Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 16, 2009

Amore Chicken Black Pepper Roney Honey

Hari ini aku telah menerima satu panggilan penting ketika sedang sibuk meneliti wajah rakan-rakan kesayangan. Okay, meneliti kedengaran menakutkan.. ketika sedang sibuk check-it-out wajah rakan-rakan kesayangan. Panggilan penting ini datangnya dari emak. Lebih kurang macam ni lah;


Emak: Lea masuk! Lea masuk!

Lea: Lea di sini. Teruskan! Teruskan!

Emak: Sila laporkan keadaan cuaca di rumah.

Lea: Cuaca mendung seperti mahu hujan. Potensi hujan turun 98%

Emak: Baiklah. Sila keluarkan ayam dari freezer. Kemudian pergi ke kedai sekarang dan beli bahan untuk masak chicken black pepper.

Lea: Arahan terima, over.

Emak: Over. Roger and out.

Perbualan ini semacam over juga.

Baiklah. Aku diarahkan ke kedai dan membeli bahan memasak chicken black pepper. HAHAHA. So aku pun bersiap-siap nak keluar beli bahan masakan. Tiba-tiba hujan turun dengan ganas sekali.

Ok, tak jadi pergi kedai. Kereta tak ada.
Masuk rumah semula lalu berkaraoke = . =

Habis je karaoke hujan pun macam dah renyai-renyai. So aku dengan tabah syazwan mencari kunci motor dan merempit ke kedai runcit berhampiran. Sesampai di kedai aku berkira-kira, bahan apa agaknya yang aku kena beli?? Alaa.. Lupa nak tengok resepi pulakk...

Maka membuat keputusan sukar seperti ini memang menjadi tabiat aku sejak dulu. Kira-kira dengan membeli sepeket perencah black pepper segera seperti ini adalah satu keputusan sukar yang bijak, bukan??

Tadaaaa~


Maka bermulalah perjuangan aku memasak chicken black pepper dengan perencah segera seperti di atas. KAHKAHKAH.


chicken sedang berenang-renang ke muara kuali

Masakan ini sangat mudah membuatkan aku macam nak masak dengan sebelah tangan je kerana kesenangan untuk memasaknya.

Inilah hasilnya tuan-tuan dan puan-puan,
AYAM MASAK KICAP LADA HITAM



Okay tamat. Pergi sambung karaoke.
............................................................
...............................................
.................................


1 comment:

Lea Lyanna said...

ini ialah komen percubaan :P