Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2009

Dari Tetingkap Ini


Owh. Hari ni mood saya sedikit baik kerana telah keluar menonton wayang. Walaupun terpaksa mendongakkan kepala hampir 90darjah sebab kononnya seat dah penuh. HAHAHA. Kononnye lah. Lepas tu macam biasa la nak beli donut. Tapi duit macam tak cukup nak beli banyak sebab ahli jemaah memang tengah kelaparan :/ Pegi atm semua out of service. Last2 pergi Giant keluarkan duit pastu beli KFC satu bucket T___T. Hah. Sape la letak KFC depan mesin atm ye? Cuba letak jauh-jauh sikit bagi orang tak nampak.

Berita utama.

Gaji skp dah masuk. Weeeee~ boleh la cover sebulan lagi before scholar masuk. Soalan: adakah saya pengguna yang boros? Owh. Mana mungkin. Saya kedekut taik idung masin. *mana kau tau taik idung tu masin?* Oh, saya tak tau tapi mostly kawan-kawan saya tau. Mungkin mereka lebih berpengalaman dalam bab-bab merasa. *dah la tu. jijiks dengar kau cakap pasal taik idung!* Baiklah. Yang penting aku kedekut pada diri sendiri je. Dekat orang lain akulah paling pemurah dah broke pun still boleh buat muka steady macam Harrods tu daddy I yang punya T____T ! Eh, berkaitan kahh??

Hari ni jugak mood saya bertambah baik kerana telah pun download lagu Breathe by Taylor Swift. Semacam berdiri di atas batu yang tinggi lepas tu ada laut kat bawah dengan ombak menghempas kuat. Hah. Tulah selalu sangat tengok video klip kan dah terpengaruh. Kekeke.


Mungkin saya perlu bercuti? Oh, cita-cita ku untuk menaiki banana boat masih belum tercapai... Mana mungkin pulak nak bercita-cita buat Boogie Jump? Atau parachuting dengan bot laju? Ya, saya hanyalah gadis biasa yang hanya mampu melihat dan tersenyum atas kebahagiaan yang mungkin anda pernah rasai... anda patut bersyukur tau tak??

Okay sekarang dengar lagu Come Home by Onerepublic pulak :)

Everything i can’t be
Is everything you should be
That's why i need you here

No comments: