Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 18, 2009

Today is faaar more better than yesterday :)

Akhirnya, hari ni baru dapat jadual kelas :) Paling besh hari jumaat sbb takde kelas :)) Tapi for sure lah banyak kelas relief.. Tak suke kelas relief :( Sbb tak semua budak nak dengar cakap. Buat hal sendiri selamba badak je..

Petang tadi kena datang awal sebab ade meeting. Cikgu pelatih bersemangat mesti laa duduk depan2.. Pastu aku kena jadi cikgu kebersihan satu kelas form 1 ni sbb aku ajar Sejarah kelas tu. Cikgu practicum len tak kena pulak! :(

Dan kami bertiga (cikgu2 pelatih sesi petang; aku, Sapiah, Val) jadi cikgu rumah sukan Bendahara sebab diorang kekurangan kakitangan. Ho3.. Minggu depan dah kena datang pagi sebab ade sukantara kat padang sekolah :(





Tadi berkenalan ngan cikgu Tie dan cikgu Ila. Diorang baru posting awal tahun. So aku mengadu domba la tentang kerisauan dan kegelisahan aku untuk control kelas yang memang susah nak ditafsirkan dengan kata-kata. Yelaa kalau supervisor datang nanti, tak ke mati aku?? Kalau tak takdenya aku nak risau2.. Lantak hang la nak belajar ke tak! Ade cikgu tu siap cakap camni; "Biarlah dia gaduh.. nak sangat mati!" Fuh! sentap ayat cikgu tu.. Tu belum lagi cikgu panggil gelaran yang macam2 la kat budak2 tu. Mana tak geram perangai macam anak jin je..

Hari ni aku relief kelas bahasa tamil lagi..tapi kali ni form 1 plak. Semalam form 2.. Oh, apsal la cikgu tak datang tu cikgu India?? (Aku ada unsur2 racism ek?).. Mula2 ok gak la semua duduk wat hal sendiri. Pastu lagi 10 minit nk habis masa ni.. sempat pulak dua-tiga budak India tu gaduh! Tak semena-mena aku kena tarik menarik budak2 tu suruh duduk jauh2. Kes ejek mengejek. Ingatkan dah duduk jauh2 settle laa.. Rupenye lagi la mengamuk budak yang kena ejek tu.... Aku rasa nak plaster je mulut sorang2! Menjerit2 dlm kelas dlm bhs yang tak difahami -- sangat pening!! So aku panggil budak yang kena ejek tu bagitau aku nama sape yang dok mengejek dia.. Pastu budak tu start menangis la pulak... Aiyoo! Kesian pun ade! So aku suruh budak2 yang dari td mengejek dia tu minta maaf kat member dia yang menangis ni :) Itu pun susah tol nak mintak maaf... Macam2!

Pastu aku ade relief kelas form 2 neh. Waktu ni aku dah bersemangat dah nak masuk sbb nk berkenalan ngan diorang memandangkan itu kelas sains aku :)

Alangkah kaciwa aku bila tengok kelas tu KOSONG! Ke mana budak2 kelas tu pergi? Misteri~ Cikgu kelas tu yang kebetulan nak jumpa ketua kelas pun pelik mana pergi budak2 tu..

Apa aku belajar hari ni;
- Jangan take heart sangat ngan budak2 tu..
- Tak yah amik port budak2 yang rude! Dah nama kurang ajar~
- Enjoy teaching! (Pesan cikgu Tie)

Sekian saje untuk hari ni.. Esok nak pergi fakulti anta sume bahan2 sekolah kat supervisor :) Makna nya dah start wat lesson plan la kan? Erk!...


No comments: