Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 27, 2008

saye suka rumah saye =P

Korang rase bosan tak bila takde keje kat umah duduk melangut je pastu bila bangun tidur terus korang memandang atap dengan mata yang berkedip-kedip lalu berkata, "Ape aku nak wat hari ni?".

Hah! Sah korang tengah dying kebosanan.

Tengok tv takde siaran menarik. Nak kerja cuti tak sampai 2 bulan pun. Nak kemas rumah udah berkilat lantai sampai boleh buat cermin muka. Nak buat kek, kek semalam pun tak habis lagi. Nak tanam bunga dah takde ruang kat laman rumah tu. Nak jalan-jalan poket tengah kering. Aaaaah! Aku akan mati kebosanan!!

So, ape nak buat ni?

Semalam aku seperti biasa tepat pukul 12 tghari, tak payah disuruh-suruh straight je menuju ke meja komputer.

Agenda hari ini:

Habiskan marathon Hana Kimi verse Jepun.
Check email
Check friendster
Check facebook

Petang-petang pulak dikala angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa, aku dengan sukarela bukan dipaksa-paksa mencabut rerumput yang tumbuh di tepi longkang tu. Em.. tengok dah bersih dah longkang rumah aku.

Malam dinihari pulak aku claim laptop aku dr adik aku yang dari tadi syok main game, lalu memulakan sesi jelajah minda membaca karya-karya penulis blog yang berbagai-bagai ragam dan fiil.

Lalu aku terbaca sebuah blog ni..

Bila membaca penulisannya, aku rasa teruja untuk membaca entri-etri sebelumnya. Drpd komen-komen yang dihantar pembaca dan responnya terhadap apa yang dikomen tu membuatkan aku tertanya-tanya.. apa yang ditulis dalam blog ni?

Templatenya hitam- seperti menarik tetamu baru macam aku untuk terus mengikuti penulisannya yang agak misteri. Aku terus membaca...

Dia bercakap tentang kepuasan menimba ilmu. Master yang dia miliki. Keluar dari kepompong lalu menjumpai dirinya yang sebenar. Bangga kerana akhirnya yang lain salah. Masih dalam kecelaruan minda. Tapi yakin Tuhan sentiasa memberikannya jawapan. Suka mempersoalkan keputusan. Sarcastic. Pemutar belit.

Dan hati aku menjadi panas. Sebab ter 'influence' dengan corak pemikirannya yang berselirat dan bergerak pantas. Menarik aku untuk terus mempercayai dia, menyokong dia.

Ni yang aku benci ni. Aku benci orang berpolitik. Politik tu politiklah. Kenapa nak kait dengan Tuhan? Lepastu mula la nak kait dengan adat, keturunan, hak itu, ini..

Em.. inilah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tak boleh ke kita rakyat Malaysia duduk bawah satu payung dinamakan BERSATU? Sana krisis, sini krisis. Situ politik, sana politik. Kenapa manusia suka mengejar kuasa? Kita semua kan khalifah Allah, sama memerintah. Kalau kita bersatu tak payah la nak gaduh-gaduh siapa nak jadi ketua negara. Tak payah berebut idea siapa lebih hebat. Bukan ke kalau kita gabung idea-idea tu kita akan jadi sebuah negara yang hebat?

Tapi fitrah manusia ni mesti ada pembangkang. Takde pembangkang, kita tak tau apa yang kita buat tu betul ke salah. Sebab tu politik ada kerajaan, ada pembangkang. Kalau semua benda kita angguk je mungkin ada yang terlepas pandang. Lagi satu, kalau dah diamanahkan jadi ketua kita kenalah adil dlm membuat keputusan. Mungkin kita tak dapat puaskan hati anak2 buah kita tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

Teringat pulak zaman sekolah dulu. Bukan senang nak tutup mulut manusia yang banyak la sangat komennye. Itu salah ini salah. Kenapa macam tu kenapa macam ni.

Entah la. Sebab tu aku malas bila cakap pasal politik ni. Sampai bila pun tak habis sebab politik tu fitrah yang mesti ada kerajaan dan pembangkang. Siapalah aku nak jadi penganalisis politik? Belajar pun masih terkial-kial. Tapi tak rugi jadi pemerhati. Kita tengok orang politik berdrama pun dah seronok. Tapi diam tak bermaksud jadi pak turut. Mungkin bila sampai masanya nanti kami orang muda yang cuma memerhati ni akan bersuara. Bila? Fikirlah!

Wah! Aku bercakap tentang politik?? aku tak minat la politik-politik ni. Konon nak menarik minat orang-orang muda yang tak suka berpolitik. Objektif? Nak tambah penyokong. Yang naik takhta bukannya kita. Yang dapat duit banyak bukannya kita. Nak cakap banyak pulak..

Kan seronok jadi diri sendiri. Orang nak cakap apa pun cakaplah. Itu mulut orang. Bukannya boleh di plaster sesuka hati. Ada ilmu, ada akidah, cukup akhlak. Percaya diri sendiri, percaya Allah S.W.A dan insyaAllah, tak ada apa yang dapat mematikan semangat kita. Kita bebas memilih. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Jangan selesa bila kita rasa kita cukup bahagia. Sebab tak ada satu pun di dunia ni bersifat kekal. Semua ada expired date. Jangan mempersoalkan sesuatu yang menjadi haknya, kalau itu bukan hak kita. Kalau kita boleh terbang, terbanglah. Tapi jangan bertanya kenapa tidak dianugerahi sayap? Kalau kita boleh berenang, berenanglah. Jangan pulak tanya kenapa tak ada ekor? Sebab setiap manusia itu unik. Maka pamerkan keunikan kita.

Berbalik pada tajuk aku harini. Kenapa aku suka rumah aku? Sebab aku jumpa ketenangan di sini. Jauh mana pun aku dicampak.. *jauh ke?* rumahku syurgaku. Peace! (",)V




No comments: