Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 28, 2009

OneRepublic


Tak sabar nak tunggu cuti semester ni.

SATU

Sebab housemate dr KL aku akan bertunang dengan orang kampung aku =) Tak percaya je rasanya. Tapi inilah kuasa Tuhan kan? Jodoh pertemuan kita tak tahu bila, dengan siapa dan macamana caranya. Diorang kenal bulan Ramadhan lepas. Tak sangka sampai jugak tepak sirih ke rumah.

Syukurlah.

Sekarang sibuk pulak serumah membelek design baju ngan gubahan hantaran. Hehe.. maklumlah kami memang consultant kehormat. Dia dah mula pening ngan hantaran sebab maklum la orang Jawa ni suka bagi hantaran banyak2. Terpaksalah pihak perempuan nak membalasnya lagi banyak.

DUA

Weehuu~ coursemate aku dr Terengganu ni nak kawin terus la pulak cuti ni! Bertunang kejap je pastu terus akad nikah. Satu kelas tolong peningkan untuk dia. Semua dahi berkerut-kerut dengar. Yang dia tu hari-hari senyum sampai ke telinga sebab ayah dia pun dah bagi greenlight. Kitorang pening bukan ape, nak kena wat trip pegi Terengganu la pulak~

TIGA

BF dia dah jumpa perents dah. Makin berbunga-bunga cinta aku tengok coursemate sorang lagi ni dr Melaka. Ni belum lagi kes bila BF dia datang lepak kat library. Satu kelas datang library nk tengok jugak! Senyum je budak-budak kelas duduk keliling table diorang. Hahaha~

EMPAT

I'm happy for them.
................

Ok, jeles pun ada..


2 comments:

halawatul iman said...

inA...setiap manusia ada jodoh cuma xtahu bile...keep on praying..moga Allah bagi yg terbaik untuk kite..insyaAllah

Lea Lyanna said...

(",) Insya Allah. Definisi cinta tu sgt luas. Moga cinta yang datang itu kerana iman di hati. Bukan sebab nafsu atau simpati ingin mencinta dan dicintai.