Tak sabar nak tunggu Raudhah Tribune yang baru tu kluar. Dulu kalau dapat, ntah mana2 la aku campak. Riak betul. Tapi makin hari makin menarik pulak kandungan nye. Sekarang aku jadi pengumpul Raudhah Tribune yang berjaye.. huhu, berjaye ke? Boleh la.. Penuhkan board dpn meja study ni.. Setakat insaf tapi tak amal, tak gune gak kan?.. belajar sikit-sikit la..
Ok lah, sebenarnya dua tiga menjak ni ramai pulak orang menanya aku.. bila lagi nak bercouple? Tak rase nak cari bofren ke? Kau trauma ke? Macam-macam la jenis soalan yang menjurus ke arah percintaan ni. Mula-mula aku tak amik port pun soalan-soalan camtu. Tapi yelah, aku pun manusia biasa. Apa aku boleh cakap, kalau ada jodoh, jumpalah kot? Ni belum lagi kata-kata nasihat daripada para penasihat-penasihat tak bertauliah..
"Kau tak boleh tunggu je.. kena carik! kalau tak macamana nak jumpa?"
Adeh, speechless pulak rasenye bila dapat pesanan macam tu. Cikgu aku pernah bagi nasihat dulu masa dia nak kawin.. Personally lagi tu.. Kat sekolah dulu tade pun ustazah cakap bab2 cinta ni. Nasib la aku rapat ngan cikgu kelas aku yang amik berat bab2 agama ni.. At the same time dia warden gak. Cikgu Siti namanya.
Dia pesan, "Kamu kalau nak cari calon suami, tak payah cari dia. Dia akan datang cari kamu."
Aku yang mula berpinar-pinar ni pun bertanya, " Abes tu cikgu, mcm mana kalau kita tak suka dia? Macamana nak tau dia tu jodoh yang Allah bagi?"
Serba curious aku bertanya.
Dia jawab," Kamu buatlah solat Istikharah. Mudah-mudahan la Allah bagi kamu petunjuk."
"Owh.. gitu eh cikgu?"
Maka berpegang teguh la aku pada nasihat cikgu aku tu. Kan cakap cikgu tu berkat..
Tapi maaflah sangat, aku memang tak berniat pun nak dedah2 prinsip kat tempat awam macam ni. Maklum la zaman sekarang internet ni jadi agen fitnah kaum wanita. Cuma aku rasa benda ni penting. Atau paling-paling tidak pun sebagai galakan pada mereka yang mencari cinta agar tak kecewa.
Rasulullah SAW bersabda;
"Setelah pemergianku nanti, tidaklah aku meninggalkan fitnah yang paling berbahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita."
(Riwayat Muttafaq 'Alaih)
Aku tau, ada yang rasa malu bila orang tanya status- single. Beb, relaks la. Mungkin 'perjalanan' kita sejauh ini sebab Allah nak pastikan kita hanya akan dapat yang terbaik. Kalau sebelum ni cinta terputus kat tepi jalan (gaduh bawah pokok la contohnya), anggaplah Allah sayang kat kita. Mungkin cinta tu takkan kekal bila kahwin sekali pun? Ingat, cinta tu biar sebab iman pasangan kita.. bukan sebab nafsu. Jangan sebab dia lawa, banyak duit, popular.. bangga? Tak kisah la laki ke perempuan ke..
Jadi wahai rakan-rakan ku sekelian, amik la iktibar dari nasihat aku ni. Mungkin jugak cakap aku tak serupa bikin. Lagi-lagi la kalau ikan besar melintas depan mata, kan? Aku pun suke.. hihi.. Tapi at least mari kita saling ingat-mengingati..
Sekarang, jom layan komik sekerat ni. Khas dari Raudhah Tribune tau! Tapi kecik sangat nak baca nye.. so right click gambar tu then open in new tab.. okey?? Selamat membaca~
No comments:
Post a Comment