Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 23, 2008

Jikalau semuanya berbeda

I've changed my blog's template!! Huhu. It's not that practical but I like the colour and the pic with flowers yg kerawang2 tu plus it's VINTAGE= yeah, my bad. If korang nak navigate other punye links korang just click on WHAT (my bio), BEEN (others links), ALL (shoutout) at the top of (hold.On)...Then click hOmE kalau nak balik front page semula. Unfortunately aku tak jumpa code komen untuk setiap entri pulak.. Sedang diusahakan..

Today I've so many things to share with you. And after I thought, this would be the most suitable title for my entry; Jikalau semuanya berbeda - from Astrid's (Jadikan aku yang kedua).

Aku terfikir-fikir (disebabkan aku suke berfikir), macamana kalau semua ni jadi kat aku? Ape aku nak buat dan apa agaknya perasaan aku waktu ni kalau...

tak lulus exam semester 5
semester ni ada satu killer subject iaitu animal physiology. Tahap kesusahannya macam dipakse makan cili padi. Sama ada nak makan mentah2, buat sambal atau jus cili. Pilih la cara mana tapi pedasnya tetap terasa.. Ahamdulillah, setakat ni aku tak pernah lagi repeat paper. Aku mengaku aku sangatlah malas nak study kalau takde test. Orang lain stay up sampai subuh, aku lena diulit mimpi. Bukan apa, aku tension tengok orang study. Pelik kan aku? Kalau macam ni sampai bila pun tak dapat dean list. Azam baru = Kurangkan stress!


tak lulus test jpj
selama ni orang kata drive kereta tu senang. Kalau dah lama bawak kereta memang la senang. Kalau auto lagi la senang. Seharian aku kat driving school tunggu turn on the road. Lebih manis, aku calon last keluar sebelum gate ditutup. Adeh! Kalau la ditakdirkan kandas, agaknya aku mula berniat nak pasang bom kat kereta2 tu. Duit Rm1040 yang aku korbankan dari scholarship aku tu untuk dapatkan lesen sekarang dah bernilai nyawa.

tak pergi Sogo
semester 6 dah nak start. Tapi aku tak beli apa2 pun lagi. Baju kurung yang ditempah pun entah bila siap. Tapi disebabkan bangunan Mara (cadang nak beli baju mrsm Alin) sebelah Sogo, adelah 2-3 jam tawaf exhibition hall kat ground floor tu. Last2 beli baju tu kat Kamdar je. Hahaha! Makan nasi briyani ayam madu yang sedap. Nyum2. Dan sebuah beg untuk ke kelas.. Yeah, mak belikan! Kalau aku tak pergi, tak de la merasa nasi briyani ayam madu dengan beg baru...

Kesimpulannye

Kalaulah semua ni berbeda dari apa yang aku peroleh sekarang.. Ada banyak lagi perkara2 yang tak tersebut kat sini yang mungkin bagi korang "small matter, lah! Semua orang boleh dapat semua ni!"

Walau tak sehebat mana tapi 'perbedaan' ini mengajar aku erti bersyukur sbb ramai lagi yang hidup dalam kesusahan tanpa makanan dan tempat tinggal. Moga kita sentiasa dilindungi dengan limpahan rahmatNya. Dan sesungguhNya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Amin..


No comments: