
Hasilnya, tak siap lah cerpen-cerpen aku sebab kesuntukan masa untuk fokus dengan hobi yang memerlukan banyak ilham ni. Ooo ilham ...(bukan mohd ilham atau ahmad ilham ye)... datanglah kau berdamping denganku! Tiba-tiba seram sejuk pulak. Macam panggil bapak jin je bunyik nye..
If you have read one of the story Transkripsi Pt.1, cerita tu sekerat jalan je. Ada gak usaha nak sambung tapi macam yang aku kata awal2 tadi, aku kena utamakan apa yang utama dulu. Jadi hobi menulis ni terpaksalah aku campak jauh-jauh. Kalau aku main belasah je, cerita tu takkan jadi menarik dan boring. Bukan senang nak buat cerpen yang menarik. Lagi satu, mesti dah tua bangka ni, girls especially dah muak dengan cerita-cerita berunsurkan cintan cintun yang ala2 dongeng dan tak logik dek akal, stereotype, predicted ending dan sebagainya. Kita semua tahukan hidup tak seindah cerita novela? Ada naik turunnya. Jadi cerita yang dihasilkan tu kenalah real dan ada kaitan dengan norma masyarakat, dan pembaca boleh meletakkan diri pada situasi pembacaan.
Kesimpulannya kat sini, mungkin cerita tu akan terkubur setakat tu je. Hehehe!
No comments:
Post a Comment