Burpppppp! Alhamdulillah :)
Yo! Hari ni schedule aku memang full dengan open house sampai lenguh-lenguh badan aku! :)
8.30am - "Lea bangun!!!!!!!!!!!!!!! Mandi!!!!!!!!!!!! Pukul 9 sharp pergi Kuala Klawang!!!!!!"
Pftttttt. Apesal semalam tak cakap? Aku tidur pukul 5 kot pagi tadi??? Lagi satu. Harus ke aku wajib ikut????
11.00am - "Mak, Alin suruh beli sekian sekian sekian."
Aku rasa baru dua minggu kot dia balik hostel. -_____-"
12.30pm - "Maaf ye. Hari ni waktu melawat pukul 2 petang!"
Gahhhhhh. Dah 3 tahun adik aku kat sini. Sejak bila???
2.00pm - "Mak. Lapar!" " Takpe. Ada banyak open house hari ni."
Baiklah mak.
3.30pm – Cari rumah kawan mak. "Mak, apesal tak ada pun nombor rumah 12A Jalan 8/2A?" "Meh abah tengok betul2 alamat tu?"
Fineee... 12A Jalan 8/2M.
4.45pm - Baru sampai rumah pakcik. "Shamil, salam la dengan kakak!" "Kakak dah nak balik ke?"
-______-
6.00pm - "Saida (sepupu, sebaya) dah nak bertunang bulan 12 nanti. Hujung tahun depan kawin katanya," ujar nenek. "Ros, cucu ABC tu umur dia 26 tak kawin2 lagi. Cikgu sekolah rendah dekat Teluk Gadung. Aku cakap la kat ABC cucu aku cikgu sekolah menengah. Agak-agak kalau bincang-bincang dengan kau dengan Lea nak ke?" "Haah mak, hari tu Nurul (kawan adik aku yang darjah 5) tanya kita, kakak kau bila nak kawin?"
O_o???
8.oopm - Sambil makan kat rumah makcik. Perbualan antara dua orang sepupu yang sedang pregnant. "Baby girl ke baby boy?" "Baby boy!" "Wah lengkap sepasang!" "Kau kalau drive sakit-sakit tak lengan?" "Ya Allah, sakit! Kadang-kadang tu memang tak larat nak drive. Kat tempat kerja pun aku penat aku pegi restroom aku tido!" "Hahahaha!" "Mak2 buyung, makan ni. nanti senang beranak!" Sambil makanan2 di susun di atas meja di hadapan mereka.
Aku memandang mereka dengan terkebil-kebil kerana.... 1) cannot join the conversation 2) tidak dilayan seperti puteri raja. .....-_______-
9.30pm - Check handset
Kosong. Fine. Aku tak ada boyfren............... kot?
So tengok betapa busy nyew aku...
Aku taknak dipanggil poyo kerana;
Aku tengah beradaptasi dengan umur 23 tahun aku neh!
Yes. Memang poyo. Kan aku dah cakap.
-___________-
2 comments:
HAHAHA,,6.00pm - "Saida (sepupu, sebaya) dah nak bertunang bulan 12 nanti. Hujung tahun depan kawin katanya," ujar nenek. "Ros, cucu ABC tu umur dia 26 tak kawin2 lagi. Cikgu sekolah rendah dekat Teluk Gadung. Aku cakap la kat ABC cucu aku cikgu sekolah menengah. Agak-agak kalau bincang-bincang dengan kau dengan Lea nak ke?" "Haah mak, hari tu Nurul (kawan adik aku yang darjah 5) tanya kita, kakak kau bila nak kawin?"
aduhai! terguling2 aku baca
Huaaa!!! Stress aku!
Post a Comment