Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 13, 2009

Tips For A Blog Beginner

Telah saya memulakan kerja-kerja pembuatan blog sekitar tahun 2008 ketika era cuti semester. Kini sebagai founder kepada Bitter Sweet Heart yang sumpah sampai sekarang takde siapa tahu akan kewujudannya; saya telah menjadi lebih giat lagi untuk menceritakan sisa-sisa kehidupan sebagai anak gadis muda yang terkebil-kebil untuk menjadi wanita serius bekerjaya kelak. *dah la tu. baik kau stop buat macam ni kalau tak kami tak nak baca dah. serius tak tipu.*

Baiklah T________T

Aku telah berusaha! *sila buat nada chaiyok! untuk pembacaan yang lebih efektif* mencari apakah tips-tips menarik untuk seorang blog beginner ni. Aku macam tak harap la ada orang nak follow blog yang merepek macam ni; tapi kalau ada silent readers pun macam best so aku boleh excited secara senyap dalam hati. T__T

Iklan.*sejak bila kau pandai iklan?*

Oh, sorry to those who can't read this post since I'll give the tips in Bahasa.

Ok iklan tamat.

Secara teknikal, bila seseorang mula membuat blog perkara yang terpaling terpenting sekali ialah nama blog. Adakah anda suka nama blog anda? *Kalau kawan aku tak suka takpe lah ada korang kesah... weii ni belog aku okay?? *HAHAHA. kes macam ni exception la kott? Jadi alangkah baiknya kalau korang pikir baik-baik apa nama yang seswai , catchy macam senang je nak ingat, kan? Kalau boleh elak kan macam;

http://druzzelcriptouxschazznet.blogspot.com yang sumpah panjang susah nak eja atau http://sayamemangpalingcomelz-so-whutt.blogspot.com yang sumpah annoying sampai bila aku tak nak masuk baca. *korang klik jugak ke?*

Kemuadian zaman sekarang ni dah ada application yang owner boleh masukkan address pastu keluar nama blog berserta entri terkini sekali kat sebelah kanan ke kiri entah. Hebatkan? Memandangkan ada macam banyak sangat link orang biasanya akan pilih link yang macam woow dan apatah ni macam;

Di Luar Kotak Afdlin Shauki yang semua macam nak tau atau Anak Raja Zainal Abidin yang sumpah cool nak kenal! nak kenal! *erk?!*

Ok next. Presentation. *aku ingat kat kuliah je buat presentation. kat sini pon ade jugak ke?* Eh, of cos ada! Pilih la background yang bersesuaian dan sedap mata memandang pandang tak jemu.. pandang tak jemu.. *ada hati nak berdendang. nah 2ringgit beli jajan Dendang dah main jauh-jauh.* Dendang Background layout tu kalau boleh jangan la yang banyak sangat color sampaikan readers susah nak fokus pada apa yang dibincangkan. Lagi satu jangan lah pilih color tulisan yang macam haram susah nak baca dowh! Background gelap tulisan kenalah cerah. *ini pun nak bagitau gak ke?* Eh, aku cakap ni siap-siap sebab aku tengok ade je yang buat. background cerah tulisan kuning. Juling aku baca. Pergi check blog ni sekarang kalau berani http://blogtiputipu.com.

Sekarang tips yang terpenting sekali.
Tajuk entri/post. Jangan sesekali mengabaikan tajuk post sebab orang ramai Google mesti nak tau apa yang you all bincangkan tentang si polan berkaki dua itu. Contoh aku bubuh tajuk entri selipar Gladiators yang macam tengah tiptop waktu tu sebatalion peminat gladiators berkunjung nak tau jugaaak... huahua. Untuk menyerikan lagi suasana apatah daya kalau you all letak sekeping gambar berukuran poskad sebagai bukti pembelian. *berhenti mencarut mengarut sekarang!*

Kemuadian demi kebaikan nama negara bangsa 1 Malaysia, sila lah jangan membuat carutan melampau di blog anda melainkan blog anda itu ialah khas untuk mencarut. Sila nyatakan sekali statement tersebut supaya readers tak terkejut dengan penggunapakaian eh silap; penggunaan bahasa you all yang tak manis bagi sesetengah insan yang selama ini bahasanya manis-manis sahaja.

Jugak, selalu-selalulah welcome pembaca2 yang mungkin singgah secara kebetulan agar mereka lebih menyayangi blog anda dengan lebih. Macam yang tengah baca sekarang ni.. *eceh dah malu la tu :P*



Ok bye!



Thursday, November 12, 2009

Cry Me A River

Yuhuuuu.... nak update blog lah!



Ini ialah sarapan pagi saya hampir setiap hari... T__________T
Maka tidak hairanlah saya mempunyai bentuk badan yang ideal.






Ini ialah majlis kenduri dotdotdot yang diadakan di kampung. Sangat meriah dengan makanan kan?
Nak tengok majlis meriah macam ni nanti datang la majlis kenduri kawen saya pula. T__________T

Monday, November 09, 2009

Kapal Besar dan Donat

Owh hari ni aku ade mood nak wat session photoCraze. Bunyik mcm carCraze promo kad Mesra Petronas je kan? Tapi ni lain. Ini sesi bergambar sendirian bawah pokok mangga Wak kat depan rumah nun. Mklum la dah lama tak bercuti. Takde tempat menarik untuk dilawati. Camne nak amik pics cantik diri sendiri ye tak? Depan rumah pun jadilah. Kan depan rumah aku ada taman. Faiq kata lepas hujan depan rumah aku ni macam dekat oversea je. KAHKAHKAH. Kan best kalau boleh ikut Intan n Bella pergi menjala atas kapal besar. *Eh, terasa over pulak cakap camtu hari ni kan?*

Sejak laptop aku hilang ni.. *dah kate kan, benda lepas jgn dikenang!* owhh.. baiklah.. baiklah.. Sejak takde Photoshop ni, rasa tak berseri je pics2 yang aku amik. Muka aku yang berseri-seri sebab dari sekolah seri puteri ni pun gagal menandingi keserian pics yg di edit ngan photoshop. Apelah daya. Tunggu Apit balik rumah la. Dengki sungguh tgk gambar2 dia upload kat Fb semua hensem2 belaka. Tak ada sorang pun hidung kembang walau di masa lapang dia suka kembangkan hidung kalau aku suruh buat kerja. Ini tidak adil! Boleh dia taknak balik rumah sebab takut laptop dia pulak hilang.. kang kau balik aku guna laptop kau taknak kasi balik!! Muahahahaha.

Oh, lebatnya hujan kat luar. Hari-hari hujan macam ni elok kalau dapat minum hot milo cecah biskut cap hup seng. Aku klasik. Tapi tak lah pakai kebaya ngan kain batik sambil minum milo. Itu buang tebiat namanya. Minum senyap-senyap sudah. Sambil ditemani momot. Momot ni apa aku makan semua dia nak. Stress betul ada kucing demand macam ni.

Baiklah. *mood bertukar!!*

Pagi tadi aku baru bercadang-cadang nak beli donut kat Big Apple sbb mengenangkan hati yang tak berapa nak happy duduk sorang2 kat rumah ni. Makan donut sorang-sorang memang best!! takde sapa kacau. Tapi dah hujan macam ni nanti rasa sedih pulak makan sorang-sorang. *Huh?! Ada orang kesah ke?* Yew..yew aku tau. Takpe lah. Nanti 2012 keluar aku pegi tengok sendiri sambil mkn donut. Ha.. yang tu bukan sorang-sorang. Wayang kan besau? Takkan aku nak booked untuk aku tengok sorang je kot??


korang tak kesah kan kalau aku mkn sorang2 je?

Saturday, November 07, 2009

Sekali-sekala


Bertemu kita kembali setelah sekian lama aku mengimarahkan majlis konvo. sebulan tanpa cuti tu... bukan sehari atau seminggu. koma sedar kembali pun tak pasti aku nak terima balik keje tu ke tak. sungguh aku redha demi sesuap nasik. aku gagahi jua walau akhirnya terpaksa ponteng sebab rindu sangat kat Momot kat rumah. aku terpaksa korang. aku terpaksa. sebelum aku gila sebab sebulan tak balik rumah dan di chop anak tak tau jalan balik sbb UiTM tu sekangkang kera je dari rumah i tell you. Sungguh, ini kisah sadis. Dan balik2 je rumah kena rompak lalu kehilangan laptop, handphone dan wang ringgit. Tiada kisah sesedih kisah ini. Aku pasrah. Dengan pasti.

Dahlah. Lupakan nostalgia pilu tu. Aku tak mao kenang lagi. Sudahlah. Duit aku dah habis. Lantaklah. Aku survive atau tidak naik semester baru ni... biarlah. Aku tak tau dan tak mau tau. Yang aku tau naik semester ni thesis aku mesti siap. Dan Dr. Nab kenali aku secara dekat sebagai supervicee dia yang selalu buat kerja last minute. TAPI SIAP. Aku dah penat nangis2 macam semester 6 dulu waktu buat proposal bila Prof. Aziah kata kerja aku sgt superb adakah kamu plagiarize? Sungguh aku pilu waktu itu kerana tidak ada kata2 yang lebih hina jika org kata aku plagiarize hasil kerja org. Helloooooooooo~ NOT SOO ME!! Nasib baik dia bagi A kalau tak sebaldi lagi aku nangis kau orang tau?

Fuh.

So far smester ni tak nangis lagi *hebat kau laptop hilang tak menangis yew?* Sebab konsep pasrah dan redha dah sebati dlm diri maka aku kebal dalam ujian2 seperti ini menjelang hujung semester. Tapi ada satu masalah besar yang aku kecik-kecik kan lah korang.

Ada orang dah taknak kawan dengan aku sebab dia kata aku dah tak macam dulu.

Patut tak aku kesah?





Tuesday, September 29, 2009

The Confession of A Happy Face




but
WHERE IS THE LOVE?

Tuesday, September 15, 2009

Little Secret




Petang-petang macam ni kan seronok kalau dapat duduk tepi laut sambil minum air kelapa.. *EH, ko puase ke tak ni hah?* Uhuhu.. tengah puasa rupenye kita ni ye? Baiklah. Baiklah. Boleh duduk tepi laut tapi takde air kelapa, okeh? Orait.

Malam semalam aku tidur pukul 3.40 pagi semata-mata nak tengok klimaks drama korea kat internet. Hampeh betul. Di bulan ramadhan mulia ni patut mengerjakan 10 malam terakhir dengan ibadat sunat tapi tengok le betapa lagha nye diriku yang alpa nie. Isk3. Satu benda yang aku suka pada drama korea ni ialah... wah buat slogan rasmi pulak aku kat sini. Aku suka drama korea sebab aku boleh 'feel' atau bahasa pasar nye melayan perasaan. Boleh rasa bahagia, sedih, marah, terasa, malu *eceh, org lain yg berlakon ko pulak yg malu2. ko ingat ko actress??* dan jugak rasa jeles. Waa. Kira dengan drama ni dapat pupuk nurture lakonan aku lah. *Statement xleyh layan* Uhuhuhu.

Jeles kat seorang lelaki tu macamana ek?

Hah? Eh aku ke yang taip ayat kat atas ni? Sape nampak aku taip td? Erk.. aku? Nak jeles? so NOT me lah! I x suke jeles2 ni. I... positive, innovative, creative... motive? HAHAHA. This is not funny.Kalau korang pernah bercinta, of coz korang pernah rasa jeles kat ur partner, kan? kan? keluar ngan sape.. ini sape.. tu sape.. kenapa x msg.. buzy sgt buat ape.. dsb. Penat la kalau aku nak state semuanya.

Adekah perlu menjeling-jeling atau berteriak "Aku jeles la kat kau!!!" atau perlukah tunjuk muka manis dan menikam dari belakang seperti yang selalu dibuat oleh kaum wanita? Opss..
Aku sebenarnya nak mendedahkan betapa diskriminasi mampu membuatkan aku geram dan benci. Aku tak jeles pun kat lelaki yang dikelilingi gadis2 control ayu sebab sifat semulajadi lelaki suka flirt. Cuma aku geram bila seorang lelaki mendiskriminasi perempuan. Dan lelaki itu ialah orang yang aku suke. Memang pantang nenek moyang aku bila kena diskriminasi.

Aku tau la aku tak putih, gebu dan berkulit licin tanpa noda. Tapi aku pun manusia. Kau ape hal nak discriminate orang lain macam kau tu kacak sangat. Orang kacak pun tak demand mcm kau lah! *Oh no cik ini sudah marah...*

Tak. tak. Aku tak marah. Dah tak marah. Sebab aku dah sumpah dia. Sekarang dia dah tak bahagia. Aku yakin. Shoutout dia semua yg sedih2 dan nyata TAK BAHAGIA. Sebab gadis cun yang dia percaya dan dia angau-angaukan dlm internet tu dah delete profile lalu hilang. Dan profile yg fake itu milik aku sebenarnya. KAHKAHKAH. Puas hati aku sekarang.

See.. cik ini tidak marah lagi!


Monday, August 24, 2009

Counting Days



Wuhuhu. Lama nye tak update blog. Kinda busy sgt lately. So free time is for meaningful activity jek. Such as.. sleep? HAHAHA.

Hooray!! In the end! The practicum finally come to an ends. YEAY! Tak tau la apa hasilnya nanti tapi it's such a great experience dan buat aku macam taknak masuk sekolah lagi. HAHAHA. School nowadays is soo scary tau tak? Patut pun ramai teachers have mental illness. Sangat stress *untuk orang2 sensitif mcm aku* Ok, kalau aku taknak jadi cikgu, aku nk kerja apa? Contract dah sign. Hurmp.. kalau la aku dapat durian runtuh mcm tiba2 jadi jutawan power root *minum brand power root pun tak pernah!* aku akan bayar balik semua biasiswa tu demi membatalkan kontrak perkhidmatan. Kahkahkah! *Inilah dia makhluk tak tau bersyukur* Tapi serius aku mcm dah tak bersemangat jd cikgu. Patut pun UiTM letak practicum ni kat semester 7 so bila balik campus nanti ada satu sem lagi untuk program pemulihan semangat. HAHAHA!

So last Friday aku wat la jamuan kelas sains aku tu. Belanja nasi ayam kantin, air kotak ngan dadih buatan sendiri. Rasa sangat weird betul jamuan tu! Tak ada aturcara majlis. Just come for eat. Aku pun tak tau nak cakap ape. Sebab diorang form two and semua boys. Of coz they come for foods. Souvenir pun tak de! Huhu sedih sangat ni! Tapi takpe la. Tak harap apa2 pun. Kamera pun aku tak bawak sebab rushing nak pergi sekolah. Aleh2 kereta rosak so abah hantar. Singgah Tesco dulu beli air and cake untuk teachers. Boleh kata ni party yang paling tak best lah. Takde funny stories, aksi retard atau photo sessions. Macam majis rasmi. Atau lagi tepat macam makan lepas pertandingan choral speaking kat sekolah. Hah, macam tu lah!

So after this ada sekali lagi observation. Tak tau la selasa or khamis. Maybe selasa kot sebab hari khamis last period so lecturer sure nanti rushing pulak nak balik berbuka.

And my birthday is coming! heheh. Puasa, ok so tak de la makan di siang hari. And I guess macam tak de hadiah je this year. Tak pe la. It's just a birthday. A year older. And 22 years live in this world. I must say, Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke hari ini.

Till then.

Friday, August 07, 2009

Sumpah!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
jeritan ini sangat kuat sehingga boleh menyebabkan dugong terdampar.

Aku sangat jarang mempraktikkan adegan sumpah menyumpah. Ini kalau tahap dewa-dewa punya bengang (sb dewa tu khurafat) baru la aku menyumpah. Maka semalam aku dengan jayanya telah menyumpah kelas sejarah aku dengan sumpahan teragung seorang cikgu;

Saya sumpah kamu fail sejarah!

Ye ar, time aku mengajar boleh borak2 sambil jalan2. Bila aku tanya semua tak tau. Ni bukan sekali tau tapi dah banyak kali. Sabar punya sabar, semalam la paling worse. Last2 aku duduk tak mengajar wat bodo je kat depan. Budak datang tanya pun aku statik je macam diorang tak wujud. Biar diorang tau betapa sakit hatinye bila orang cakap ngan ko tapi wat bodo. Ade yg datang tu siap waving dpn aku mcm aku ni buta yang kronik. HAHAHA. Padan muka diorang! Rasakan mood invisible aku!

Tapi tu takpe lagi. Ade yang lagi parah. Siap bergaduh dalam kelas! Kalau gaduh kecik2 takpe ni gaduh yang siap nak bertumbuk lagi tu. Kalau aku ade kuasa mau aku lempang sorang2. Sbb takde kuasa la aku suruh ketua kelas panggil cikgu disiplin datang kelas tolong settle kan. Dah menyusahkan orang ni namanya! Aku tak paham betul la kelas tu. Memang patut kena sumpah.

Ada yang concern tu datang la jugak mintak maaf kat aku time rehat. Yang baki2 malaun tu aku tau sampai kiamat tak tentu nak mintak maaf. Hidup la korang ngan sumpahan aku tu. Who cares?

Masuk kotak. Bungkus.




Thursday, August 06, 2009

The Fallen


Tiba2 aku rasa aku meroyan la pulak. 2 hari dah cikgu kacak tak datang sekolah!! kalah bini2 yang tunggu laki tak balik2 bila jam tunjuk pukul 12 malam. Ni part yang aku tak gemar ni. 2 hari tak nampak batang hidung dah mula meroyan, bayangkan aku takkan jumpa dia lagi lepas habis practicum? HAHAHA*gelak besar sungguh ini*

Sungguh pun aku memiliki no phone beliau *jgn tanya mana aku dapat, ok?* tapi adalah menjadi satu perkara pelik ibnu ajaib kalau tiba2 aku bertanya apakah terjadi kepadanya? Maka semalam seperti terdengar-dengar cikgu laki berkata-kata yang ada seseorang dikuarantin di wad. Oh, beliaukah??

So kalau betul dia kena kuarantin, aku sekadar mendoakan dia cepat sembuh. Dan aku doakan jugak gefren atau tunang atau sebagainya berada di sisi menyatakan rasa concern. Biarlah aku concern sorang2 kat sini. HAHAHA*gelak besar lagi*



Di akhir cerita kalau orang ketiga muncul, dia selalu dipersalahkan. Dah pergi jauh2.. syuh!syuh!


Tuesday, August 04, 2009

As we go On

When everything is falling apart

Aku sebenarnya sangat risau. Banyak la yang aku risaukan.

Pertama: mentor aku tak pernah observe aku sekali pun.. dan practicum tinggal 4 minggu je lagi! Tiap kali masa aku mengajar je dia invisible..

Kedua: aku tak jumpa lagi dr.Nab pasal AE aku tu. Target aku 10 Ogos ni even da lambat tp mcm better late than never. Ha3. So aku suruh budak2 tu wat je apa yang aku rancang. Malangnya budak2 ni sangat malas buat kerja!

Ketiga: kalau budak2 malas study dan failed, salah aku ke??

Keempat: aku dah tak senyum dengan cikgu kacak?! *ini pon issue ke??* Betul ini serius.. Wahahaha.. hari tu dia pinjam kalkulator aku pastu aku cakap camni.." Nah, amik la." Mesti dia sumpah2 aku kerek mcm nak sgt pinjam kalkulator ko! hahaha.. tapi aku tak la cakap kasar2.. cuma tak senyum jek.. so mcm no big deal kan?

Tapi alkisah last week time exam tu aku dlm bilik kebal amik paper test ngan shafiah. Pastu cikgu kacak nak masuk, ternampak aku terus tak jadi masuk. Pastu ade cikgu tanya mana cikgu kacak tak amik paper dia lagi.. sorang cikgu tu jawab, tadi dia ada depan pintu ni tak masuk amik ke? WAHAHA HABIS LA AKU BUAT CIKGU KACAK TERASA HATI AKU TAK SENYUM NGAN DIA!! Pastu aku stay je dlm bilik kebal tu sampai semua cikgu keluar. Bila cikgu kacak masuk, baru aku keluar tanpa memandang ke arahnye pun.*tak tau la ape yg aku pikir kan. Aku ni suka la pikir lebih2.*

Tiba-tiba rasa annoying bersalah pulak bila nampak dia sbb dia mmg tak bersalah. 4minggu tu pun dah tak lama, kan? sila la bersedia untuk berangkat pulang!

I need to hate everybody so I dont missed them badly.