Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 30, 2009

Thrill

Emm.. sepatutnye hari ni Mr. Shah nak datang wat lawatan sosial kat skola. Tapi memandangkan ada nazir wat spot check, dia cancel pulak dengan pesanan, "Just be prepared in case that nazir want to observe you." hahaha. Nasib baek nazir tu tak interested nak observe kitorang :P Jangan esok kate nak observe sudah..

Pastu tadi cuak2 la bila Mr. Shah kate nak datang. Observation ROS tak wat lagi sebab jadual aku ngan mentor selalu clash. So aku jumpa la mentor aku dengan pesanan yang Mr. Shah nak jumpa mentor gak. Dan meja mentor aku, berdepan dengan meja cikgu kacak! Dengan senyuman yang mesra (padahal dah cuak lecturer nak datang), aku pun bagitau la mentor aku akan kedatangan Mr. Shah.. Uhuhu, suka hatinya bila cikgu kacak pun turut memandang aku untuk mendengar dengan jelas akan butir-butir perbualan kami :)) *Perasan sungguh budak nie*

Erm.. lama aku tak minat orang ni.. sebenarnye lagi sombong orang tu, lagi aku suke ;P Baru rasa thrill minat kat orang kan?? Huahaha :) Peace! (",)V

*Ok now I wish that cikgu kacak dan saya bertugas di bahagian yang sama pada hari sukan! (gedik kan? ;P)



Pastu semalam jumpa pembantu makmal sebab nak mintak tolong dia setting laptop ngan LCD. Pastu akak tu cakap kat kawan dia ade cikgu pesan jangan baik sangat ngan cikgu praktikal :( Siap sms lagi. Betul ke? Ke gurau2? Ape kami buat? Kami tak susahkan sape2 pun kat sekolah tu.. Semua wat sendiri unless memang tak tau nk wat.. kenalah bertanya, ye tak? Takkan jeles kot sbb penyelia petang asik suruh aku wat kerja2 dia? Aku pun taknak.. bukannye dapat anugerah perkhidmatan cemerlang pun.. cuma husband dia kawan sekolah ayah aku.. tu jek..
*Konpius aku*



Sunday, June 28, 2009

Cikgu kacak yang rajin!


Nuar n Rahik bergumbira di hadapan tandas~

Semalam pergi sekolah Rahika ngan Nuar! Open day skol diorang :) Walaupun tade cikgu ensem di situ, tapi takpe laa.. Seronok jalan2 :)) Rahika, Thanks jd tourist guide n Nuar, anda penjaga toilet yang berkaliber! Siap ngan walkie talkie lg tu..

Pastu terus balik sekola sbb ade hari report card. Kitorang tade keje pun tapi memandangkan Penyelia Petang nak belanja makan, kitorang diminta hadir.. Huahaha.. Last2 kitorang cikgu praktikal jadi baby sitter anak Cikgu Chan, Wei Xiang namanye.. Sangat manje dan bijak budaknye :) huhuhu.. Habis buku dia kitorang tolong jawabkan..

Hari Isnin ni ade sukantara la pulak :( kena datang pagi.. Tak besh tol!! Nasib lesson plan hari Isnin dah siap.. Kurang sikit kerja nak buat hari ni. Nisha plak da bising2 aku tak balik Shah Alam. Camne la nak datang.. masa singkat.. banyak keje.. Sabtu pulak sekolah kol 6 baru balik.. Adeh! Stress aku :(

Nasib bek ade cikgu kacak kat sekolah.. Bersemangat le jugak rasenye tengok dia rajin bekerja ;P Hehehe...

Thursday, June 25, 2009

::Another story from another half::

Semalam sangat penat! Ke sana ke sini dari kol 4 sampai 6.30 ptg memang rase nak tercabut je kaki. Hari ni kelas 5 periods~ Huh! Dengan kes budak2 gaduh lagi.. tak habis2. Rase nak blah je dari situ dan tanak balik sekolah tu lagi :(

Haha! hyperbola sangat ek? Ok la.. takla teruk sangat sekolah tu cuma cepat tension bila makin kuat kita cakap, bertambah kuat budak2 nak berborak. Last2 masa habis dok membebel kat students jek.. Malang nye student2 tu memang suke dengar aku membebel.. Adeh! Apelah nasib..

After ni aku kena banyak wat aktiviti student centered laa. Baiklah! Gerak gempur bermula! Wuuu~


Another story?

Ok.. NO OTHER STORY. Kesian kan aku? Pergi skolah..balik sekolah.. tu je la keje aku hari2. Sangat bosan okeh?! Dapat pulak skolah sesi petang, tak dapat nak jalan2 lepas balik sekolah tu.. I'm dying of boredome!!

Tuesday, June 23, 2009

Excuse me cikgu kacak! :P

Ok... Tetiba rasa bosan yang amat. Minggu ni nasib da start mengajar. Kalu tak relief kelas je memanjang. Tapi even da ade schedule pun still ade relief class.

Uhuhu~ rase nak mengeluh tapi sila bersabar Cik Liana..

Semua ni akan berakhir dan kehidupan anda akan menjadi normal seperti sedia kala.. Kadang2 aku rase takut gak nak tinggalkan alam belajar ni. Jadi dewasa sangat tak seronok :( dan membosankan! Lupa pulak yang umur aku dah 22 tahun ni. Bulan Ogos pun da tak lama kan? Nape la 31 hb tu jatuh 1 Ramadhan yek?? Kena sambut in advance la ni ;P Okeh, boleh la aku balik shah alam tuk menuntut hadiah! Wahaha..

sape2 rasa dia kat shah alam skrg, jgn pretend2 tak bace post aku ni ye??? I can see u!!!!!!!!!!




*okeh, ye cikgu tu ensem :P dan mempunyai ciri2 lelaki idaman malaya :)) Bila laa nk diperkenalkan ni ye? Ke kena berkenalan sendiri? Ke.. camne? Bosan la senyum2 je tp x tau nama.. (padahal tau dah) ... huahaha!!


Monday, June 22, 2009

Cool Engagement Cakes!



Uhuhu~ saye curik pic ini dari Kak Adriana (anak YM) ;P.. Majlis pertunangan Kak Aza (can't remember her full name) tapi she's from rumah Topaz.. And what makes their engagement soo interesting was their CAKES!! Her hubby-to-be is formerly from Koleq (MCKK) and they came out with badge cakes of respective schools... Cool giler! And they said it will become a trend~ Already thought about it? Ermmmm......


Thursday, June 18, 2009

Today is faaar more better than yesterday :)

Akhirnya, hari ni baru dapat jadual kelas :) Paling besh hari jumaat sbb takde kelas :)) Tapi for sure lah banyak kelas relief.. Tak suke kelas relief :( Sbb tak semua budak nak dengar cakap. Buat hal sendiri selamba badak je..

Petang tadi kena datang awal sebab ade meeting. Cikgu pelatih bersemangat mesti laa duduk depan2.. Pastu aku kena jadi cikgu kebersihan satu kelas form 1 ni sbb aku ajar Sejarah kelas tu. Cikgu practicum len tak kena pulak! :(

Dan kami bertiga (cikgu2 pelatih sesi petang; aku, Sapiah, Val) jadi cikgu rumah sukan Bendahara sebab diorang kekurangan kakitangan. Ho3.. Minggu depan dah kena datang pagi sebab ade sukantara kat padang sekolah :(





Tadi berkenalan ngan cikgu Tie dan cikgu Ila. Diorang baru posting awal tahun. So aku mengadu domba la tentang kerisauan dan kegelisahan aku untuk control kelas yang memang susah nak ditafsirkan dengan kata-kata. Yelaa kalau supervisor datang nanti, tak ke mati aku?? Kalau tak takdenya aku nak risau2.. Lantak hang la nak belajar ke tak! Ade cikgu tu siap cakap camni; "Biarlah dia gaduh.. nak sangat mati!" Fuh! sentap ayat cikgu tu.. Tu belum lagi cikgu panggil gelaran yang macam2 la kat budak2 tu. Mana tak geram perangai macam anak jin je..

Hari ni aku relief kelas bahasa tamil lagi..tapi kali ni form 1 plak. Semalam form 2.. Oh, apsal la cikgu tak datang tu cikgu India?? (Aku ada unsur2 racism ek?).. Mula2 ok gak la semua duduk wat hal sendiri. Pastu lagi 10 minit nk habis masa ni.. sempat pulak dua-tiga budak India tu gaduh! Tak semena-mena aku kena tarik menarik budak2 tu suruh duduk jauh2. Kes ejek mengejek. Ingatkan dah duduk jauh2 settle laa.. Rupenye lagi la mengamuk budak yang kena ejek tu.... Aku rasa nak plaster je mulut sorang2! Menjerit2 dlm kelas dlm bhs yang tak difahami -- sangat pening!! So aku panggil budak yang kena ejek tu bagitau aku nama sape yang dok mengejek dia.. Pastu budak tu start menangis la pulak... Aiyoo! Kesian pun ade! So aku suruh budak2 yang dari td mengejek dia tu minta maaf kat member dia yang menangis ni :) Itu pun susah tol nak mintak maaf... Macam2!

Pastu aku ade relief kelas form 2 neh. Waktu ni aku dah bersemangat dah nak masuk sbb nk berkenalan ngan diorang memandangkan itu kelas sains aku :)

Alangkah kaciwa aku bila tengok kelas tu KOSONG! Ke mana budak2 kelas tu pergi? Misteri~ Cikgu kelas tu yang kebetulan nak jumpa ketua kelas pun pelik mana pergi budak2 tu..

Apa aku belajar hari ni;
- Jangan take heart sangat ngan budak2 tu..
- Tak yah amik port budak2 yang rude! Dah nama kurang ajar~
- Enjoy teaching! (Pesan cikgu Tie)

Sekian saje untuk hari ni.. Esok nak pergi fakulti anta sume bahan2 sekolah kat supervisor :) Makna nya dah start wat lesson plan la kan? Erk!...


Wednesday, June 17, 2009

Why yesterday is better than today?




This world is sooooo unfair! Sebab tu wujud perkataan sabar. Semalam relief 2 kelas je. Sangat best la sebab budak2 tu paid attention kat aku. Tapi hari ni kena relief 3 kelas pulak. Paling takley blah ada relief kelas bahasa tamil! Agak2 la weyyy... Segera aku teringat kak Asyafa ngan kak Syidah cakap; Antara ular dengan keling, ko bunuh keling!

So aku wat la spelling. Nasib ade gak yang interested nak buat. Semua bajet dah teror English la konon.. tapi rude giler> what's the point kalu ko pandai pun?

Bdk A: Cikgu, sekarang kelas bahasa tamil. cikgu nak ajar ape?
Cikgu: Saya nak buat spelling. Keluarkan kertas.
Bdk A: Cikgu, which class yang cikgu ajar?
Cikgu: 2T2.
Bdk A: Nasib baik (sambil urut dada)
Cikgu: Why??
Bdk A: (Senyum perli) Cikgu tak senyum la.
Cikgu: Tade hati aku nak senyum kat ko..
(Bdk A sangat menguji kesabaran kerana body language nye menyatakan; Ala... setakat cikgu praktikal...abaikan.. Dia tak buat spelling tu tapi banyak complain!)

Cikgu: Ok class.. ada correction tak?
Bdk B: Cikgu! Pinjam marker..
(Cikgu pun hulur marker. Bdk B menuju ke whiteboard dengan yakin)
Cikgu: ????
Bdk B pinjam marker sebab nak ejek member dia kat whiteboard. What the...

Cikgu: Ok.. sape yang tulis jawapan kat depan tadi mari sini!
Bdk C: Cikgu nak bagi duit ke? (lalu mereka berkata sesuatu dalam bahasa tamil.. ramailah yang mengerumuni meja guru)
Cikgu: ????

Anggap je la budak2, kan? tak paham bahasa kot? ;P

Pastu ade la yang wat aku hangin.. balik je sekolah (dah jauh dr sekolah da ni) jalan banyak kete, so aku slow la. Kereta belakang pulak punyelah bengap ikut aku rapat2 suruh aku masuk line kiri yang penuh motor tu.. Halooo ingat ni jalan bapak ko buat untuk kau ke?? Sabar boleh tak?? Ape lagi.. dengan sengaja dan hati berbara-bara aku main brek2 la.. Clear je line kiri aku masuk lalu memecut tak ingat dunia. Pastu bila kete tu selisih ngan aku segera dia jerit kat aku; Woi nak lumba ke?! Hahaha.. naseb baik je la aku nak belok time tu. Kalu tak memang aku kejar!

Oh life! Apekah akan berlaku hari esok?

*Sangat stress!!! :(


Tuesday, June 16, 2009

Serabut


ape t'jadi bila meja guru di blkg kelas?

Sekolah dah mula! Tapi serius aku tak bersemangat bila masuk kelas student tak dgr cakap :( Maybe aku letak high expectation kot?? Sungguh sekolah ni buat aku rasa tak best jadi cikgu! Adakah aku sedang mengalami demotivated? Stress dan burnout?

Semua cikgu kat situ cakap: "Kalau kamu boleh handle student kat sini, kamu tak perlu risau lagi kat mana kamu posting lepas ni.."

Think Liana! Think! (mcm Jimmy Neutron)


Saturday, June 06, 2009

Betrayed Him

Dia pegun di situ; bagaikan meminta simpatiku. Melihat dia, sayu rasanya hati walaupun aku nampak dia kini dikelilingi teman-teman baru. Segera aku mengalihkan pandangan. Bimbang hati ini makin terguris, bersalah dan mungkin menitiskan air mata kesal. Tapi hidup perlu diteruskan. Ke mana dia pergi, bagaimana ia berakhir; aku pasrah pada takdir Tuhan. Moga dia bertemu dengan seseorang yang lebih baik dari kisah silamnya. Yang mampu menyayanginya lebih daripada aku sayang padanya.

Aku tau mungkin salah aku. Tapi permintaan itu di luar jangkauan. Aku tak mampu sepantas itu. Walau pada satu ketika aku rasa mungkin aku mampu, namun masa menjerut aku. Keadaan memaksa aku. Biarpun nampak kejam, dia harus dibiar pergi. Dan hati harus merelakannya pergi.




in memories of Kelisa


It's Time to Fly


Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly



Wednesday, June 03, 2009

Cherophobia?


wajah2 tabah~

Kami bertabah (tabah takde imbuhan ber- jadi mereka2 yang mungkin akan mengambil peperiksaan tatabahasa sila abaikan imbuhan ini).. Yep, minggu pre-practicum sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Bagaimanakah? Owh~



::laugh is the best medicine::

Adakah anda bosan? jom baca ni;



If you yelled for 8 years, 7 months and 6 days you would produce enough sound energy to heat one cup of coffee.

Right-handed people live, on an average, live nine years longer than left-handed people.

Singapore has only one train station.

It takes about 20 seconds for a red blood cell to circle the whole body.

On average, a 4-year-old child asks 437 questions a day.

Human hair and fingernails continue to grow after death.

Apples, not caffeine, are more efficient at waking you up until the morning.

A shark is the only fish that can blink with both eyes.

Backrub was the original name for Google search engine.

Cherophobia is a fear of fun.

In South Asia live more Muslims than in the whole Middle East.