Al- Fatihah buat arwah nenek yang telah kembali ke rahmatullah
pada hari Khamis, 4hb Mei 2011..
This week sangat penat.. balik dari kursus seminggu kerja dah tersusun atas meja macam la aku keje opis.. Huhu.. Then balik rumah hari Khamis tu basuh kereta.. Lepas maghrib tetiba abah cakap nenek nazak. Call saudara mara.. Then bacakan Yaasin.. Pukul 10.30 malam nenek meninggal.. So malam tu jugak prepare apa yang patut.. kemas rumah sebab esok nak urus jenazah.. Pukul 1.30 aku pun tetido sebab penat dari balik sekolah tak sempat nak makan ape lagi nak duduk..
Pukul 6 pagi adik kejut suruh siap-siap. Pukul 8 ustazah yang tolong urus jenazah pun datang.. Aku, mak, abah selaku tuan rumah yang memandikan jenazah.. Sangat sedih perasaan memandikan jenazah.. Begini kah aku di hari kematian aku nanti? Siapa yang ada di sisi aku.. memandikan aku.. mengkapankan aku.. mengusung aku ke tanah perkuburan..
Selesai memandikan jenazah, aku tolong mengkapankan arwah.. Selesai kapan, aku keluar memanggil saudara-mara lelaki yang ingn melihat jenazah kali terakhir.. Alhamdulillah, urusan berjalan lancar.. Ramainya yang datang menziarahi jenazah sehingga penuh halaman rumah dengan orang ramai sehingga ke rumah makcik sebelah..
Majlis tahlil berlangsung selama 3 malam.. Selama tiga hari inilah aku, mak, makcik yang bertungkus lumus menyiapkan juadah untuk majlis tahlil.. Tapi mak lah yang paling penat bertungkus-lumus menyiapkan kemudahan.. So sempena hari ibu pada hari Ahad, aku hadiahkan mak sepasang kasut yang mungkin paling mahal mak pernah pakai selama aku lahir ke dunia.. Tapi aku tau, nilai itu tak semahal budi yang mak tabur sepanjang menjaga arwah nenek.. dan juga membesarkan aku dan adik-adik yang lain..
You're the best mom of mine..
Semoga mak berada dalam keadaan sihat selalu..
HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOM IN THIS WORLD
No comments:
Post a Comment