Finally, rumah sewa dah habis kemas :) Good bye Shah Alam! Muahaha. Sebulan kot berkemas nak pindah? Ye la yang lain-lain balik cabut je. Tak macam aku, katil, tilam, meja, almari, rak, dan isi-isi dapur. Selori kot?
Semalam settle interview dengan City International University. Mintak lecturer health science gittew! Ahaks, matikan tikus pun takut, inikan pulak nak mengajar orang? Sampai termimpi-mimpi wat post mortem orang mati dikerat-kerat! Hurm, tak tau la dapat ke tak. Maklum la calon-calon semua hebat-hebat belaka. Bukannya aku tak hebat cuma malas belajar je.. Pfttt... Dah cuak dah ni :P
Pastu Maybank called untuk training customer service kat Bukit Jelutung. Gaji + benefits memang classs la basic RM2300 ++/month boleh sampai RM2800/month; tapi waktu kerja menggila. Dengan tega aku reject :D Apakah.. apakah...
Then member aku dah comfirm; nak kerja kat Jusco tu sila la datang hari Ahad depan. Ada Shoes Fair katanya. Akan sibuk dan memerlukan orang. Teringat kerja SKP time konvo last year. Camtu jugak maybe.
Kontrak KPM? Ntah la. Aku malas nak fikir apa-apa selagi aku tak nampak apa peluang yang betul-betul dalam tangan. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kena settle, comfirm kan satu persatu dulu, kan?
Hurmmm. Boleh tamatkan entri ini sekarang? Hehe :)
No comments:
Post a Comment