Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 03, 2010

Dear diary; I'm emo today


Ritual setiap pagi: membaca doa. Sekarang masuk kelas baca doa belajar tak?

Dua tiga menjak ni aku asyik mimpikan sekolah lama aku je. Rindu agaknya? padahal dulu kat sekolah rasa macam dalam neraka dunia. Biasa la jiwa remaja. *tapi sekarang pun remaja jugak kan???* Entah la. Dulu kat sekolah aku selalu sedih. Semua sebab masalah kawan. Ada satu masa rasa macam kita ni banyak sangat kawan. Lepas tu tiba-tiba kita rasa kawan kita tak ada pun yang faham kita ni macamana. Macam orang selalu cakap, kita sibuk menjaga hati orang tapi ada ke orang yang amik kisah nak menjaga hati kita ye? Cemburu pulak dekat diorang yang still contact dan bersahabat baik even dah lama tinggalkan sekolah.

Aku? Aku tak cukup baik kot. Sebab tu takde orang nak berkawan lama-lama dengan aku. Orang perlukan aku waktu mereka perlukan bantuan. Selebihnya, aku sendiri yang selesaikan masalah aku. Mungkin jugak sebab aku tak pernah bercerita tentang masalah aku... tak pernah mintak tolong pun dekat orang lain. kalau aku cerita masalah pun, ada ke yang nak dengar? Aku tak habis cerita lagi, orang dah buat conclusion. Baik aku tak payah kongsi cerita!

Kadang-kadang aku rasa give-up pulak. Letih la hidup macam ni. Sampai bila aku kena selesaikan masalah sendiri? Kenapa takde orang sudi mendengar? Aku tak mintak pun sape2 selesaikan, tapi aku nak didengari. kalau aku sudi mendengar, kenapa tak ada orang yang boleh buat perkara yang sama?

Aku cuma ada Allah je. Mungkin Allah taknak aku bergantung pada sesiapa selain dariNya...
Wallahu'alam.

Berbalik pada mimpi tentang sekolah tadi. Aku bersyukur berpeluang ke sekolah seperti itu. Walaupun aku tak sehebat mereka, tapi aku berpeluang kenali mereka selama tempoh 5tahun tu. Keadaannya mungkin berbeza sekarang. Tapi pahit manis bersekolah di situ buat aku sedar, tak ada yang indah pun bila kita kembali kepada realiti. Yang kaya akan terus di pekan... dan yang miskin akan kembali ke kampung. Macam kisah abah dulu agaknya yang aku ulang.

salah aku sebab tak belajar rajin-rajin. Tak dapat straight A. tak dapat pergi oversea. Salah aku. dan salah aku jugak tak belajar rajin-rajin di matrix, tak dapat course medic. salah aku. Sekarang ni, tak belajar rajin-rajin di universiti. tak pernah dapat dean list. Salah aku jugak. Semua salah aku...

Hati, maafkan aku kerana selalu menyakiti kau. Buat kau menangis dalam pekat malam. Waktu orang lain lena diulit mimpi, atau sibuk bergegas siapkan AE. Mak, maafkan aku anak yang tak tau bersyukur. Dihantar ke sekolah elit, tapi pulang sekadar menjadi cikgu. Abah, semua salah aku. Aku tak ada pun masalah kewangan macam waktu abah sekolah dulu, tapi aku tak pernah cemerlang dalam peperiksaan dengan alasan malas belajar.

Dunia, salahkan aku. Insan yang tak tau berterima kasih!






No comments: