Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 28, 2008

Bantal oh Bantal!

Bila bercakap tentang bantal mesti korang teringat bantal busuk time kecik-kecik dulu. Sesetengah tu pulak sampai sekarang masih wujud lagik bantal busuk korang tu sampaikan tak boleh tidur kalau tak cium baunye yang busuk. Tapi disebabkan sekarang korang tinggal sama ada di kolej atau menyewa dengan member, aish! tak macho la bawak bantal busuk sekali ngan korang, ye tak? Tapi kalau yang perempuan tu tak sah kalau tak ada bantal comel yang cute sama ada corak bunga-bunga atau gambar cartoon yang fancy dan cool, kan??

So hari ni meh kita kaji selidik sifat tuan punya bantal berdasarkan penggunaan bantalnya time tidur. Betul ke korang macam ni??

#
1
MEMELUK BANTAL
- Orang yang suke peluk bantal ni orangnya berjiwa seni. Suka la sangat kat benda-benda berseni macam lukisan, muzik dan jugak sastera. Orangnya berjiwa halus dan jugak romantik la sangat! Hebatnya dia, boleh pulak 'membaca' peristiwa yang bakal berlaku menerusi mimpi! Macam ahli nujum pulak ye? Erm... yang paling penting, orangnya ni sangat prihatin terhadap sesuatu dan sangat la bertatasusila a.k.a skema!

KOMEN: Sebenarnya orang yang tidur sambil peluk bantal ni masyuk je tidur dia. Mimpi pun sampai ke makam Saidina Ali (bak kata Ustz. Einee time skola2 dulu). Tu yang berpotensi jadi Nujum Pak Belalang tu!

#2
MENGGUNAKAN BANYAK BANTAL
- Orang yang tidur macam ni pulak agak kurang keyakinan diri. Dalam pergaulan seharian, orangnya memerlukan banyak pendamping. Tak kisah la kawan-kawan ke, ahli keluarga ke, pendamping dari Kg. Niyang Rapik ke, girlfriendss ke, boyfriendss ke... opss! Bahayanya dia sebab tak pandai nak buat keputusan sendiri tapi lebih prefer tanya orang. Adush!!

KOMEN: Orang macam ni tak kedekut nak beli bantal banyak-banyak. Sebab tu member dia ramai sebab suka belanja orang lain. Hampeh punye member!

#3
TIDUR DENGAN SATU BANTAL
- Cool je orangnye sebab tak mengada-ngada dan boleh terima keadaan seadanya. Dia memang pandai berdikari dan bila je time nak buat keputusan dia buat berdasarkan akal dan fikiran, bukannya nafsu semata-mata. Bagus!

KOMEN: Ala2 siannye satu je bantal dia ada? Mesti orangnya jenis "Ah, tak kisah! Janji rock!!"

#4
MELETAKKAN BANTAL DI BAWAH KAKI
- Peh! Mempunyai sifat yang kurang sopan. Jarang bergaul dengan orang ramai dan orangnya sombong dalam pergaulan harian. Maklum la, orangnya ego! Suka guna jalan pintas dalam mencari penyelesaian sebab orangnya memang malas nak berusaha.

KOMEN: Patut pun pemalas. Bantal letak kat kepala la, ngok! Yang kau letak kat kaki tu pesal?

#5
TIDUR TANPA BANTAL
- Walaupun tak berbantal, tapi orangnya memiliki sifat percaya pada diri sendiri yang sangat tinggi! Tapi over confidence ni bahaya jugak sebab orang lain akan pandang dia sebagai sangat la ego dan poyo! Hehehe...

KOMEN: Ni sama ada tidur bawah jembatan atau pendatang tanpa izin yang baru sampai Mesia..




Thursday, November 27, 2008

saye suka rumah saye =P

Korang rase bosan tak bila takde keje kat umah duduk melangut je pastu bila bangun tidur terus korang memandang atap dengan mata yang berkedip-kedip lalu berkata, "Ape aku nak wat hari ni?".

Hah! Sah korang tengah dying kebosanan.

Tengok tv takde siaran menarik. Nak kerja cuti tak sampai 2 bulan pun. Nak kemas rumah udah berkilat lantai sampai boleh buat cermin muka. Nak buat kek, kek semalam pun tak habis lagi. Nak tanam bunga dah takde ruang kat laman rumah tu. Nak jalan-jalan poket tengah kering. Aaaaah! Aku akan mati kebosanan!!

So, ape nak buat ni?

Semalam aku seperti biasa tepat pukul 12 tghari, tak payah disuruh-suruh straight je menuju ke meja komputer.

Agenda hari ini:

Habiskan marathon Hana Kimi verse Jepun.
Check email
Check friendster
Check facebook

Petang-petang pulak dikala angin sedang bertiup sepoi-sepoi bahasa, aku dengan sukarela bukan dipaksa-paksa mencabut rerumput yang tumbuh di tepi longkang tu. Em.. tengok dah bersih dah longkang rumah aku.

Malam dinihari pulak aku claim laptop aku dr adik aku yang dari tadi syok main game, lalu memulakan sesi jelajah minda membaca karya-karya penulis blog yang berbagai-bagai ragam dan fiil.

Lalu aku terbaca sebuah blog ni..

Bila membaca penulisannya, aku rasa teruja untuk membaca entri-etri sebelumnya. Drpd komen-komen yang dihantar pembaca dan responnya terhadap apa yang dikomen tu membuatkan aku tertanya-tanya.. apa yang ditulis dalam blog ni?

Templatenya hitam- seperti menarik tetamu baru macam aku untuk terus mengikuti penulisannya yang agak misteri. Aku terus membaca...

Dia bercakap tentang kepuasan menimba ilmu. Master yang dia miliki. Keluar dari kepompong lalu menjumpai dirinya yang sebenar. Bangga kerana akhirnya yang lain salah. Masih dalam kecelaruan minda. Tapi yakin Tuhan sentiasa memberikannya jawapan. Suka mempersoalkan keputusan. Sarcastic. Pemutar belit.

Dan hati aku menjadi panas. Sebab ter 'influence' dengan corak pemikirannya yang berselirat dan bergerak pantas. Menarik aku untuk terus mempercayai dia, menyokong dia.

Ni yang aku benci ni. Aku benci orang berpolitik. Politik tu politiklah. Kenapa nak kait dengan Tuhan? Lepastu mula la nak kait dengan adat, keturunan, hak itu, ini..

Em.. inilah manusia. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Tak boleh ke kita rakyat Malaysia duduk bawah satu payung dinamakan BERSATU? Sana krisis, sini krisis. Situ politik, sana politik. Kenapa manusia suka mengejar kuasa? Kita semua kan khalifah Allah, sama memerintah. Kalau kita bersatu tak payah la nak gaduh-gaduh siapa nak jadi ketua negara. Tak payah berebut idea siapa lebih hebat. Bukan ke kalau kita gabung idea-idea tu kita akan jadi sebuah negara yang hebat?

Tapi fitrah manusia ni mesti ada pembangkang. Takde pembangkang, kita tak tau apa yang kita buat tu betul ke salah. Sebab tu politik ada kerajaan, ada pembangkang. Kalau semua benda kita angguk je mungkin ada yang terlepas pandang. Lagi satu, kalau dah diamanahkan jadi ketua kita kenalah adil dlm membuat keputusan. Mungkin kita tak dapat puaskan hati anak2 buah kita tapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

Teringat pulak zaman sekolah dulu. Bukan senang nak tutup mulut manusia yang banyak la sangat komennye. Itu salah ini salah. Kenapa macam tu kenapa macam ni.

Entah la. Sebab tu aku malas bila cakap pasal politik ni. Sampai bila pun tak habis sebab politik tu fitrah yang mesti ada kerajaan dan pembangkang. Siapalah aku nak jadi penganalisis politik? Belajar pun masih terkial-kial. Tapi tak rugi jadi pemerhati. Kita tengok orang politik berdrama pun dah seronok. Tapi diam tak bermaksud jadi pak turut. Mungkin bila sampai masanya nanti kami orang muda yang cuma memerhati ni akan bersuara. Bila? Fikirlah!

Wah! Aku bercakap tentang politik?? aku tak minat la politik-politik ni. Konon nak menarik minat orang-orang muda yang tak suka berpolitik. Objektif? Nak tambah penyokong. Yang naik takhta bukannya kita. Yang dapat duit banyak bukannya kita. Nak cakap banyak pulak..

Kan seronok jadi diri sendiri. Orang nak cakap apa pun cakaplah. Itu mulut orang. Bukannya boleh di plaster sesuka hati. Ada ilmu, ada akidah, cukup akhlak. Percaya diri sendiri, percaya Allah S.W.A dan insyaAllah, tak ada apa yang dapat mematikan semangat kita. Kita bebas memilih. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Jangan selesa bila kita rasa kita cukup bahagia. Sebab tak ada satu pun di dunia ni bersifat kekal. Semua ada expired date. Jangan mempersoalkan sesuatu yang menjadi haknya, kalau itu bukan hak kita. Kalau kita boleh terbang, terbanglah. Tapi jangan bertanya kenapa tidak dianugerahi sayap? Kalau kita boleh berenang, berenanglah. Jangan pulak tanya kenapa tak ada ekor? Sebab setiap manusia itu unik. Maka pamerkan keunikan kita.

Berbalik pada tajuk aku harini. Kenapa aku suka rumah aku? Sebab aku jumpa ketenangan di sini. Jauh mana pun aku dicampak.. *jauh ke?* rumahku syurgaku. Peace! (",)V




Wednesday, November 19, 2008

Fruits Basket

Ever heard about manga Fruits Basket a.k.a Furuba?

Ni lah satu-satunye anime yang aku rase paling besh yang pernah aku tengok. Aku bukannye paham sangat pasal manga-komik-anime ni tp aku rase cite Fruits Basket ni memang penuh dgn motivational value. Walau ceritanye mmg tak logik- ade ke bdk perempuan tinggal dlm hutan sorang2 dalam khemah pulak tu? Tapi kalau tak macam tu, macamane nak jadi jalan cerita kalau dia tak tinggal dlm hutan, ye tak? Kalau tak sure dia tak jumpa keluarga Sohma.. Kalau dia ada rumah, takkan la keluarga Sohma ajak dia tinggal sama.. ye tak? Erm.. ape2 je la labu.. Tapi aku harap aku boleh jadi setabah Tohru. Tak pernah menangisi nasib nya walau sedahsyat mana pun dugaan datang..Sentiasa positif.. dan tulus menilai cinta Kyo yang sengal tu..

Hari tu (sebelum raya) aku ade la download cite ni dr Youtube dalam pc rumah. Lju sket download guna streamix. Tapi abah dah format balik pc tu sbb problem software.. Erm, nampak gaya kena download semula la ni..




Tuesday, November 18, 2008

Let's go home


Berakhir sudah semester ini... Susah senang yang tak mungkin dapat aku beli dari kedai runcit Dawood mahupun dari shopping complex spt Sogo, MidValley ataupun Jusco Bukit Tinggi dan Bukit Raja. Jauh sekali dari kedai2 di Low Yatt ataupun Jalan Imbi.. Begitu berharga dan bernilai..

Balik je dari Sg. Tekala Ahad lepas, dengan kaki yang masih sakit akibat mendaki bukit, aku pergi meronda pulak ke Alamanda pd hr Isnin. Bagi menunaikan janji2 manis sahabat handai, lepas tu tgk pulak Madagascar Escape to Africa sebelum aku mengambil keputusan utk balik hari ni (Selasa). Tp pagi tadi sempat lagi singgah PKNS bagi menggalakkan usahawan2 kecil dan sederhana mengembangkan perniagaan mereka..

Jadi dikesempatan sebelum balik ke rumah ni aku nak ucapkan selamat bercuti. Jangan merempit jika taknak tersepit di celahan pokok rhu tatkala menaiki motosikal atau pandai2 ber'drif' jika enggan menyaksikan tayar belakang kereta tercampak ke dalam pasaraya dan taman2 awam..

Semoga selamat pergi dan pulang.. Jumpa lagi semester depan dengan kisah2 yang mungkin lebih menarik atau mungkin unpredictable? Juga mendoakan rakan2 yang masih belum habis exam tu, selamat mennduduki peperiksaan. Bagi yang telah tamat exam pulak, kita berserah kepada Allah. Mudah-mudahan mendapat keputusan yang cemerlang, Insya Allah.

Take care! Salam~



Sunday, November 16, 2008

U play with the music so ready to face it!


Ya salam.. الحمدللة , akhirnya abes gak semua final papers untuk semester ni. Komen? Aku dah usaha sekeras hati tapi Allah juge yang menentukan. توكل علي اللة . Apa yang terbaik untuk aku tu rezeki Allah tapi yang kurang tu salah dan silap aku. Pengajaran untuk semester ni... bila emosi menguasai diri.. satu kerja pun tak jalan. Bila tersedar mungkin masanya sudah terlewat tapi selagi ada ruang untuk memperbaiki diri, aku akan baiki walau terpaksa berdepan segunung rasa menyesal dan bersalah.

Peh, ayat memotivasikan diri! Paham2 je lah. Tak semua yang kita nak kita akan dapat, ye tak? Aku terima je kalau ini takdir qada' dan qadar aku. Kalau ketakstabilan emosi ni pun aku tak dapat nak tanggung, macamana kalau aku dibebani dengan masalah lain. Bila nak sedar? Itulah aku kate.. Allah beri kita semua yang kita nak tapi kita tetap kekurangan sesuatu. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun dari lirikan mata yang menawan sekali pun. Hahaha.. Tak apelah. Selagi hati ni mampu bersabar, aku akan terus bersabar. Itu je yang mampu aku buat so far. Bukankah mereka kata aku perempuan paling penyabar yang mereka kenal?? <>