Petang Jumaat yang lepas-lepas, aku dikejutkan dengan sepucuk surat di klip kan bersama punch-card aku. Tengok letter head je dah kecut perut. Ke mana la aku kena gi kali ni? Alih2 tu rupanya surat gi kursus asas guru penyelaras kadet pertahanan awam (JPA).
Aikk??
Bukan aku handle Pandu Puteri ke??? Kaget. Ni mesti kesilapan teknikal. Ingatkan nak tanya GPK-Ko hari Isnin. Sekali tengok, kena pergi hari AHAD. Pfffttt.. Kebetulan cikgu kadet ada so aku gi la tanya kenapa pulak aku yang kena gi? Alasan pihak atasan - Ketua Panitia takley keluar seminggu. Guru kaunseling pun kena ada kat sekolah gak. Ladies & gentlemen, the capital WTF..
Bengang gila!
Dah takley pergi tu sudah laa. Apesal nak seret cikgu lain pulak pergi?? -_____- So dalam paksa rela aku pun mengikhlaskan diri untuk pergi. So aku pun pergi ngan sorang member yang kena paksa rela gak. Setakat 2-3 hari takpe lagi ni seminggu kot kat kem! Grgrgrgr!
So deal ngan member jumpa kat tol Sg. Besi. Tetiba hujan turun dengan lebat. Serius tak nampak jalan. Before pergi tu dah cakap ngan Buncit; tak payah mengada naik motor balik BP. Jauh. Hujan. Tapi dia degil. Tengah aku menggigil kesejukan dalam kereta, tetiba ternampak dia berteduh bawah fly-over.. O_o.. so before bertolak gi kem tu sempat la jumpa dia kat tol Sg. Besi tu. Dapat la sedas-dua bebelan.. Balik Batu Pahat naik motor dalam hujan lebat.. sebab nak jugak jumpa aku before balik.. mcm selalu -_____-"
Sampai kat kem, kena stay kat hostel bawah tanah. Katil double decker memang nostalgia zaman asrama kat KL dulu lah! Seminggu tu serius macam go-back-to-school.. Bezanya.. ada 4 orang je cikgu bujang. Yang lain cikgu senior.. bukan setakat cikgu kaunseling, ketua panitia.. even GPK 1 pun ade! Grgrgrgr.. lagi la aku ngan kawan aku bengang kat sekolah kitorang..
So sepanjang 7 hari bertapa dalam tu, tak dibenarkan keluar. Pagi n malam sesi teori.. petang pulak praktikal.. Lama-lama rasa best pulak ;p Yelah, lama tak huhahuha kan.. kat sekolah fikir pasal budak2 sekolah je. Ni la time nak jadi budak-budak balik..
Hari last tu paling best sebab aktiviti praktikal menyelamat di tempat tinggi. Naik bangunan 5 tingkat je pun dah serius gayat apetah lagi bergantung ngan tali seutas ye tak? Huhu.. Tapi best gila :D Macam-macam aksi ada. Kepala kat bawah mcm penyiasat pro.. berjalan kt dinding mcm dalam cerita jacky chan pun ada.. Thumbs up!
Majlis penutup pulak ada dua. 1st time dinner.. 2nd pulak ngan ketua pengarah JPA Selangor. Aku macam biasa la.. tak sah kalau tak mencari publisiti kan.. Hoho.. Dapat jadi usher sijil pun jadi la kan.. dapat interframe atas pentas bersama kerlipan sinaran kamera ;p
Tadi Buncit datang rumah jumpa mak ngan abah. Huahaha. Baru dia tau kan.. Kecut perut nak menghadap orang tua. Ha, camtu la perasaan aku bila dia seret aku jumpa family dia. Blur, gugup, sume ada. Tapi at the end, semuanya okay je kan? :)~
Esok dah start sekolah.. serius tak bermaya after seminggu tinggalkan sekolah. Tapi banyak lagi kerja belum settle.. so.. buh bye~
3 comments:
stop calling he "buncit" ler...
baiklah ;p
ape yg baik?
Post a Comment