Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

Convocation day :)



^_______^

Finally :)
Thanks a lot for all the wishes~
Walaupun cedera, tetap gagah dengan heels 4 inci ku!

Monday, November 29, 2010

Yeay :)



hip hip
HOOOORAY!

Esok konvo !

^_________^


Couple From France :)





When you can't booked for a hall
Why don't you bring the hall in front of your house???

Fuh!
Congrats Didi :)

Next year ada 10 lagi Comrades naik pelamin. Setiap satu majlis kena pakai baju lain-lain. HAHAHA. Jom Jakel :P


Sunday, November 28, 2010

Starting Over




"Loving someone is either all or nothing"



Friday, November 26, 2010

True Colours


I think I'm lost...
On the right track but with no direction to go?
Now I'm scared to death!

Dear fake world...
Stop pretending that everything is okay.

It is not!
Because I'm scared I'm scared I'm scared

:'(



Thursday, November 25, 2010

Sing Along



Bila rakan sebaya menceritakan pengalaman pregnant anak pertama
dan tinggal bersama keluarga mentua.........

Antara pesanan beliau, sebelum kawin sila;

1- kumpul duit banyak-banyak-banyak
2- beli rumah sendiri
3- beli kereta kalau taknak bersalin kat rumah

4- jumpa keluarga bakal mentua sekali je pastu
sila jangan tunjuk rajin.. walaupun anda rajin!

5- Lepas tu baru boleh kawin!

Hahaha.. pesanan apakah ini? Terutama no.4 -____-!
Takpe aku kawin lambat lagi kot :) Itu pun kalau aku ada hati nak bercintalah.
hmm... tak taulah~

***********

Oh, sudah booking meja guru! :D sebelah cikgu lelaki ;P
Tapi cikgu tu baru kawin la pulak! Hahaha... gatal kau nak mengajar ke nak cari laki?

Haih.. teringat kat Cikgu Kacak plak! Before ni, bersemangat aku pergi praktikal sebab
adanya cikgu sekacak beliau. Pastu dapat pulak bertugas ngan dia... bagai bulan jatuh ke riba.. Huahaha :D


Maaflah~ aku tak pandang laki/tunangan/kekasih orang.
Walaupun ditawarkan segunung permata.
Terima kasih :)


Wednesday, November 24, 2010

Request!




Muahaha.

Takde kosong nak mengajar subjek Biologi / Kimia
sebab kelas sains ada 2 je???

Dan mungkin diminta mengajar

ENGLISH ?

yeay, camtu hari-hari aku ajar students menyanyi lagu omputih!
any song's request?

^________^



::mereka berjaya wat aku gelak guling-guling!::

Tuesday, November 23, 2010

Mixed & Baked




Cikgu X:
Kita lama lagi kat sini nanti kan?

Cikgu GSST paling comel:
Ini hari pertama kot?

Cikgu X:
Takpelah saya belanja.

Cikgu GSST paling comel:
Ok, esok boleh makan sama lagi!

.
.
.
.
.


A quick update. 1st day in school. Nothing personal :)



........hmmm. KECIK HATI GILA :(
tapi nak wat camne? Aku siapa?

Sunday, November 21, 2010

Welcome 22-11-10





Can I start a new life
TOMORROW?



It's the time I live my life
No matter how hard it is
I'll be fine

YES, INSYA'ALLAH
I WILL !





ps: Thanks to Gossipgirls :)
This is such a wonderful journey...
May the friendships tighten as we grow older.

Kehadapan Cik Afida :)


Semalam aku bagitau kau nak ke kedai apek jual kasut kat simpang depan traffic light sana. Yelah, back to school punya pasal kan. Dari beli cap Alain Delon yang pakai kejap pastu campak-campak ntah ke mana ntah, beli cap Deloni pun still kasut jugak ! Pastu kan Fida, lepas isi minyak, ntah camne aku cakap-cakap ngan adik aku pastu aku pun tersalah jalan :D Maka ke sini jugalah aku pergi..........


Nasib baik ada sale :) Fuh~fuh~fuh~



Pastu aku segan nak keluarkan kamera 2.0 megapixel aku kalau Gossipgirls takde :P



Dapat la sepasang kasut hitam cap Vincci. Sumpah aku segan nak pergi mengadap muka bos aku walaupun Alain Delon ada diskaun, Fida ! HAHAHA :D




Saturday, November 20, 2010

This Is Not From Zara Bukit Bintang


I'm about to buy myself a new stripy cardigan last three months -____-"
Then I've found out the price was.......

Buy 2 items for RM99
or
1 item for RM79.90

Nice deal, huh? Do you think I'm gonna buy a cardigan for that price?
NONSENSE!

So, last week I went to pasar pagi. Guess what? The same design, more attractive colors was sold at;

RM35/pcs


But after a week i don't find buying a new cardigan is attractive anymore..
Because I saw...

this !

a cute dress for err... hmmm... outdoor activity? :D
hurmm, it's dark purple anyway.. *cough* cheap 2.0Megapixel camera *cough*


Tomorrow, let's hunt for a nice court shoes !
^_______^



The Last Tree



My problem is
I don't have amnesia.
That's why I keep crying.



Friday, November 19, 2010

Brotherhood



HUTANG!
zero interest. bayar balik bila-bila masa.

^_______^




Thursday, November 18, 2010

Merry-go-round

I think I am moving
but



I GO NOWHERE?!
-_______-





.................. damn!
begging myself. keep mOving pls!


Wednesday, November 17, 2010

Purple Lover?



Yeay! I loikeeeee editing works :)
Hey gambar! Sila la menjadi chantek~~~
^_____^




Tuesday, November 16, 2010

Mood Destruction



Looking for a door to escape!

Terasa nak menjerit. Aku pun tak sure apa yang aku fikirkan sekarang..
blur + berserabut = stress

|
|
|
|
|
.



Teringat dia je rasa nak nangis. How could you do this to me?
Tension!

xxxxxxxxxxxxxxx


Hmm... sabar je lah... keep on moving!!

Crossing Over




Aku good girl gone bad? Tak lah!
Self expression/obsession aku memang weirdo sikit. Haish. My bad...
-

-

-

-

-
Lagi-lagi bila gathering semua member datang macam ni ;p

Hmmm....
Doesn't mean I have to be like them jugak, kan? (tudung, i mean) LOL
My bad lagik!



Monday, November 15, 2010

Watermark


L.O.V.E
Do you think I'm not gonna find you?
\(^____^)/






hahaha... gila positive aku neh !
pastu gambar nak vain jew :P
eh... blog sendiri takpe :)
updated** okeh da tak vain dah -.-

Sunday, November 14, 2010

9:54 pm


my life is so messy... macam budak-budak je kan?
I need to reorganized myself



ah, tapi serius sangat pun membosankan...
lets draw our own lines. then cross the lines if we feel bored!
^________^




Surah An-Nur; 3



sumber; FB ustaz pamie (member engineer Proton tu...... ;p)

"..maka NIKMAT Tuhan mu yang manakah yang kau dustakan?"
(Ar-Rahman)


Biasa kita tengok orang lepas akad nikah yang dok solat syukur si suami je kan? Lepas tu mula la kita rasa konon terharunya si suami solat syukur... hehehe. Tapi bila si isteri pulak yang join suami solat syukur, gerenti laki lain jeles sebab beruntungnya laki neh dapat bini yang sah-sah the best among the best.


*******************************************


Setiap umat Islam juga perlu memahami dengan mendalam firman Allah dalam Surah an-Nur; ayat 3 yang bermaksud:

"Laki-laki berzina tiada berkahwin melainkan dengan perempuan berzina pula,atau perempuan musyrik.Perempuan berzina tiada berkahwin, melainkan dengan laki-laki berzina pula atau laki-laki musyrik.Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang beriman."

Ayat tersebut tidak bermaksud lelaki yang berzina hanya mesti berkahwin dengan wanita yang berzina dan wanita yang berzina hanyalah boleh berkahwin dengan lelaki yang berzina sahaja.Jumhur ulama mengatakan,hukum ayat itu telah dimansukhkan oleh Allah s.w.t.Ia dimansukhkan oleh Allah dengan ayat 32-33 dalam Surah an-Nur juga yang bermaksud kahwinilah wanita di kalangan kamu,dengan terjemahan penuhnya yang bermaksud:

"Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan perempuan yang soleh.Kalau mereka miskin,nanti Allah akan memberikannya kekayaan dari kemurahanNya dan Allah itu luas pemberiannya dan Maha Tahu.Orang-orang yang tiada memperoleh belanja, hendaklah menjaga kehormatan (jangan berzina),sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya.Hamba-hambamu yang menuntut mukatabah (kemerdekaan dengan pembayaran wang), hendaklah kamu terima,jika kamu ketahui bahawa ada kebajikan pada mereka.Berikanlah kepada mereka harta Allah,yang diberikanNya kepadamu.Janganlah kamu paksa hamba-hambamu berzina,jika mereka menghendaki kesucian,supaya kamu mendapat harta benda waktu hidup di dunia.Barang siapa memaksa mereka,maka Allah sesudah paksaannya itu Pengampun lagi Penyayang.

Dengan pemansukhan itu bermakna ayat itu sudah tidak lagi menuntut umat Islam sama ada lelaki atau perempuan yang berzina hanya boleh berkahwin dengan yang berzina sahaja,tidak dengan yang baik.

Sebaliknya ia telah menjadi umum.Lelaki yang baik dibolehkan berkahwin dengan wanita yang berzina,perempuan yang berzina dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang baik,perempuan yang baik dibolehkan berkahwin dengan lelaki yang berzina atau lelaki yang berzina juga boleh berkahwin dengan wanita yang baik.Jadi maknanya, jodoh pertemuan seseorang itu di tangan Allah,tetapi kita diminta berusaha memilih pasangan yang baik,yang soleh atau solehah.Kalau seseorang itu mendapat jodoh dengan pasangan yang kurang baik, pasangannya yang baik itu mestilah berusaha membaiki perangai pasangannya yang kurang baik itu,

Berhubung dengan perubahan perangai seseorang yang kurang baik menjadi baik apabila berkahwin dengan orang yang baik pula,Kalau seseorang yang kurang baik atau tidak baik sama ada lelaki atau wanita berkahwin dengan orang yang baik,tidak pula boleh dikatakan perangainya akan pasti berubah menjadi baik sejajar dengan kedudukan pasangannya sebagai orang yang baik.Tetapi pengaruh persekitaran dari orang yang baik mungkin mempengaruhi individu dari tidak baik kepada baik.Inilah kekuatan agama yang ada pada diri seseorang yang mampu untuk menarik pasangannya mentaati Allah dan RasulNya.

Dalam Islam,seseorang yang baik dengan menilai baik hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia.Kalau orang yang baik itu ada kekuatan agama seperti yang dimaksudkan tadi diharuskan dia berkahwin dengan orang yang kurang baik itu,untuk tujuan menyelamatkan orang berkenaan sama ada lelaki atau perempuan dan terus hanyut dalam kesesatan atau kemaksiatan. Ini adalah dakwah.




******************

So kat sini aku nak kata yang yes, aku tak punya pegangan agama yang betul-betul kuat untuk membimbing seseorang kembali ke pangkal jalan. Aku ni pun banyak yang lompang. Solat tak cukup, hubungan sesama manusia tak sempurna, aurat tak jaga, macam-macam la. Dulu memang aku Naqibah sekolah - dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Aku tau bertarannum, berzanji, even pidato agama pun aku sampai peringkat negeri. Tapi tu semua bukan jaminan iman aku pun setinggi pencapaian aku. Tak. Aku sama jugak macam perempuan lain kat luar. Sentiasa nak up-to-date. Sentiasa pandang kesempurnaan.

Jadi, macamana aku boleh kata yang aku mampu mengubah seseorang? Walau niat tu baik, mungkin dah ditetapkan Allah aku bukan insan terpilih yang mampu mengubah seseorang. Aku bukan mengalah, tapi aku berundur. Ini bukan jalan aku sebab terlampau susah aku nak lalu. Aku jadi keliru antara dakwah, cinta dan air mata. Wallahua'lam.

Sebaiknya, aku harus jadikan ini pengajaran. Allah tau apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.



Saturday, November 13, 2010

Paper, Rock & Scissors



stay away!

I don't want to hear anything...
&
I have nothing left to be said anymore~


Friday, November 12, 2010

Idaman :D


Asal aku masuk blog ni je aku rasa tension. Nape ek ?? Gagaga :D Baiklah. Ini entri ke-3 aku hari ni. Banyak sangat sesi luahan perasaan kan? Nak wat camne dah mood aku berubah-ubah macam angin. Angin pun bertiup sehala je -.-

Since posting lagi 10 hari... *macam la posting jauh bebenor* ... so aku kena start wat checklist ni! Persediaan kot-kot dapat area mencabar kan? *selangor...area mencabar?... jap aku pikir !* Pulau Carey? Felda Soeharto? Munshi Abdullah? Gagagaga! Semua tempat mencabar tu aku dah selalu pergi. Sila nyatakan, mana lagi tempat mencabar kat selangor yang agak-agak aku bawak Civic tak lepas?

Tapi since tak dapat Johor, maka membeli Civic seumpama memakai high heels ke KLCC. Orang tak hairan pon. Sebab jiran sebelah aku ni pun ramai pakai Civic pergi hantar anak pergi balik sekolah -.- Dan makcik pakcik aku mesti kata tak ada kereta lagi besar ke aku nak beli untuk dibawa meredah jalanraya Selangor ni, kan? Inspira tu macam menarik tapi aku tak berapa minat... nanti pakai 2-3 tahun tukar lagi. Mak kata senang pakai Viva je. Beli mahal-mahal besar-besar tapi naik sorang je. Mak... ini pelaburan masa hadapan! nanti orang dah kena kumpul duit untuk hal-hal lain pulak so sementara takde hal-hal lain *contoh; kawen* so baik orang kumpul duit wat bayar duit muka Civic dulu! Hmmm... bernas tak idea aku ni? Tapi in case kalau la ade orang ajak aku kawen lagi; aku suruh dia guna duit dia lah! HAHAHA :D


Honda patut jual Civic Type S kat Malaysia. Baru seswai meredah jalanraya di Selangor!
Ke dah lama ada tapi aku je tak perasan ekk??
Ni bawah ni Type R pulok? Dah konpius aku S ke R??



Tamat



Biarkan aku pergi


I'll never look back. Never.
First, you pull out my trust.
Then, you break my heart into pieces.
Now, you kill the only one that keep me stay...
MY LOVE FOR YOU!

Enough said.





-THE END-




Only Hope

mood: lagu bila cinta - filianti vlee


bila kau tak mampu lagi mendengarku...
kusebut namamu
disetiap hujung doaku...


***********

sesungguhnya, aku wajib mencintai seorang lelaki kerana agamanya,
kerana dialah imam yang akan mengemudi keturunanku...
tapi andai Allah menetapkan takdirku,
mahukah kau mencintaiku?
dan BERUBAH demi agamamu?

tapi mungkin saja ini takdir Allah buatku
ditemukan dengan insan sepertimu
agar tiba saat aku diberikan cinta lagi
yang ku cinta adalah agamanya

Ya ar-rijal,
Wahai lelaki....
andai hilang pegangan agamamu
maka hilanglah cintaku padamu...



ps: kadang-kadang aku rasa apa yang aku fikir semua ni macam karut je. orang lain senang je. kau suka aku suka sama suka habis cerita. tapi kenapa cerita aku complicated? aku bersedih. tapi aku tak kecewa. aku sedih sebab aku sayang kau. tapi aku tak kecewa sebab aku dah tunjuk betapa sayang aku kat kau. walau aku tau kau jahat dari hari pertama kau kenalkan diri kau pada aku ~ why u make your life so complicated? ah! I just can't cry for you anymore, dear.......


Thursday, November 11, 2010

Heart Attack!

Aku kadang-kadang memang suka berprasangka buruk lagi-lagi kalau orang tak terus terang dengan aku. Ah, my bad! So, bila spirit seorang stalker dah mula menguasai diri, maka inilah jadinya........





Soooooo scary! Ok, aku mula menggeletar :-S

Wednesday, November 10, 2010

Vain


No more heart attack please! I just wanna smileeeeeeee :)

Tengok contact lens kaler-kaler macam best je kan? Rm45 tahan 6 bulan. Berbaloi tak? Nanti student dok renung mata aku je pulak, kan? Hmm... nanti aku fikirkan semula :D




Tuesday, November 09, 2010

Perempuan Itu Aku




1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. Senjata wanita adalah airmata!!


28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


source: Anon. IluvIslam kott?