Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 21, 2011

Rindu :(


saya rindu rakan-rakan saya
:'(

Wednesday, September 28, 2011

Dot dot


Somehow... i miss my old life. But past is past and I have to move on!
Did I told you how my nikah outfit will look like?
Huahaha.
1st ever in the history...
baju nikah kain lace berbunga polka dot -___-"

Bayangkan macam ni....


haihhh!

saya memang sentiasa mengikut peredaran zaman!
We'll see lah nanti!
-_________-"


Thursday, September 15, 2011

$$ Ka-chinggg $$


cak !

Dua tiga kucing berlari minggu ni aku sibuk usha design baju nikah. Ngeee... mak cakap baju tu cepat-cepat tempah nanti dah sibuk, terlupa! Tapi once dah tempah kena maintain shape la pulak. Kang tak muat pulak baju tu sebab aku ni dah la kuat makan!

Al-kisah baju nikah aku tu pulak lain dari yang lain... Aku try cari kat dalam mr.gOOgle kot-kot ada yang sepelanduk dua rupa, tak jumpa. Ah, sudah! Design macamana aku nak wat gini??

Termenung sekejap...

Baju bertunang aku tu.. ahem.. walaupun harga mencecah rmxxx tapi aku sangat puas hati. Sebab tailor tu jahit fit je. Tak ketat sangat and tak la gelebeh sangat. Kain efek kembang-kembang pun jadi. So boleh kata worth it la bagi aku. Sebab ada tailor caj murah tapi baju asal siap je.

Mula-mula takut jugak aku bayar beratus pastu jadi monumen tapi tak jadi macam yang aku bayangkan, mesti sangat sedih dan fobia tak nak tempah baju lagi kan? Mak yang bising-bising kata upah baju mahal pun boleh bagi suggestion "Nanti baju nikah tempah kat butik tu lagi lah. Tempah awal sikit." Oh, baik mak! -_______-" Kena la reserved rmxxx untuk satu lagi monumen baju termahal pernah dipakai selama 24 tahun hidup membujang... kena saving gila-gila la camni...

So, since kite nak terjah butik tu lagi kan........ kena la fikir masak-masak design camne yang sesuai. Mr b kata, kumpul duit kalau nak tabur duit kat kedai tu. Baiklah! Letak gmbr Mr b di sini sebagai tanda sokongan ;p

meowww!

Segera berjumpa website ini;


tak tau la kenapa tiap kali bukak je,

HEART STRUCK ! ! !

DROLL EYES ! ! !

berpeluh aku.

cepat pilih !


Wednesday, September 07, 2011

Engaged!

Alhamdulillah...

I'm officially engaged to Mohd Ariff Syah
on
3rd Sept 2011

^__________^

Wednesday, August 24, 2011

Sakit Pinggang!


Huhu.. sementara nak menunggu loading key in data SAPS tu kan.. teringat blog yang dah lama tak update ni.. Dulu time-time jiwa kacau rajin bebenor aku update setiap hari. Kalau boleh setiap sejam aku nak update, kan? Tapi memandangkan kehidupan semakin sibuk dan mencabar, perkara-perkara yang bukan priority macam ni kena la tolak tepi dulu..

Persiapan menjelang majlis pertunangan... semua dah beli! Hiphip hooray! Cuma nak menggubahnya tu yang tak berkesempatan. Time bersemangat dapat la 2-3 dulang. Tapi bila tengah sibuk fikir kerja tu tak siap, ini tak siap, maka tak terusiklah barang-barang tu semua ye.. So far baru siap 6 dulang. Ada lagi 7 dulang to go! Aigoo~ majlis kurang 2 minggu je lagi.. huhu.. sebab tu aku nak siapkan semua kerja-kerja terbengkalai ni so nanti dapat la aku fokus pada kerja-kerja menggubah dulang hantaran pulak -______-"

Kehidupan di sekolah semakin.. tidak memberi semangat? Susah bila berdepan dengan pelajar kurang adab terhadap guru.. langsung tak hormat pada orang yang mencurahkan ilmu kepada mereka. Nasib la aku hati batu. Walau kadang-kadang panas la jugak hati ni kan..

Ada satu situasi kebetulan aku lalu depan tandas cikgu. Pintu tandas tu memang problem so kena tolak kuat-kuat nak buka or tutup.. Minggu lepas ada la beberapa orang cikgu baru ditukarkan sekolah (redeployment). So cikgu tu try nak buka pintu tandas.. sebab tak biasa agak terkial-kial jugak la dia nak membukanya.. Ada ke patut dengan selamba murid yang lalu tu cakap "Cikgu bodoh! belajar tinggi-tinggi tapi tak pakai otak. Bukak pintu pun lembab!"

Uih, aku rasa nak tampar je budak tu!! Tapi mengenang sikap murid tu yang memang sejak azali masuk sekolah sangat kurang ajar, aku hanya berdoa satu hari nanti dia sedar betapa kata-katanya hanya akan memakan diri... Ada cikgu mengadu pelajar ini memanggil cikgu dengan kata-kata kesat kerana didenda tak membawa buku ke sekolah.. Jadi aku mengerti, pelajar ini tidak boleh dididik dengan kekasaran kerana dia menganggap kekasaran adalah satu ancaman yang harus dibalas dengan cara kasar..

Jadi setiap kali aku masuk ke kelas pelajar ini, aku tidak pernah meninggikan suara kepadanya.. Kesannya? Dia tidak pernah melawan arahan aku setiap kali aku menyuruhnya menyiapkan latihan..

Hohoho.. dah pukul berapa ni?? nanti tak siap pulak aku key in data ni haaa~ BYE!

Tuesday, August 02, 2011

Ce Citer...


Last week aku ngan Mr.B plan cari cincin merisik and bertunang. Pikir punye pikir akhirnya decide pergi JJ Bukit Raja. Sebab plan afterwards nak tengok HP7. Mula-mula masuk Poh Kong tapi design langsung tak menarik minat. SA dia pun dah makcik-makcik.. so agak kurang friendly kat orang muda macam kami ni kot.. So aku cepat-cepat cakap TQ.

Terus masuk Tomei. SA kat Tomei ni muda-muda so diorang punya service kat kitorang pun sama level la jugak. Gila-gila. Finally, decide beli semua sekali kat Tomei. Senang if ada masalah pergi je kedai yang sama. Mula-mula tu memang plan nak beli cincin merisik ngan tunang je. Tapi kat Tomei boleh booking barang so kitorang pun bayar la down payment untuk barang nikah sekali nanti. Sebab kalau tak berkenan later boleh cancel booking tu dan ganti dengan barang lain. Selesai bab barang kemas.

Kegembiraan tu camne pun tak berpanjangan sebab plan nak tgk HP7 terpaksa cancel sebab kena balik before maghrib. Huhu.. tinggal ngan parents jangan harap la nak keluar malam. Mesti balik sebelum maghrib! Kesian Mr.B hajat tak kesampaian lagi.

Keesokan hari, plan pergi cari kain satin untuk baju bertunang pulak. Since masa panjang, dapat la jugak akhirnya tengok HP7. Wahaha. Berjurai-jurai air mata aku dalam panggung. Kena pulak effect 3D.. hohoho... best!

Hari Isnin pulak dah mula puasa. So my school amik cuti awal Ramadhan. So hari Isnin pulak pergi service kereta dan plan nak tempah baju. Bayangkan puasa dah mula pastu nak tempah baju? Agak-agak ada ke tailor yang nak amik tempahan lagi??? Dah la panas-panas.. penat aku berjalan kedai ke kedai mencari tukang jahit bertauliah untuk baju aku tu. Surrender.. terus plan nak balik. Mr.B kata beli siap je. Tapi on the way balik tu adik aku kata try la pergi Andalas. Kot-kot ada tailor masih free. Aku pun pergi la melencong ke Andalas. Entah macamana.. nampak satu butik ni. Tanya auntie tu still amik tempahan ke? Dia kata boleh. Siap before raya boleh? Dia kata pon boleh! Aku esaited la mendengar setelah penat berjalan mencari tukang jahit sebentar tadi kan...

So, tunjuk design je, dia dah keluarkan buku drawing dia sendiri. Agak-agak berapa ye upah sepasang ni? Ce teka, ce teka... dapat baju bersanding sepasang kot? Hohoho.. tapi sebab tak fikir panjang punya ini gadis.. haih.. tu dia... Masuk kereta baru terfikir.. Betul ke apa aku buat ni? Baru nak menggelabah call Mr.B~ Dah kena sedas dua...........................

Moral of the story pada hari itu, sebelum keluar design apa-apa, tanya harga dulu then sila la berbincang dengan yang lebih arif iaitu En Mohd Ariff Syah nama diberi~~~~~

konon camni la design nye... tapi wat long sleeve la.. Hoho ;p


Saturday, July 23, 2011

The sneak preview :)



Assalamualaikum!!!

Hoho! I miss this blog very much ;p lama tak hupdate so tak tau cerita mana yang patut aku publish dulu ;)

Hmm...
So many ups and down within these several weeks. Workloads.. Fikir tu..fikir ni.. apa nak buat sekarang.. esok.. lusa.. zzzzz.. siapa kata alam dewasa tu best?

Tapi insyaAllah, semua tu dapat dilalui dengan tenang. Susah mana pun cabaran yang datang, kita kena be positive! senyummm je.. so bila orang komen kite perkara-perkara positif, automatik mind setting kite pun jadi positif jugak kan? tapi kalau datang aura negatif, cepat2 mintak petunjuk Allah.. semoga ujian yang datang tu jadikan kita hamba yang sentiasa beringat...

Hari ni ke nilai square dengan emak n mr.b ^______^ hoho! mr.b cakap aku hutang nak tengok cite HP7 tapi aku serius lupa akan perjanjian tersebut =,= Berguling-guling dia kehampaan! Maka dia pun nak ikut aku gi Nilai ngan mak since hari sabtu kecoh-kecoh perhimpunan bersih tu roadblock sepanjang jalan, halfway atas jalan raya tak larat.. aku n emak pun patah balik.. huhu..

maka hari sabtu yang permai ini kami pun ke sana.. tapi hari ni mr.b drive sangat menakutkan! huhu.. dia penat kot semalam angkat kanopi depan rumah! cket lagi nak rempuh divider tau! tu belum lagi tak perasan ada batang paip tepi jalan.. hoho.. tak tenang duduk sebelah.. kena betul2 alert.. risau dia terlelap habis..

So sampai Nilai kami pun terjah kedai karpet. Tak laa murah mana pun. Kena rajin bargain harga.. kalau tak bulat-bulat kena telan.. benda harga 100 pun dia letak harga 290.. then gi tengok langsir.. tengok je.. beli nye next time, k?..

^________^

...mak! nak yang ni jugak...

-_________-"

Apa-apa pun...

-

-

-

-

-

-

-

the sneak preview =)


p/s:
Doakan semuanya berjalan lancar =)

Friday, June 10, 2011

Dari Mata ke Perut :)


Hmmm......

Petang suam-suam kuku cenggini tetiba rase nak makan pizza...

Esok sabtu.. then ahad.. isnin sekolah???
Oh no! Mari kite cari pizza hujung minggu ini?
Sape tak makan cheese rugi....... :))

Tsk!



Tuesday, June 07, 2011

DramaKing~

Yes, it's easy to forgive people...
But doesn't mean it's easy to forget.




I learn to live half-alive!
and now? who do you think you are???



Monday, June 06, 2011

Musim Ini ^______^

Cuti sekolah memang penat taw! Lagi-lagi la umur dah 24 tahun ni kan, musim kawan-kawan wat majlis bertunang & kahwin je banyak. Semua dah queue dalam kalendar. Oleh sebab banyak majlis clash, mana yang mampu je laa aku sampai. Quite dissappointed sebenarnya sebab kebanyakan majlis tu penting sebab tu la time wat gathering kawan2 sekolah rendah, menengah dan kawan kerja. Apa pun, tahniah buat rakan2 yang telah memasuki fasa baru dalam hidup masing-masing. Aku bila pulak ye? Jeng3....

Jom layan gambar mereka bertunang + kahwin ;p

fadhilah - kawan sekolah rendah

bella - kawan sekolah menengah

kak ita - coursemate

kak dila - coursemate

ummi - work clique

cik afida & mr ijat
couple of the year ;p

hehehe...

CONGRATS!!!!



Last weekend is my cousin's wedding :) So kami sekeluarga pun bertolak balik ke kampung, Sabak Bernam for the reception's day. Since her husband pon orang sana, so majlis bertandang diadakan a day after her majlis..

At the same time fida pun tgh held her engagement. So aku decided ke Seremban pada pagi Jumaat tu then straight go back to the kampung. Thanks to mr.B sebab rela jadi driver untuk perjalan sejauh beratus-ratus km itu -,- Oh, kalau tak tentu aku flat dah kan? And thanks to 6009 sebab kena belasah 140 atas highway pun still maintain jambuuu! ngeeee ;p

The most important thing is that weekend I decided to invite mr.B to meet my family belah mak. Lagi pun nenek belah mak dah beriye nak jumpa dia --, huhu.. So nampak laa dia sangat looking forward nak jumpa nenek kat kampung dan sudi menerima berbakul-bakul nasihat direct dari nenek.... nguehehe ;p

Sebagai bonus........ on that Friday, on the way balik kampung tu, he received some good news... He got A for his final year subjects.. and got the job that he asked that morning! Alhamdulillah.. Soooo happy for him ^_______^ and what makes him additional extra happy, ada kambing panggang at my cousin's wedding! Muahahahaha :D

So i hope this relationship will be blessed by Allah and our family. There's still a lot of things that he and I had to improve, but InsyaAllah, we'll try our best so this happiness will be continued until the end of our life... eh, ayattt... macam aku je yang wat majlis? kekeke... Gambate!!!!

nota kaki;
unbelievable..
dah makan banyak berat tak cecah 50kg???
musykil betul aku.......