sumber; FB ustaz pamie (member engineer Proton tu...... ;p)
"..maka NIKMAT Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan?"
(Ar-Rahman)
Biasa kita tengok orang lepas akad nikah yang dok solat syukur si suami je kan? Lepas tu mula la kita rasa konon terharunya si suami solat syukur... hehehe. Tapi bila si isteri pulak yang join suami solat syukur, gerenti laki lain jeles sebab beruntungnya laki neh dapat bini yang sah-sah the best among the best.
*******************************************
Setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:
"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."
Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:
"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.
Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.
Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,
Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.
Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.
dipetik dari; http://alongthesoulengineer.blogspot.com
******************
So kat sini aku nak kata yang yes, aku tak punya pegangan agama yang betul-betul kuat untuk membimbing seseorang kembali ke pangkal jalan. Aku ni pun banyak yang lompang. Solat tak cukup, hubungan sesama manusia tak sempurna, aurat tak jaga, macam-macam la. Dulu memang aku Naqibah sekolah - dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Aku tau bertarannum, berzanji, even pidato agama pun aku sampai peringkat negeri. Tapi tu semua bukan jaminan iman aku pun setinggi pencapaian aku. Tak. Aku sama jugak macam perempuan lain kat luar. Sentiasa nak up-to-date. Sentiasa pandang kesempurnaan.
Jadi, macamana aku boleh kata yang aku mampu mengubah seseorang? Walau niat tu baik, mungkin dah ditetapkan Allah aku bukan insan terpilih yang mampu mengubah seseorang. Aku bukan mengalah, tapi aku berundur. Ini bukan jalan aku sebab terlampau susah aku nak lalu. Aku jadi keliru antara dakwah, cinta dan air mata. Wallahua'lam.
Sebaiknya, aku harus jadikan ini pengajaran. Allah tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.
No comments:
Post a Comment