Last week aku ngan Mr.B plan cari cincin merisik and bertunang. Pikir punye pikir akhirnya decide pergi JJ Bukit Raja. Sebab plan afterwards nak tengok HP7. Mula-mula masuk Poh Kong tapi design langsung tak menarik minat. SA dia pun dah makcik-makcik.. so agak kurang friendly kat orang muda macam kami ni kot.. So aku cepat-cepat cakap TQ.
Terus masuk Tomei. SA kat Tomei ni muda-muda so diorang punya service kat kitorang pun sama level la jugak. Gila-gila. Finally, decide beli semua sekali kat Tomei. Senang if ada masalah pergi je kedai yang sama. Mula-mula tu memang plan nak beli cincin merisik ngan tunang je. Tapi kat Tomei boleh booking barang so kitorang pun bayar la down payment untuk barang nikah sekali nanti. Sebab kalau tak berkenan later boleh cancel booking tu dan ganti dengan barang lain. Selesai bab barang kemas.
Kegembiraan tu camne pun tak berpanjangan sebab plan nak tgk HP7 terpaksa cancel sebab kena balik before maghrib. Huhu.. tinggal ngan parents jangan harap la nak keluar malam. Mesti balik sebelum maghrib! Kesian Mr.B hajat tak kesampaian lagi.
Keesokan hari, plan pergi cari kain satin untuk baju bertunang pulak. Since masa panjang, dapat la jugak akhirnya tengok HP7. Wahaha. Berjurai-jurai air mata aku dalam panggung. Kena pulak effect 3D.. hohoho... best!
Hari Isnin pulak dah mula puasa. So my school amik cuti awal Ramadhan. So hari Isnin pulak pergi service kereta dan plan nak tempah baju. Bayangkan puasa dah mula pastu nak tempah baju? Agak-agak ada ke tailor yang nak amik tempahan lagi??? Dah la panas-panas.. penat aku berjalan kedai ke kedai mencari tukang jahit bertauliah untuk baju aku tu. Surrender.. terus plan nak balik. Mr.B kata beli siap je. Tapi on the way balik tu adik aku kata try la pergi Andalas. Kot-kot ada tailor masih free. Aku pun pergi la melencong ke Andalas. Entah macamana.. nampak satu butik ni. Tanya auntie tu still amik tempahan ke? Dia kata boleh. Siap before raya boleh? Dia kata pon boleh! Aku esaited la mendengar setelah penat berjalan mencari tukang jahit sebentar tadi kan...
So, tunjuk design je, dia dah keluarkan buku drawing dia sendiri. Agak-agak berapa ye upah sepasang ni? Ce teka, ce teka... dapat baju bersanding sepasang kot? Hohoho.. tapi sebab tak fikir panjang punya ini gadis.. haih.. tu dia... Masuk kereta baru terfikir.. Betul ke apa aku buat ni? Baru nak menggelabah call Mr.B~ Dah kena sedas dua...........................
Moral of the story pada hari itu, sebelum keluar design apa-apa, tanya harga dulu then sila la berbincang dengan yang lebih arif iaitu En Mohd Ariff Syah nama diberi~~~~~
konon camni la design nye... tapi wat long sleeve la.. Hoho ;p
No comments:
Post a Comment