Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, February 04, 2011

Summary


Dear Lelaki,

Cinta seorang perempuan... penuh dengan kelembutan, penuh belas kasihan, dipupuk dengan sabar dan dibaja dengan kasih sayang. Dia mencintai sepenuh hati, sangat indah dan TANPA SYARAT. Perempuan ini, segala rintangan mampu dia hadapi biar camne buruk pun perangai kamu, sebesar mana pun dosa yang kamu lakukan, atau bila dan apa je yang kamu mintak dari dia... dia akan usahakan.

Perempuan yang mencintai kamu tu, akan jadikan hari-hari kamu indah berseri walau pun rupa kamu buruk, memberi kata2 semangat waktu kamu down, mempertahankan kamu walau dia sendiri tak pasti kebenaran kata2 kamu malah cuba untuk percaya walau dia tau kamu cuma merapu.

Apa je yang kamu buat, dia tak peduli apa yang kawan2 nya cakap. Biar la dikeji lelaki tak guna, asyik on off relationship, buat la apa je, dia tetap akan layan kamu sebaik mungkin. Dia akan tetap cuba memahami dan memenangi hati kamu.

Dan, even dah try habis-habisan, try nak buktikan dia sebahagian daripada kamu,
itu tetap tidak cukup bagi kamu, lelaki...

A'ah kan? Kenapa ye???? Tanya si perempuan tiba-tiba.

Sebab, cinta seorang lelaki bukan macam perempuan!

Lelaki yang mencintai seorang perempuan tak mungkin call every half hour atau sms semata-mata nak cakap i love u more than the past half an hour. Dia, takkan stay je kat tepi kau tunggu kau baik demam. Kadang-kadang dia tak peduli pun berapa banyak kau perabis duit sebab nak belikan hadiah harijadi dia. TAPI, cinta tetap cinta. Kalau nak tau sama ada lelaki yang berdiri depan kau tu betul-betul cintakan kau, dia akan buat 3 perkara ni. Kalau dia dah buat 3 perkara ni, kau tak payah nak tanya dia seribu kali awak sayang saya tak? walau pun kita perempuan suka tanya soalan tu hari-hari.. erm setiap sejam kalau boleh?

SATU

Buat Statement - Telan la kenyataan ni bulat-bulat. Kalau lelaki tu cintakan kau, perkara pertama dia buat ialah bagitau semua orang ini kekasih aku. Walau dengan apa cara, dia akan tunjuk kat semua orang.. percaya la. Sebab, itulah kedudukan kau pada dia so takkan ada girl yang gatal-gatal nak pancing dia atau ada lelaki yang tak reti-reti back-off dari mengayat kau. Ini isyarat universal. Semua orang faham maksudnya.

Kalau betul dia ada perasaan istimewa kat kau, dia bangga beri pangkat tu kat kau. Bukan kenalkan kau as kawan atau nama panggilan je bila kebetulan terserempak ngan orang lain, atau bila orang lain tanya kau ni siapa. Sebab, dia nak buktikan yang dia komited untuk hubungan yang lebih serius dengan kau. Kalau dia kata kau tu kawan dia, that's it. Takkan lebih dan takkan kurang. Percaya lah..

DUA

Tak kesah spend duit, masa dan tenaga untuk kau - Nak bagi clear, lelaki sejati akan spend duit dia untuk orang atau benda yang dia sayangi. Dia takkan kerja penat-penat semata-mata nak kumpul duit tu untuk dia makan sorang-sorang. Dia akan bagi kat parents dia, belanja adik-adik dia, maintainance hidup dia dan of cos, untuk kau! Dan kalau dia simpan pun sebab dia nak buat belanja kahwin dan kehidupan selepas kawin. Kau tak mintak pun dia tau kau suka shopping kot? At least dia akan belikan something as present atau bagi kau duit kalau kau bagi hint yang kau nak benda tu. Macam perempuan mata duitan? Haha kau tengok la apa yang kau mintak.. kalau kau mintak Brabus sebijik memang la dia kopak!

Dari segi masa dan tenaga, lelaki bekerjaya memang susah nak spend masa ngan orang yang disayangi. Sebab dia sibuk kumpul duit dan establish kedudukan dia; semata-mata nak kau senang kemudian hari nanti. Dia cuma akan puas hati kalau semua keperluan orang-orang yang disayangi dapat dipenuhi. Itu matlamat seorang lelaki sejati. So tak payah bising-bising cakap dia pentingkan kerja dari kau. Selagi matlamat dia tak tercapai, dia takkan fikir benda lain. TAPI, dia akan mintak kau selalu bersabar dan bagitau kau yang dia ada kat sisi kau walau sesibuk mana pun dia.

Realitinya, mungkin dia takkan teman kau shopping sebab dia tau kau ada ramai kawan yang sanggup temankan kau shopping berjam-jam lamanya. Tapi dia sanggup muncul depan batang hidung kau kalau kau kata kau betul-betul perlukan dia.

TIGA

Protect kau dari segala jenis ancaman - Dia takkan buat kau sedih, takut atau risau. Tak. Tak walau sekali. Dia akan wat apa je asalkan kau dapat jalani hidup kau dengan normal tanpa gangguan emosi atau fizikal. Samseng pun sanggup beli pistol sebab nak protect family dia. Dia tau, dia akan kehilangan segala-galanya kalau dia kehilangan orang yang disayangi. Maybe dia tak urut kaki kau bila kau kata kau penat jalan. Tapi dia akan berhenti supaya kau alih perhatian kau dari dok fikir pasal kaki kau yang lenguh tu.

Kalau ancaman tu melibatkan pihak ketiga, dia segera cari pihak ketiga tu supaya masalah orang yang disayangi boleh settle secepat mungkin. Dia pun tak larat dengar kau membebel 24 jam! Lelaki akan fikir cara selesaikan masalah. Baru dia rasa dia hebat dan layak untuk kau. Itu hakikat. Sebab dia nak rasa yang dia ni diperlukan.

Andai kata lepas 3 bulan kenal ketiga-tiga perkara ni tak dilaksanakan, maksudnya..... ehem, dia tak serius pun ngan kau. Dia cuma gunakan kau untuk spend masa dia bosan je. Kau, takde langsung dalam perancangan masa depan dia. Aaaaaaaaa... reality hurts kan? Takpelah. Yang lepas tu biarkan lepas. Yang penting akan datang kau tau mana kaca mana permata. Semua orang boleh beri kita harapan. Nak tau palsu ke tak, tepuk dada tanya selera!

^________^



nota kaki;
Ford Fiesta tu macam cantik kan? Hahaha.
Stay with the plan! Go for H!!!


1 comment:

nik amirah said...

huhuhhu.......post ni akan membantu sy wat pilihan yg tepat....hahaha...
mmg susah nk bezakan yg mne kace yg mne permate....yg mne ikhlas, yg mne ade niat lain....mane la mr.right sy ni....x timbul2 pn.....huhuu....