Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Dari Tetingkap Ini


Owh. Hari ni mood saya sedikit baik kerana telah keluar menonton wayang. Walaupun terpaksa mendongakkan kepala hampir 90darjah sebab kononnya seat dah penuh. HAHAHA. Kononnye lah. Lepas tu macam biasa la nak beli donut. Tapi duit macam tak cukup nak beli banyak sebab ahli jemaah memang tengah kelaparan :/ Pegi atm semua out of service. Last2 pergi Giant keluarkan duit pastu beli KFC satu bucket T___T. Hah. Sape la letak KFC depan mesin atm ye? Cuba letak jauh-jauh sikit bagi orang tak nampak.

Berita utama.

Gaji skp dah masuk. Weeeee~ boleh la cover sebulan lagi before scholar masuk. Soalan: adakah saya pengguna yang boros? Owh. Mana mungkin. Saya kedekut taik idung masin. *mana kau tau taik idung tu masin?* Oh, saya tak tau tapi mostly kawan-kawan saya tau. Mungkin mereka lebih berpengalaman dalam bab-bab merasa. *dah la tu. jijiks dengar kau cakap pasal taik idung!* Baiklah. Yang penting aku kedekut pada diri sendiri je. Dekat orang lain akulah paling pemurah dah broke pun still boleh buat muka steady macam Harrods tu daddy I yang punya T____T ! Eh, berkaitan kahh??

Hari ni jugak mood saya bertambah baik kerana telah pun download lagu Breathe by Taylor Swift. Semacam berdiri di atas batu yang tinggi lepas tu ada laut kat bawah dengan ombak menghempas kuat. Hah. Tulah selalu sangat tengok video klip kan dah terpengaruh. Kekeke.


Mungkin saya perlu bercuti? Oh, cita-cita ku untuk menaiki banana boat masih belum tercapai... Mana mungkin pulak nak bercita-cita buat Boogie Jump? Atau parachuting dengan bot laju? Ya, saya hanyalah gadis biasa yang hanya mampu melihat dan tersenyum atas kebahagiaan yang mungkin anda pernah rasai... anda patut bersyukur tau tak??

Okay sekarang dengar lagu Come Home by Onerepublic pulak :)

Everything i can’t be
Is everything you should be
That's why i need you here

Sunday, November 22, 2009

Aku Mengganas

Hari ni aku sangat tersentap. Geram ada, sakit hati ada. Mula-mula aku ingatkan aku ni jealous ke apa, tapi rupa-rupanya bukan.

AKU BENCI.
Wow. Such an expressive expression you have! :D



Monday, November 16, 2009

Amore Chicken Black Pepper Roney Honey

Hari ini aku telah menerima satu panggilan penting ketika sedang sibuk meneliti wajah rakan-rakan kesayangan. Okay, meneliti kedengaran menakutkan.. ketika sedang sibuk check-it-out wajah rakan-rakan kesayangan. Panggilan penting ini datangnya dari emak. Lebih kurang macam ni lah;


Emak: Lea masuk! Lea masuk!

Lea: Lea di sini. Teruskan! Teruskan!

Emak: Sila laporkan keadaan cuaca di rumah.

Lea: Cuaca mendung seperti mahu hujan. Potensi hujan turun 98%

Emak: Baiklah. Sila keluarkan ayam dari freezer. Kemudian pergi ke kedai sekarang dan beli bahan untuk masak chicken black pepper.

Lea: Arahan terima, over.

Emak: Over. Roger and out.

Perbualan ini semacam over juga.

Baiklah. Aku diarahkan ke kedai dan membeli bahan memasak chicken black pepper. HAHAHA. So aku pun bersiap-siap nak keluar beli bahan masakan. Tiba-tiba hujan turun dengan ganas sekali.

Ok, tak jadi pergi kedai. Kereta tak ada.
Masuk rumah semula lalu berkaraoke = . =

Habis je karaoke hujan pun macam dah renyai-renyai. So aku dengan tabah syazwan mencari kunci motor dan merempit ke kedai runcit berhampiran. Sesampai di kedai aku berkira-kira, bahan apa agaknya yang aku kena beli?? Alaa.. Lupa nak tengok resepi pulakk...

Maka membuat keputusan sukar seperti ini memang menjadi tabiat aku sejak dulu. Kira-kira dengan membeli sepeket perencah black pepper segera seperti ini adalah satu keputusan sukar yang bijak, bukan??

Tadaaaa~


Maka bermulalah perjuangan aku memasak chicken black pepper dengan perencah segera seperti di atas. KAHKAHKAH.


chicken sedang berenang-renang ke muara kuali

Masakan ini sangat mudah membuatkan aku macam nak masak dengan sebelah tangan je kerana kesenangan untuk memasaknya.

Inilah hasilnya tuan-tuan dan puan-puan,
AYAM MASAK KICAP LADA HITAM



Okay tamat. Pergi sambung karaoke.
............................................................
...............................................
.................................


Wishlist

terminate maxis bb . tengok 2012 . makan dOnut . dapat laptop baru . beli accessory yang cute untuk celcom bb . Sekarang nak buat AE dengan hati yang tenang!!! lalalala~

Friday, November 13, 2009

Tips For A Blog Beginner

Telah saya memulakan kerja-kerja pembuatan blog sekitar tahun 2008 ketika era cuti semester. Kini sebagai founder kepada Bitter Sweet Heart yang sumpah sampai sekarang takde siapa tahu akan kewujudannya; saya telah menjadi lebih giat lagi untuk menceritakan sisa-sisa kehidupan sebagai anak gadis muda yang terkebil-kebil untuk menjadi wanita serius bekerjaya kelak. *dah la tu. baik kau stop buat macam ni kalau tak kami tak nak baca dah. serius tak tipu.*

Baiklah T________T

Aku telah berusaha! *sila buat nada chaiyok! untuk pembacaan yang lebih efektif* mencari apakah tips-tips menarik untuk seorang blog beginner ni. Aku macam tak harap la ada orang nak follow blog yang merepek macam ni; tapi kalau ada silent readers pun macam best so aku boleh excited secara senyap dalam hati. T__T

Iklan.*sejak bila kau pandai iklan?*

Oh, sorry to those who can't read this post since I'll give the tips in Bahasa.

Ok iklan tamat.

Secara teknikal, bila seseorang mula membuat blog perkara yang terpaling terpenting sekali ialah nama blog. Adakah anda suka nama blog anda? *Kalau kawan aku tak suka takpe lah ada korang kesah... weii ni belog aku okay?? *HAHAHA. kes macam ni exception la kott? Jadi alangkah baiknya kalau korang pikir baik-baik apa nama yang seswai , catchy macam senang je nak ingat, kan? Kalau boleh elak kan macam;

http://druzzelcriptouxschazznet.blogspot.com yang sumpah panjang susah nak eja atau http://sayamemangpalingcomelz-so-whutt.blogspot.com yang sumpah annoying sampai bila aku tak nak masuk baca. *korang klik jugak ke?*

Kemuadian zaman sekarang ni dah ada application yang owner boleh masukkan address pastu keluar nama blog berserta entri terkini sekali kat sebelah kanan ke kiri entah. Hebatkan? Memandangkan ada macam banyak sangat link orang biasanya akan pilih link yang macam woow dan apatah ni macam;

Di Luar Kotak Afdlin Shauki yang semua macam nak tau atau Anak Raja Zainal Abidin yang sumpah cool nak kenal! nak kenal! *erk?!*

Ok next. Presentation. *aku ingat kat kuliah je buat presentation. kat sini pon ade jugak ke?* Eh, of cos ada! Pilih la background yang bersesuaian dan sedap mata memandang pandang tak jemu.. pandang tak jemu.. *ada hati nak berdendang. nah 2ringgit beli jajan Dendang dah main jauh-jauh.* Dendang Background layout tu kalau boleh jangan la yang banyak sangat color sampaikan readers susah nak fokus pada apa yang dibincangkan. Lagi satu jangan lah pilih color tulisan yang macam haram susah nak baca dowh! Background gelap tulisan kenalah cerah. *ini pun nak bagitau gak ke?* Eh, aku cakap ni siap-siap sebab aku tengok ade je yang buat. background cerah tulisan kuning. Juling aku baca. Pergi check blog ni sekarang kalau berani http://blogtiputipu.com.

Sekarang tips yang terpenting sekali.
Tajuk entri/post. Jangan sesekali mengabaikan tajuk post sebab orang ramai Google mesti nak tau apa yang you all bincangkan tentang si polan berkaki dua itu. Contoh aku bubuh tajuk entri selipar Gladiators yang macam tengah tiptop waktu tu sebatalion peminat gladiators berkunjung nak tau jugaaak... huahua. Untuk menyerikan lagi suasana apatah daya kalau you all letak sekeping gambar berukuran poskad sebagai bukti pembelian. *berhenti mencarut mengarut sekarang!*

Kemuadian demi kebaikan nama negara bangsa 1 Malaysia, sila lah jangan membuat carutan melampau di blog anda melainkan blog anda itu ialah khas untuk mencarut. Sila nyatakan sekali statement tersebut supaya readers tak terkejut dengan penggunapakaian eh silap; penggunaan bahasa you all yang tak manis bagi sesetengah insan yang selama ini bahasanya manis-manis sahaja.

Jugak, selalu-selalulah welcome pembaca2 yang mungkin singgah secara kebetulan agar mereka lebih menyayangi blog anda dengan lebih. Macam yang tengah baca sekarang ni.. *eceh dah malu la tu :P*



Ok bye!



Thursday, November 12, 2009

Cry Me A River

Yuhuuuu.... nak update blog lah!



Ini ialah sarapan pagi saya hampir setiap hari... T__________T
Maka tidak hairanlah saya mempunyai bentuk badan yang ideal.






Ini ialah majlis kenduri dotdotdot yang diadakan di kampung. Sangat meriah dengan makanan kan?
Nak tengok majlis meriah macam ni nanti datang la majlis kenduri kawen saya pula. T__________T

Monday, November 09, 2009

Kapal Besar dan Donat

Owh hari ni aku ade mood nak wat session photoCraze. Bunyik mcm carCraze promo kad Mesra Petronas je kan? Tapi ni lain. Ini sesi bergambar sendirian bawah pokok mangga Wak kat depan rumah nun. Mklum la dah lama tak bercuti. Takde tempat menarik untuk dilawati. Camne nak amik pics cantik diri sendiri ye tak? Depan rumah pun jadilah. Kan depan rumah aku ada taman. Faiq kata lepas hujan depan rumah aku ni macam dekat oversea je. KAHKAHKAH. Kan best kalau boleh ikut Intan n Bella pergi menjala atas kapal besar. *Eh, terasa over pulak cakap camtu hari ni kan?*

Sejak laptop aku hilang ni.. *dah kate kan, benda lepas jgn dikenang!* owhh.. baiklah.. baiklah.. Sejak takde Photoshop ni, rasa tak berseri je pics2 yang aku amik. Muka aku yang berseri-seri sebab dari sekolah seri puteri ni pun gagal menandingi keserian pics yg di edit ngan photoshop. Apelah daya. Tunggu Apit balik rumah la. Dengki sungguh tgk gambar2 dia upload kat Fb semua hensem2 belaka. Tak ada sorang pun hidung kembang walau di masa lapang dia suka kembangkan hidung kalau aku suruh buat kerja. Ini tidak adil! Boleh dia taknak balik rumah sebab takut laptop dia pulak hilang.. kang kau balik aku guna laptop kau taknak kasi balik!! Muahahahaha.

Oh, lebatnya hujan kat luar. Hari-hari hujan macam ni elok kalau dapat minum hot milo cecah biskut cap hup seng. Aku klasik. Tapi tak lah pakai kebaya ngan kain batik sambil minum milo. Itu buang tebiat namanya. Minum senyap-senyap sudah. Sambil ditemani momot. Momot ni apa aku makan semua dia nak. Stress betul ada kucing demand macam ni.

Baiklah. *mood bertukar!!*

Pagi tadi aku baru bercadang-cadang nak beli donut kat Big Apple sbb mengenangkan hati yang tak berapa nak happy duduk sorang2 kat rumah ni. Makan donut sorang-sorang memang best!! takde sapa kacau. Tapi dah hujan macam ni nanti rasa sedih pulak makan sorang-sorang. *Huh?! Ada orang kesah ke?* Yew..yew aku tau. Takpe lah. Nanti 2012 keluar aku pegi tengok sendiri sambil mkn donut. Ha.. yang tu bukan sorang-sorang. Wayang kan besau? Takkan aku nak booked untuk aku tengok sorang je kot??


korang tak kesah kan kalau aku mkn sorang2 je?

Saturday, November 07, 2009

Sekali-sekala


Bertemu kita kembali setelah sekian lama aku mengimarahkan majlis konvo. sebulan tanpa cuti tu... bukan sehari atau seminggu. koma sedar kembali pun tak pasti aku nak terima balik keje tu ke tak. sungguh aku redha demi sesuap nasik. aku gagahi jua walau akhirnya terpaksa ponteng sebab rindu sangat kat Momot kat rumah. aku terpaksa korang. aku terpaksa. sebelum aku gila sebab sebulan tak balik rumah dan di chop anak tak tau jalan balik sbb UiTM tu sekangkang kera je dari rumah i tell you. Sungguh, ini kisah sadis. Dan balik2 je rumah kena rompak lalu kehilangan laptop, handphone dan wang ringgit. Tiada kisah sesedih kisah ini. Aku pasrah. Dengan pasti.

Dahlah. Lupakan nostalgia pilu tu. Aku tak mao kenang lagi. Sudahlah. Duit aku dah habis. Lantaklah. Aku survive atau tidak naik semester baru ni... biarlah. Aku tak tau dan tak mau tau. Yang aku tau naik semester ni thesis aku mesti siap. Dan Dr. Nab kenali aku secara dekat sebagai supervicee dia yang selalu buat kerja last minute. TAPI SIAP. Aku dah penat nangis2 macam semester 6 dulu waktu buat proposal bila Prof. Aziah kata kerja aku sgt superb adakah kamu plagiarize? Sungguh aku pilu waktu itu kerana tidak ada kata2 yang lebih hina jika org kata aku plagiarize hasil kerja org. Helloooooooooo~ NOT SOO ME!! Nasib baik dia bagi A kalau tak sebaldi lagi aku nangis kau orang tau?

Fuh.

So far smester ni tak nangis lagi *hebat kau laptop hilang tak menangis yew?* Sebab konsep pasrah dan redha dah sebati dlm diri maka aku kebal dalam ujian2 seperti ini menjelang hujung semester. Tapi ada satu masalah besar yang aku kecik-kecik kan lah korang.

Ada orang dah taknak kawan dengan aku sebab dia kata aku dah tak macam dulu.

Patut tak aku kesah?