan membuatkan aku kaya raya. Tapi sekurang-kurangnya hidup aku dijanjikan barakah. Dihormati. Disayangi. Nama aku akan diingat sampai mati.

Sebab bila muncul masalah remaja, orang yang dipersalahkan selepas ibu bapanya ialah gurunya. Bukan si doktor yang merawat, peguam yang membela, atau polis yang menangkap. Tak. Mereka tanya mana sekolahnya? Siapa cikgunya? Sebab tu tanggungjawab seorang guru sangat besar. Kalau tak bersedia menjadi seorang guru, lupakanlah! Sama ada dipanggil cikgu pemalas atau cikgu bermasalah... gelaran itu akan melekat sepanjang hayat jika kita tak menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Yang penting kita tau, kita telah menjalankan tanggungjawab kita. Sebab yang tau pun cuma kita dan Pencipta.

Bila ditugaskan mendidik anak-anak di kejiranan sendiri, aku sedar cabaran aku lima kali ganda lebih hebat. Masyarakat memerhati aku sehingga ke pintu rumah. Sama ada aku guru yang disanjung anak-anak mereka, atau guru yang akan dicemuh kerana menengking tak tentu hala. Sebab tu bila ditakdirkan mengajar di kejiranan sendiri, perkara pertama aku fikir ialah bagaimana aku ingin memikat anak-anak ini? Menghormati aku sebagai guru, menyayangi aku sebagai kakak. Bagaimana aku harus bergaul dengan mereka ini? Berbicara seperti seorang rakan atau meletakkan standard bahawa aku guru, kau pelajar? Bagaimana jika bertemu ibu bapa mereka di pasar minggu, di laman rumah? Ke mana aku keluar di hujung minggu, cara aku berpakaian di luar, dengan siapa aku bergaul... semua tu aku kena fikirkan.

Minggu ke-3 dipanggil cikgu.... aku masih belajar dan akan terus belajar. Cuba synchronize-kan aku, cikgu.... dan aku, Liana.
Hipokrit??

Aku manusia, bukan malaikat :)


Sunday, January 16, 2011

Buku Merah Jambu

Seriously, I need help -,-

So I went to a book store and found this book. At age 24, I need this kind of book to motivate me! Bukan novel Secangkir Cinta atau Saat Cinta Berlabuh what-so-ever. Otak aku dah tak boleh digest novel-novel cinta dah. Kalau novel-novel tu sejenis pil,
aku makan gerenti muntah balik.

Alhamdulillah, buku ini sangat berbaloi!
^______^

Terutama sekali bila beliau cakap tentang Falsafah Si Dungu. Ayat dia memang power.
Aku rase nak gelak ada... nak nangis pun ada -____-"

Oh hati, bertabahlah!



More Than Words

...when there's no more reason for me to smile...

Friday, January 14, 2011

Minggu Ke-2


Weekend datang lagi :) Masa untuk menenangkan fikiran. Muahaha! Hari-hari cakap nak bertenang tapi tak tenang-tenang jugak -,- Tapi alhamdulillah, kerja semua okay.... so far. Kalau ada masalah pun sebab datang mood malas. Aku kalau dah sampai mood malas tu satu hal pun aku tak amik peduli. Yuran kelas tak cukup lagi.. ko-kurikulum diorang tak susun lagi.. list name re-shuffle class pun tak update lagi. Aku pun dah tak ingat mana satu budak kelas aku! Sebab yang duk mengendeng kat aku selalu dari kelas yang lama. Budak yang baru tukar kelas tak berani nak manja-manja ngan aku...... not yet :D

Minggu ni aku dapat request dari dua buah kelas. Cikgu, boleh tak jadi cikgu kelas kitorang? Ahaha. Mimpi ape budak-budak ni? Patut la ade akak sorang tu datang jumpa. Dia tanya, Liana ajar sains ngan BI kelas akak ke? Budak-budak kelas akak cakap diorang cuma suka subjek awak ajar je. Sebab Teacher Liana ajar best. Muahahaha :D Aku speechless di situ :P

Tu belum lagi budak-budak kelas lama pergi carik aku. Kelas baru diorang cikgu takde yang best. Takpe lagi. Ni sorang budak tu dah dua hari aku pujuk suruh pindah kelas baru! Last2 petang tadi aku bawak dia masuk kelas baru dia, carik kan meja ngan kerusi, suruh duduk sambil pesan, Awak duduk kelas ni belajar baik-baik. Ikut cakap cikgu kamu tau? Ahaha! Rase macam aku hantar anak pergi sekolah pulak :D Dinie Asyraff nama dia. Padahal kat kelas punya la banyak songeh. Tak larat aku nak layan perangai sorang-sorang. Contoh, aku baru je cakap kat depan... thumb ialah ibu jari. Ada soalan? Takde... selang 20 saat, sorang budak angkat tangan. Teacher, thumb tu ape? -_______-"

Handout sains utk budak2 form 1 tu aku dah submit kat opis tadi. Akhirnya.... Nak rezo pun aku amik masa seminggu nak settle! Ni pun 2nd time mintak, baru approved untuk di rezo. Huru-hara jadual aku nak mencari GKMP mintak cop bagai. Tu pun aku hantar half dulu. 3000 helai. Nanti kalau aku rezo semua, space kat bilik guru tu limited pulak. Karang bercampur ngan handout BI. Aku tengok BI dah rezo semua. Menimbun kat atas drawer PPSMI...

Lagi satu.. Aku tak suka hijau tapi dapat rumah hijau pulak. Pastu aku sorang je cik di situ. Yang lain puan. Sangat tak menarik -,- Dah la idea rumah sukan aku biasanya bersifat ekstrem. Contoh, hari sukan Dato' Hamzah. Aku ajar budak perbarisan buat formation dalam masa 30 minit. Esok terus pertandingan dapat nombor 2 :D Ok la tu kan? Daripada jalan lenggang kangkung sambil lambai2 pentas guna topi. Ingat sukan komenwel ke apa? Ni belum lagi meeting AJK keceriaan sekolah. Kalau boleh aku nak semua dinding ada mural. Baru la bersemangat nak datang sekolah hari-hari. Environment kena ceria okay? Ceit! macam aku ni pengetua pulak kan? :D~

Huu.. baiklah! Panjang pulak karangan aku hari ni. Seminggu tak update macam-macam aku nak cerita kat sini. Kepada cik Afida, bertabah! Mana tau tahun depan dapat jadi guru cemerlang? :) Yang lain-lain, selamat berusaha juga! Semua kerja ada cabaran. Even menganggur pun penuh cabaran, ye tak? Sabar je la walau rase nak humban je budak-budak nakal dari tingkat 3 ke bawah. Atau pengetua yang cerewet macam la sekolah tu 100% lulus SPM. Atau kerani yang buat kerja macam dah 5 tahun tak bergaji. Atau senior-senior yang jeles sebab mata cikgu muda ni berwarna-warni. Hurmm.......



nota kaki;
mak cakap simpan-simpan la duit tu buat belanja kawin.
baiklah, mak.
huhuhu! mak suka wat aku sentap -,-

Friday, January 07, 2011

Mood Kecemasan!


Apa akan anda lakukan jika rakan anda di meja sebelah
sakit macam dah nak bersalin?

-_____-"

Semalam riuh port aku kat bilik guru. Member sebelah sakit macam dah nak bersalin! Tapi baby baru 7 bulan. Dah la kitorang ni takde pengalaman beranak, so masing-masing pening memikirkan ape nak buat. Balik rumah? Pergi hospital? Siapa nak drive? Kena ambik husband dia kat sekolah lain? Barang baby belum kemas? Nak jalan pun tak mampu sakit sangat? 6 orang cikgu bujang dok pening pikir nak wat ape. Kena tolong sebab husband dia OKU tak boleh drive.

Last2 kitorang decide half amik husband dia, half lagi bawak dia balik rumah amik barang. After tu baru pergi hospital. Sampai je rumah dia, kitorang decide yang lain balik, lagi dua orang tolong hantarkan ke hospital. So aku pun balik la sebab kereta still kat sekolah. Sampai je rumah, tetiba member dua orang tu call. Tak biasa jalan malam sebab silau -,- So diorang dah on the way pergi rumah aku. Muahaha. Yes, for the 1st time aku drive dalam mood kecemasan! Kalau dia sakit sikit-sikit tu takpe la yang drive ni boleh bertenang. Ni setiap 30 saat dia mengadu kesakitan yang amat. Tak pandang kanan kiri dah aku!

Pulak tu, kitorang pergi Hospital Banting sebab dia tak nak pergi Hospital Klang yang 15 minit je perjalanan berbanding 40 minit ke Banting. Alhamdulillah selamat sampai jugak :) Dalam pukul 10 malam aku ngan sorang lagi member balik... Fuh! Penat jangan cakap... tak terkira lah! Sampai rumah, lepas mandi je terus tidur. Lesson plan tak siap, buku record tak update, itu cerita pagi esok! Huhu!

So pagi ni dia sms cakap baby belum nak keluar. Masalahnya baby tu turun ke bawah... tu sebab sakit macam nak beranak. Kena tahan kat wad.. wuwuwu... takut kan nak beranak? Jadi sayangilah ibu anda :)

Cakap pasal pregnant, member aku tu kata bayangkan ada anak kucing dalam baju. Tapi ni dalam perut -,- So aku tak dapat bayangkan camne orang boleh tergamak buang anak padahal nak mengandungkannya 9 bulan punyalah payah kan? Kalau keluar tu anak kucing takpe la ni anak orang kot?

Serta merta aku insaf. Mungkin Allah nak tunjuk, dalam hidup ni banyak lagi kepayahan yang akan aku tempuh. Jangan pandang pada satu masalah je. Sesukar mana pun rasanya, hidup perlu diteruskan. Panjang lagi perjalanan sebagai seorang anak, kakak, perempuan, dan insyaAllah isteri. Sebab tu kita kena berlatih untuk banyak bersabar..... dan selalu beringat.


Wednesday, January 05, 2011

Keluar Mencari Ketam


Tadi program orientasi ended with sesi berkenalan ngan guru-guru. Aku tatau la apesal bila aku perkenalkan diri kat sekolah je macam2 bunyik ada. Praktikal dulu pun camtu. Sampai aku kena tunggu 30 saat bagi budak2 senyap baru aku boleh start bercakap. 1st day sekolah hari tu, boleh pulak budak form 4 dari tingkat tiga nun jerit selamat datang kat aku. Tu belum lagi lalu koridor kelas. Maybe macam artis aku ni kot? Persis Yuna? Fasha Sandha? ke Liyana Jasmay? Hahaha!
Aku pun tak tau.
-______-!

Tadi dinner kat Muara Ikan Bakar, Port Klang :) Sebenarnya hari Ahad lepas besday emak. Tapi hari Ahad tu masing-masing sibuk. So hari ni baru la berkesempatan belanja mak makan. Tempat tu orang lain dah pernah pergi banyak kali kot? Aku ni je tak pernah sampai. Not bad la tempat tu. Luas, organized, service cepat dan quite cozy sebab lokasi tepi laut. Mak cakap ni kalau buat majlis kenduri tepi laut camni best ni. Luas. Hahaha! Harga pulak not bad la. Maybe kalau ada live band lagi best. Tadi diorang pasang kaset ghazal je. Tak tau la kalau weekend ada live band sebab aku macam nampak ada pentas. Ramai datang ngan family dari atuk nenek sampai la ke cucu. Memang 'one happy family' dia punya environment. So aku pun bertambah happy la bila dapat belanja family kat situ ^_____^

Ok, sebenarnya semenjak aku tak tinggal ngan kawan2 ni, every week aku belanja family aku makan luar. Sebab kalau tak aku akan pengsan kebosanan kat rumah. Ye, hobi aku sekarang ialah makan. Pasni mesti aku complain berat badan naik. Huhuhu.....

Lagi satu bila kita banyak spent masa involve ngan family, automatik kita lupa masalah kita. Macam aku, aku suka feel naik kereta malam-malam ngan family, duduk kat seat passenger belakang sambil mengelamun tengok billboard tepi highway. Rasa tenang je perasaan. Even umur aku dah masuk 24 tahun, still aku rasa perasaan yang sama macam time umur aku 14 tahun. Tak tau la camne nanti bila umur aku dah 34... 44....54....... keadaan maybe dah berbeza tapi tetap sama ke perasaan tu?

Ok, aku malas nak fikir. Esok kena bangun pagi. Perut dah kenyang ^____^
Time to sleep!

buas gila siapa makan ketam tu! kekeke~

Monday, January 03, 2011

Nak Makan Kenny Rogers!


1st day of school !

Semua under control... alhamdulillah :)
Penat la jugak... maybe sebab dah lama tak berjalan ke sini sana. Tapi tak kesah la pun sebab time kerja kat Jusco dulu lagi dahsyat kowt. Naik turun tangga berpuluh kali sejam. No wonder berat boleh turun 5 kilo. Superb experience -,-

Hmm bila mengajar petang ni, sampai rumah je dah senja. Malam berjaga sampai pukul 2-3 pagi pastu boleh sambung tidur sampai pukul 9. Tu belum lagi nak kena masak... singgah kedai nak fotostat ke beli ABM tuk esok ke... memang kena super laju lah!

Apa pun, masa berehat-rehat dah tamat. Bila dah berkerjaya kena la fokus kat kerja, jangan asyik nak main je. Apa azam tahun ni? Heeeeeeee ^_____^

Berusaha!!





p/s: ice room dah pergi semalam! sekarang serius nak makan kenny rogers :'(


Saturday, January 01, 2011

Happy New Year !


Today is a happy day :)

Selamat tahun baru to all! Hmm..... ok, takde ucapan dah. Aku malas nak berucap. Ucapan sama je every year kan? Uhuhu -,-
Oleh sebab tarikh cantik hari ni, so ramai pilih hari ni as a special day for special occasion.
Muka kat gambar tu macam aku tak? Hehehe :D

Hari ni selamat one of my kazen bertunang :) She is a very simple girl. Nak dibandingkan aku ngan kazen aku tu macam langit ngan bumi! Dulu dia tu kuat menangis -__-" Pernah sekali dia datang overnight kat rumah aku pastu tetiba dia nak balik... dan menangis. Aku pun panik so aku bawak dia jalan-jalan keliling rumah sambil buat jenaka kanak-kanak. Oh, umur kami 7 tahun tak silap time tu. Huhu!

Dikalangan saudara-mara belah mak, aku anak buah paling hyperactive. Banyak cakap, sempoi, manja (aset ni!), lawyer buruk, dan suka join-venture conversation orang tua-tua. Tapi kazen aku ni pulak pendiam, tak suka menyampuk macam aku.... dan suka melayan kanak-kanak. Memang ciri-ciri perempuan melayu terakhir lah! Dia kenal tunang dia kat tempat kerja yang sama. Setahun je kenal... hari ni bertunang... bulan 6 nanti mereka nikah. Alhamdulillah... Semoga Allah permudahkan urusan mereka :)

Tapi nak jadi cerita, zaman sekarang ni still ada ea lelaki yang tak datang majlis pertunangan sendiri? Ingat zaman dulu-dulu je gitu. Sebab sekarang kan orang bertunang macam kawen. Siap pelamin bagai... baju sedondon. Tinggal salam ngan tok kadi je. Aku punya beriya-iya nak tengok rupa bakal husband dia! Alih-alih orangnya tak datang... hampa -,- Itu belum lagi kazen aku tak tau tarikh majlis dia sendiri bila! Aiyak!!!!!!! Nenek aku tu macam bising-bising gak tunang kazen aku tak datang... tapi semua orang buat tatau T_____T

Majlis berakhir dengan acara makan sirih T_______T Mesti la aku haru, sebab mana-mana majlis saudara-mara bertunang, aku dipaksa makan sirih! Konon biar kawen cepat! Siap dengan tazkirah lagi tuuuuu. Sirih tu kalau sedap takpe. Seksa kot nak telan! Cuma kali ni semua orang gelak kat aku tak hengat... sebab aku makan sirih ngan coklat satu hal... pastu makcik aku kata, kalau tahun ni ada jodoh, aku kena bagi pengeras kat dia. Lagi pun lepas kazen aku kawen bulan 6 nanti, majlis seterusnya ialah antara aku ngan sorang lagi kazen.... dan kami berdua ialah CIKGU. Muahaha~

Aku nanti kalau bertunang nak wat senyap-senyap jugak lah macam kazen aku tu. Dia tak jemput sape-sape pun member datang. Saudara mara sahaja. Not even one closest friend! Huuu~Tega betul kan? Tapi aku nak buat senyap-senyap? Tak pasal-pasal kena penggal kepala kan? Hehuuuu!