Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

Sunday Morning





Dalam mimpi: Hari ini hari Ahad... tidur... tidur...
.

.

.

.

.


Bunyi message

7.30 AM
.

.

.

.

.


Dalam pejam: Aiyo... sape hantar sms pepagi neh???
.

.

.

.

.



"Uit! Tido?"
" Haah. Ni hantu yang reply kan"

-______-


Saturday, October 30, 2010

King Kong Pun Boleh :)



Di suatu malam
Ketika penyokong NS dan Kelantan sedang berpusu-pusu di hadapan televisyen...

Separuh masa pertama tamat. Ke bilik untuk solat ^__^



"Apa maksud 143?"

"Time orang tengok bola la nak tanya-tanya kan? Hmm...
143 ialah sejenis makanan raja2 melayu :)"




Thursday, October 28, 2010

Prank Joke & Associates


Aku bosan.
Walaupun baru balik shopping dari Tesco petang tadi -____-!
Maka mencari hiburan dikala senja macam best, kan? No?

PAYBACK TIME!


......Tiba-tiba.....
*aku dan perkataan tiba-tiba memang serasi*


"Awak serius ke ni?"
"Apa yang serius nye?"


"Tak suka bila saya kata saya sayang awak"
"Ha?"


"Awak tak suka bila saya kata yang saya sayang awak?"
"Ha? Tak cakap apa pun"


"So betul la awak tak suka? Takpelah. Saya minta maaf"
"Eh, saya tak cakap apa pun!"


"Tau... saje je............. HAHAHA! ;p"
"Apa-apa je ( -_____-)"


Betul. Menjadi seorang yang annoying sangatlah menggembirakan perasaan! Daripada aku terus duduk bermuram durja macam matahari tenggelam taknak timbul-timbul, kan?


^______^






The Puppet



"awak sayang saya tak?"
"kita ni tak elok membenci orang kan?"

"saya sayang awak, tapi saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan"
"ye, saya sayang awak jugak"
.

.

.

.

.

.
"saya minta maaf"
"sebab?"
"sebab dah rosakkan hati dan perasaan awak"



never mind
still, I love him very much


Wednesday, October 27, 2010

Happy Face :)


And now I can sincerely smile!



Just like a kid with a cotton candy ^____^


Juga selera makan yang muncul secara besar-besaran!
Sebelum ni sehari tak makan nasi
pun takpe..... O_o"



Sultan Mahmud Mangkat Dijulang!


Sebagai hiburan hari ini, bacalah ini


(-_________-)!



Sunday, October 24, 2010

A Jar of Heart



Akhirnya...
Aku asingkan sebuah balang kaca berisi sayang
Dan letakkannya di penjuru yang paling jauh di dalam hati
Percaya atau tak, aku serahkan pada Illahi untuk menjaganya...



kadang-kadang bila kita sudah penat, ingin saja kita menyerah kalah
tapi aku tetap gagal


KENAPA?


Dah, jangan ditanya lagi kenapa.


Saturday, October 23, 2010

Yang Jauh & Dekat




Aku tak tau. Aku tak tau. Aku tak tau.

Aku dah cuba tapi masih aku tak tau kenapa... macamana...


PENAT



Friday, October 22, 2010

Tiket Pergi Perancis



Orang kata what goes around comes around.
Aku baik ngan orang susah.. aku jahat kat orang lagi susah...
but I need to fight back for my own happiness...*dan tak kesah hati siapa kau pijak??*

wuwuwu!

Ni yang wat aku rasa nak bertapa dalam gua..
Nak ke Perancis tak mampu! T______T




Thursday, October 21, 2010

Malas


MOOD SEMASA MARAH

kalau kau dah kata aku ni mangsa pencarian cinta kau yang membunuh
macam racun tikus dan parasit bagai,
demi segumpal daging bernama hati,
boleh tak...
SAY SORRY FOR HURTING ME???

aku manusia biasa. kau hancurkan hati aku pun masih boleh bercantum kalau kau cakap sorry. tapi kau cuma tau salahkan takdir kau. dengan harapan aku akan terus bertahan dan kesiankan kau? HELLOOOOOOOOOOOOOOO!!!


MOOD SELEPAS MARAH

Oh!
Kami memang suka bergaduh :)

Sebab saya tak suka ayat angelica dia
Dan dia pun malas nak layan bebelan pedas saya
tapi takpe sebab di akhir perbualan kami tetap mengucapkan




Ye, kami memang pelik!
@___@


... dan tak makan saman dan amaran2 keras semua pihak :D

Tuesday, October 19, 2010

Lost & Found



Tunggu posting memang mencabar kesabaran. Rasa nak guling-guling atas padang sambil balut diri dengan surat khabar -___-". Aku nak mintak kerja lain pun tak senang duduk sebab takut tetiba surat sampai. Dan kos nak bekerja tu pun tinggi okay? Hasilnya tak seberapa je. Blerghhh... I need a permanent job!

Bosan? Siapa tak bosan duduk goyang kaki 24/7 kat rumah? That's why I need my clique. Biar la takde gosip. Dan cerita mereka kadang2 bernilai seringgit lima kupang jew :P I need them to entertain my days :) Kekeke~

Meet new people atau someone from our past is a priceless story :D~~
Anyone with this, right now???
HEHEHE


Saturday, October 16, 2010

My Names



Red Rose

Da' Flawe

Chocolate

-

-

-

-

-

-

are my names :)


Random Thought




Menahan diri dari marah tu memang susah

Tadi pagi baca satu buku agama- sebab rasa marah sangat tiba-tiba :/
Antara hadis yang wat aku cool down;

Rasullullah pernah bersabda,
Orang yang menahan diri dari perbalahan sedangkan dia salah;
dikurniakan satu tempat di syurga...
Orang yang menahan diri dari perbalahan sedangkan dia betul;
dikurniakan satu tempat yang paling tinggi di dalam syurga...

Sabar memang ada kelas nye yang tersendiri :)


Wednesday, October 13, 2010

Survival Kit



Tertidur dari pukul
8 pm - 11 pm

So bila bangun mula la jadi cam orang gila.
Pftttt!

Tapi aku rasa lebih tenang sekarang. Takde la celik-celik mata je terus nak salahkan orang sekian sekian sebab wat aku rasa oh! what a bad feelings you gave me XYZ!!

Lagi pun kalau kita keep on blaming other side, itu sama macam kita torture diri kita sendiri, right?
So, takyah la aku nak blame dia even for certain situation he deserve the curses.. hehehe. The choice was made my myself so nothing that I should regret about.

Yeah, I love myself :)



Tuesday, October 12, 2010

Agogo




Have a great session with Shafiah.
Her melancholic 4 years love story~
Takde drama yang menarik kalau takde konflik percintaan.

Aku,
Sila belajar apa itu cinta.
Sebab tak tau amende cinta tu la kau tersasar dari matlamat sebenar.




Entri Aku Yang Cool Seperti Dulu

*ini ialah entry yang dijumpai di dalam draf hari ini*


Kita sedaya upaya menutup kelemahan kita untuk kelihatan sempurna di mata orang yang kita cintai; sedangkan kelemahan kita sebenarnya buat kita cukup sempurna di mata orang yang mencintai kita.
Uish.. aku kalau dah start wat ayat jiwang memang terkesan la. Boleh buat hidung berdarah! KAHKAHKAH. Tapi kenapa tak ada orang bagitau aku pasal drama Hotaru no Hikari?? Drama ni sangat best!! Tak sia-sia aku tertengok. Heheh. So kali ni biarlah aku wat review tentang ape yang aku dapat dari drama ni secara personally. Hah, macam pengkritik filem je bunyi nye. Aku memang suka kerja-kerja memberi pendapat ni. So kalau korang rasa sebaliknya, sorry to say; I loikeee the drama! Muahahaha.

Oh, tiba-tiba perut berbunyik. Lapar eh?? Tahan la kau sampai nanti siang. No way kau nak makan pukul 2 pagi camni. Nanti berat badan naik dah bising-bising. Lagi pun tak sihat la makan tengah malam. No, dah pagi sebenarnya. Buat AE ciput je dah kelaparan ye? Tapi waktu-waktu macam ni la ilham datang nak karang ayat power. Kalau siang aku ingat nak makan je. Tak pun tidur. No wonder la AE kau tak siap-siap kan?? *Bercakap dengan diri sendiri rupanya*

Back to the story-morry. Ape aku nak cerita tadi? Hah! Aku ada satu sifat kejam yang aku enjoy secara senyap dalam hati kalau tengok drama-drama atau filem. *over kau!* Begini. Aku suka bila tengok orang menderita sebab orang yang dicintai tu mencintai orang lain. HAH?? Apakah ini?? NO! No! Maksud aku camni; Aku kesian kalau seseorang tu boleh wat rileks je kat orang yang dia cintai sebab dia tau orang yang dia cinta tu suka kat orang lain. Since aku dah kesian, maksudnya aku suka la scene-scene camtu! Memang emosi dan menyentuh perasaan. Buat kita terharu dan berkata, "Aku paham apa yang kau rasa" gaya macam dah berpengalaman 8 ke 9 kali jatuh cinta tapi tak berkesampaian T_____T... Tapi bukan aku.. *sambil nyanyi lagu Kerispatih*

Sinopsis:

Dalam cerita Hotaru ni, dia seorang perempuan yang sangat cute dan innocent waktu pejabat. Tapi kat rumah dia suka golek-golek atas lantai sambil makan dan baca majalah fesyen. Kat rumah dia suka pakai seluar sukan yang koyak ngan t-shirt buruk je. *macam sama je ngan aku* Rumah dia... speechless! Baju bersidai sana-sini, buku-buku bersepah, pinggan mangkuk atas meja... memang horror! *oh, bilik aku mmg bersepah tapi tak laa horror!* Konklusinya memang bukan apa yang orang lelaki bayangkan lah! dia selesa idup macam tu sampai la satu hari Manager dia pindah masuk lepas berpisah ngan isterinya. Dia ingat mak bapak dia biarkan rumah tu kosong padahal Hotaru dah 'pinjam' dari bapak Manager tu secara kebetulan. Manager Hotaru ni pulak memang pembersih orangnya. So hari-hari bergaduh pasal sikap Hotaru yang suka sepahkan rumah.

Pada masa yang sama, Hotaru suka kat sorang pekerja baru masuk. Tapi dia tak tau macamana nak respond kat laki tu so kat rumah, Manager ni jugak la yang manage kisah percintaan Hotaru. Kononnya dia taknak Hotaru alami apa yang dah jadi kat rumahtangga dia sebab tak berterus terang. Semuanya nampak ok sampai la satu hari boyfriend ni nampak Hotaru ngan Manager. Dia dah jealous. So nak pulihkan keadaan konon nak mintak maaf tapi ternampak Hotaru bergurau ngan Manager kat luar rumah pulak. Terkejut la boyfriend Hotaru tu sebab selama ni Hotaru tipu pasal dengan siapa dia tinggal.

Lepas explain semua2 tu, Boyfriend Hotaru ajak dia tinggal kat rumah dia. Sebab sayangkan boyfriend dia, Hotaru pun pindah. Tapi malang, tak lama sebab mereka try hard sangat nak selamatkan hubungan diorang. Lastly, diorang clash dan Hotaru pindah rumah lain. Manager pulak dah kesunyian kat rumah takde orang nak ajak gaduh. Bila Hotaru clash, manager cakap la yang dia tipu pasal rumah tu nak dirobohkan. So Hotaru pun pindah balik ngan Manager dengan syarat; kalau Manager jatuh cinta kat perempuan lain Hotaru kena keluar, dan kalau Hotaru jatuh cinta kat orang lain, Manager kena keluar. Tapi tak mungkin Manager yg kena pindah keluar since takkan ada orang yang akan cintakan Hotaru selain Manager. Haha! Tak aci, kan??

The End
**********************************************

Ok, berangan sekarang!



Monday, October 11, 2010

Sunday, October 10, 2010

Pelampung Baru



Woot! woot! hehehe. Okay, dah tukar wajah baru :) Baru la rasa tenang aman damai sikit eh? Kalau tak haru biru aku tengok blog aku ni! Huhu. Dah malam-malam macam ni taktau nak wat ape. Gossipgirls semua wat hal memasing. So tinggallah aku terpinga-pinga sorang mengedit blog. Takpe ah. Hasilnya aku puas hati

Takde gosip wat aku bosan! Semua orang senyap. Yes... Take your own sweet time. Aku ni orang kacau aku marah, orang tak kacau aku emo sorang-sorang pulak. Serius dah tak waras aku ni. Aku pun tak tau nak wat ape ngan diri aku ni lagi. Tak sabar nak masuk posting pastu sibukkan diri sendiri, stress kan diri ngan sekolah baru pastu mengamuk-mengamuk kat blog pastu mula rasa nak duduk rumah guling-guling atas katil sebab dah tension kat sekolah! HAHAHA. Yes, I bet that will be one day... soon my dear. Very the soon! Kahkahkah!

Pastu siang tadi sambil masak kat dapur aku sempat merancang masa depan. (Hebat tak sambil masak? Mana ntah aku dapat inspirasi ni? Tengok kuali kot?) Aku rasa masuk je posting ni, agak-agak gaji mula masuk aku nak terus apply master :) Maybe June/July punya intake kot. So, nanti by umur aku 25, aku dah ada master, kerja tetap, rumah sendiri, kereta HONDA CIVIC sendiri, dan kalau berjodoh, ade la anak ngan laki sendiri. Hohoho! 25 okay? Lagi dua tahun tuuuuuuu! Wah seronoknya merancang masa depan! Biar la takde calon tetap untuk dikahwini lagi tapi at least aku nak tunaikan 50% daripada impian aku. Tak salahkan pasang impian? Yeay! Suka! (Berangan je lebih masaknye tak seberapa).

Orait! Dah bosan mengadap lappy ini~ Tata Titi Tutu! Nak mimpi best best ah malam ni :D


10-10-10



Happy Triple Ten Day
^ __^


Thursday, October 07, 2010

Paper Heart



Ya Allah,

Could I erase the pain?
And be happy again?


I will find the way...
Yes, I will.
^____^




Wednesday, October 06, 2010

Monday, October 04, 2010

Tak Bertajuk




baju konvo : belum siap sepenuhnya tapi boleh kata 80% tu consider siap la kan? :D
tudung konvo : tak pikir lagi nak pakai style camne :P
kasut konvo : hoh, kena practice dah ni. nanti tergolek pulak aku atas pentas tu!



Yes. Aku sangat looking forward for my convocation this year :) Tapi banyak lagi benda tak settle -____-" saman parking... yuran konvo... pfttttt! Oh. Semua itu nak guna ringgit!


Gahhhhh! I'm broke already :/


Oh, aku juga baru bukak account @Tumblr :) Hahaha! Semua account aku nk bukak. Akaun bank takde pulak aku nk bukak ea? Pandai~ So follow me - http://lealyanna.tumblr.com Tapi jangan tanya aku amende Tumblr ni sebab aku pun tak tau. Kekeke~

Gosip?? Meow! Amende? Dah takde gosip dah... Makin banyak gosip aku created, lagi haru biru hidup aku. Takpe la. Yang dah lepas tu biar lah. Kalau tak bosan je hidup ni bila tak bersosial dengan orang lain. Dan tak roger orang lain. HAHAHA! Serius pathetic gila aku ni T____T

Takde yang menarik update kali ni?

Pasal S? Takpe. Takpe. Salah aku. Aku tak blame sesapa dalam hal yang lepas. I'm accidentally falls to a wrong guy. Who is having- fun- make- fun of me. Sungguh dia kejam. Lepas tu pandai cakap kalau aku tak suka orang tu, cakap je terus terang tak suka! Kau tu?? Ada ke terus terang ngan aku cakap tak suka? Nope! Aku tak kecewa pun jatuh cinta. Yang aku kecewa dia make fun of me. Next time, dah tekde next time lagi dah! Tipu la aku kata aku tak sedih. Tapi setitik pun air mata aku takkan keluarkan untuk orang macam dia. He's not worth suffering for! I hate you in my different ways :)

Oh, Incik A bertegur sapa dengan aku bila kebetulan dia online. I told him let's not hope for each other. (Yes, aku perlu bagitau kalau tak aku pun 2x5 macam S!) Berkawan kan lebih baik? Daripada cakap saya- suka- awak- la- jom- kita- kapel. Padahal kenal tak sampai seminggu. I bet he thought that aku ni sombong. Tak nak kat dia. Whatever. Tapi kalau aku tak wat camtu, mana aku tau dia ni betul-betul looking forward kan? Kalau orang tu nak, dia cakap dia nak (kan Fida? muahaha!) Tunggu la lama mana pun, dia akan tetap tunggu. In between? Let's just be friend :) Mana tau in between tu kita kenal someone? So takde la hati yang luka.

Yes. Enough is enough.
Let's move on!



ps:
jawapan teka-teki semalam; incik A dalam rajah di bawah ialah yang paling kanan. Sekian :D


Sunday, October 03, 2010

Saturday, October 02, 2010

Adaptasi


Burpppppp! Alhamdulillah :)

Yo! Hari ni schedule aku memang full dengan open house sampai lenguh-lenguh badan aku! :)

8.30am - "Lea bangun!!!!!!!!!!!!!!! Mandi!!!!!!!!!!!! Pukul 9 sharp pergi Kuala Klawang!!!!!!"

Pftttttt. Apesal semalam tak cakap? Aku tidur pukul 5 kot pagi tadi??? Lagi satu. Harus ke aku wajib ikut????

11.00am - "Mak, Alin suruh beli sekian sekian sekian."

Aku rasa baru dua minggu kot dia balik hostel. -_____-"

12.30pm - "Maaf ye. Hari ni waktu melawat pukul 2 petang!"

Gahhhhhh. Dah 3 tahun adik aku kat sini. Sejak bila???

2.00pm - "Mak. Lapar!" " Takpe. Ada banyak open house hari ni."

Baiklah mak.

3.30pm – Cari rumah kawan mak. "Mak, apesal tak ada pun nombor rumah 12A Jalan 8/2A?" "Meh abah tengok betul2 alamat tu?"

Fineee... 12A Jalan 8/2M.

4.45pm - Baru sampai rumah pakcik. "Shamil, salam la dengan kakak!" "Kakak dah nak balik ke?"

-______-

6.00pm - "Saida (sepupu, sebaya) dah nak bertunang bulan 12 nanti. Hujung tahun depan kawin katanya," ujar nenek. "Ros, cucu ABC tu umur dia 26 tak kawin2 lagi. Cikgu sekolah rendah dekat Teluk Gadung. Aku cakap la kat ABC cucu aku cikgu sekolah menengah. Agak-agak kalau bincang-bincang dengan kau dengan Lea nak ke?" "Haah mak, hari tu Nurul (kawan adik aku yang darjah 5) tanya kita, kakak kau bila nak kawin?"

O_o???

8.oopm - Sambil makan kat rumah makcik. Perbualan antara dua orang sepupu yang sedang pregnant. "Baby girl ke baby boy?" "Baby boy!" "Wah lengkap sepasang!" "Kau kalau drive sakit-sakit tak lengan?" "Ya Allah, sakit! Kadang-kadang tu memang tak larat nak drive. Kat tempat kerja pun aku penat aku pegi restroom aku tido!" "Hahahaha!" "Mak2 buyung, makan ni. nanti senang beranak!" Sambil makanan2 di susun di atas meja di hadapan mereka.

Aku memandang mereka dengan terkebil-kebil kerana.... 1) cannot join the conversation 2) tidak dilayan seperti puteri raja. .....-_______-

9.30pm - Check handset

Kosong. Fine. Aku tak ada boyfren............... kot?



So tengok betapa busy nyew aku...

Aku taknak dipanggil poyo kerana;

Aku tengah beradaptasi dengan umur 23 tahun aku neh!

Yes. Memang poyo. Kan aku dah cakap.

-___________-

Karikatur Yang Comel


I wonder...

WHY PEOPLE BECOME SOOOO NICE
WHEN THEY ASKED FOR SOMETHING
FROM YOU?

but later

"HEY, WHY THIS IS LIKE THIS IS LIKE THAT?"



Hah, freak people!
-________-






PS: hal keluarga :P