Huhu.. sementara nak menunggu loading key in data SAPS tu kan.. teringat blog yang dah lama tak update ni.. Dulu time-time jiwa kacau rajin bebenor aku update setiap hari. Kalau boleh setiap sejam aku nak update, kan? Tapi memandangkan kehidupan semakin sibuk dan mencabar, perkara-perkara yang bukan priority macam ni kena la tolak tepi dulu..
Persiapan menjelang majlis pertunangan... semua dah beli! Hiphip hooray! Cuma nak menggubahnya tu yang tak berkesempatan. Time bersemangat dapat la 2-3 dulang. Tapi bila tengah sibuk fikir kerja tu tak siap, ini tak siap, maka tak terusiklah barang-barang tu semua ye.. So far baru siap 6 dulang. Ada lagi 7 dulang to go! Aigoo~ majlis kurang 2 minggu je lagi.. huhu.. sebab tu aku nak siapkan semua kerja-kerja terbengkalai ni so nanti dapat la aku fokus pada kerja-kerja menggubah dulang hantaran pulak -______-"
Kehidupan di sekolah semakin.. tidak memberi semangat? Susah bila berdepan dengan pelajar kurang adab terhadap guru.. langsung tak hormat pada orang yang mencurahkan ilmu kepada mereka. Nasib la aku hati batu. Walau kadang-kadang panas la jugak hati ni kan..
Ada satu situasi kebetulan aku lalu depan tandas cikgu. Pintu tandas tu memang problem so kena tolak kuat-kuat nak buka or tutup.. Minggu lepas ada la beberapa orang cikgu baru ditukarkan sekolah (redeployment). So cikgu tu try nak buka pintu tandas.. sebab tak biasa agak terkial-kial jugak la dia nak membukanya.. Ada ke patut dengan selamba murid yang lalu tu cakap "Cikgu bodoh! belajar tinggi-tinggi tapi tak pakai otak. Bukak pintu pun lembab!"
Uih, aku rasa nak tampar je budak tu!! Tapi mengenang sikap murid tu yang memang sejak azali masuk sekolah sangat kurang ajar, aku hanya berdoa satu hari nanti dia sedar betapa kata-katanya hanya akan memakan diri... Ada cikgu mengadu pelajar ini memanggil cikgu dengan kata-kata kesat kerana didenda tak membawa buku ke sekolah.. Jadi aku mengerti, pelajar ini tidak boleh dididik dengan kekasaran kerana dia menganggap kekasaran adalah satu ancaman yang harus dibalas dengan cara kasar..
Jadi setiap kali aku masuk ke kelas pelajar ini, aku tidak pernah meninggikan suara kepadanya.. Kesannya? Dia tidak pernah melawan arahan aku setiap kali aku menyuruhnya menyiapkan latihan..
Hohoho.. dah pukul berapa ni?? nanti tak siap pulak aku key in data ni haaa~ BYE!