Baiklah T________T
Aku telah berusaha! *sila buat nada chaiyok! untuk pembacaan yang lebih efektif* mencari apakah tips-tips menarik untuk seorang blog beginner ni. Aku macam tak harap la ada orang nak follow blog yang merepek macam ni; tapi kalau ada silent readers pun macam best so aku boleh excited secara senyap dalam hati. T__T
Iklan.*sejak bila kau pandai iklan?*
Oh, sorry to those who can't read this post since I'll give the tips in Bahasa.
Ok iklan tamat.
Secara teknikal, bila seseorang mula membuat blog perkara yang terpaling terpenting sekali ialah nama blog. Adakah anda suka nama blog anda? *Kalau kawan aku tak suka takpe lah ada korang kesah... weii ni belog aku okay?? *HAHAHA. kes macam ni exception la kott? Jadi alangkah baiknya kalau korang pikir baik-baik apa nama yang seswai , catchy macam senang je nak ingat, kan? Kalau boleh elak kan macam;
http://druzzelcriptouxschazznet.blogspot.com yang sumpah panjang susah nak eja atau http://sayamemangpalingcomelz-so-whutt.blogspot.com yang sumpah annoying sampai bila aku tak nak masuk baca. *korang klik jugak ke?*
Kemuadian zaman sekarang ni dah ada application yang owner boleh masukkan address pastu keluar nama blog berserta entri terkini sekali kat sebelah kanan ke kiri entah. Hebatkan? Memandangkan ada macam banyak sangat link orang biasanya akan pilih link yang macam woow dan apatah ni macam;
Di Luar Kotak Afdlin Shauki yang semua macam nak tau atau Anak Raja Zainal Abidin yang sumpah cool nak kenal! nak kenal! *erk?!*
Ok next. Presentation. *aku ingat kat kuliah je buat presentation. kat sini pon ade jugak ke?* Eh, of cos ada! Pilih la background yang bersesuaian dan sedap mata memandang pandang tak jemu.. pandang tak jemu.. *ada hati nak berdendang. nah 2ringgit beli jajan Dendang dah main jauh-jauh.*
Sekarang tips yang terpenting sekali. Tajuk entri/post. Jangan sesekali mengabaikan tajuk post sebab orang ramai Google mesti nak tau apa yang you all bincangkan tentang si polan berkaki dua itu. Contoh aku bubuh tajuk entri selipar Gladiators yang macam tengah tiptop waktu tu sebatalion peminat gladiators berkunjung nak tau jugaaak... huahua. Untuk menyerikan lagi suasana apatah daya kalau you all letak sekeping gambar berukuran poskad sebagai bukti pembelian. *berhenti
Kemuadian demi kebaikan nama negara bangsa 1 Malaysia, sila lah jangan membuat carutan melampau di blog anda melainkan blog anda itu ialah khas untuk mencarut. Sila nyatakan sekali statement tersebut supaya readers tak terkejut dengan penggunapakaian eh silap; penggunaan bahasa you all yang tak manis bagi sesetengah insan yang selama ini bahasanya manis-manis sahaja.
Jugak, selalu-selalulah welcome pembaca2 yang mungkin singgah secara kebetulan agar mereka lebih menyayangi blog anda dengan lebih. Macam yang tengah baca sekarang ni.. *eceh dah malu la tu :P*
Ok bye!
No comments:
Post a Comment