Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 20, 2009

Apakah?

Welcome back, Monday!

Hahaha. Isnin dah sampai. Aku tak sempat lagi cerita pasal ape jadi hari Jumaat lepas & weekend ni. Macam tiba-tiba je. Maklum la jadual padat... *ececeh* tapi takpe, Isnin tetap Isnin. Lagi pun for me Jumaat tu lagi tak best dari Isnin. Siapa kata Jumaat best?

Hurm. Aku tetap tak suka Jumaat

Jumaat yang lepas...
Aku berdiri kat depan kaunter ofis sebab nak sign attendance. Tiba-tiba *haha. mesti ada tiba-tiba, kan?* Cikgu Kacak masuk dan berdiri kat sebelah aku. So aku hulur la buku kedatangan dia sambil2 aku sambung sign attendance aku tu. Pastu aku simpan la pen dalam pencil case..*ini pun kau nak cerita ke? hihi, mestilah! kronologi..*

"Dah wat analisis dah?"
"Analisis? Erm.. analisis yang mana ni?"
"Analisis..."

Berkerut-kerut dahi aku memikirkan.
*Analisis mana plak ni? Ada berapa analisis sebenarnya sekolah ni?*

"Analisis kehadiran ke? Yang tu saya tak buat la sebab saya dah buat semalam. Laporan harian ada la.."

*Seyes tersasul-sasul aku karang ayat*

Dia senyum lagi.
"Erm.. yang tu la."

Dush! rasa nak tumbuk2 je dia. Eh bukan. Rasa nak tumbuk2 je meja kaunter. Dah la time rehat suruh aku wat announcement. Berkejar-kejar aku dari ofis-bilik guru-surau, pastu masuk ofis balik. Alih2 dia muncul wat announcement. Aku sangat lah bengang sebab buku report tu aku sanggup siapkan cepat-cepat & stay dalam ofis sebab taknak terlewat wat announcement tau! Rase nak bom je sekolah ni. *Emosi :( *

Hakikatnya selama ni;

Apakah aku dipergunakan?


Sekarang, bencilah aku pada Cikgu Kacak apetah lagi untuk melihat kelibatnya berlalu-laluan di depan mata. Eventhough hari ni baju dia sama kaler ngan tudung aku lagi..*kali ni kaler cokelat plak*.. dan walaupun kami senyum bila berselisih kat koridor tadi.. *Ok dah! Dah! Full stop!*



See, I hate Friday :) *tiba2 letak smiley*

No comments: