Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 27, 2009

Sabak Bernam --> Bkt. Antarabangsa

Ye, aku tau skrg tgh mood exam. Tapi boleh je kan kalu aku nak wat menda2 yang aku suka?

Anonymous: Tade sape halang.. Suka ati awak lah cik Liana..


BAIK!!

Yang disukai!



Pertama: Shopping


Yuhuu.. mengapakah wanita suka membeli belah? Kerana wanita tidak boleh melihat sesuatu yang cantik.. ye, walaupun exam datang melanda dengan sesuka atinye aku and nisha pegi ke mid valley dengan menaiki komuter.. kagum kan? tak pernah2 mimpi naik komuter boleh pulak? isk2.. tujuan asal konon nak ke sogo.. tapi memikirkan takde benda pun nak beli sebab handbag masih elok dan perfume masih penuh, maka we've decided to go to mid aje la.. Konon nak cari baju baru padahal kat shah alam ni banyak je kain baju, kn? well.. alasan la katekan..

Hasil? mesti korang tak caye.. hasilnye kitorang datang sane.. kami cuma makan pizza je! Seyes tak tipu.. tu pun tak abes makan sebab tak larat nak mkn semua.. boleh pulak bungkus bawak balik.. hahahahaha!!.. pastu kami pun memulakan marathon balik dikala orang ramai sudah mula keluar office.. just imagine camne waktu tu.. combat balik shah alam..

Tapi perjalanan kami tak berhenti setakat tu je. Rehat jap kat stesen
komuter tu sambil2 teguk air sejuk.. kami pun ke destinasi seterusnya apa lagi kalau bukan Plaza Alam Sentral.. hihihi.. pusing2 kat situ lepas try 3-4 jenis baju dapat la sehelai yang berkenan di hati.. Misi pertama: accomplish! Sekarang pegi pulak misi kedua iaitu mencari hadiah besday yang dah ter-belated.. jumpa la sebijik kat puncak PAS tu.. maka misi kedua juga accomplish.. inilah kaki window shopping yang well planned~


Kedua: Movie

Walaupun kelihatan tade cerita menarik tengah ditayang wat masa ni, tapi kami belum tengok Jangan Tegur lagi! Ini ialah movie melayu pertama yang aku tengok kat cinema sebab bagi aku cerita melayu elok tengok di rumah bersama keluarga sahaja. No? Tapi disebabkan keinginan yang membuak-buak untuk merasa kejutan tanpa memegang bantal, kami pun decided tgk kat cinema. Huahaha..


Ketiga: Study di library negeri

Walaupun library INTEC tu da cukup besar tapi di musim2 exam ni sangat la sesak. Tak kesah la suhunya 14C pun, library INTEC yang cantik tu tetap menjadi pujaan.. Oleh sebab kesesakan yang tiada batasan, Gossip girls telah mengambil keputusan untuk study di library negeri. Excited giler first time dalam 3 tahun tinggal kat Shah Alam ni masuk library negeri.. Terasa dunia ni luas rupanya.. Kat situ ok la even space untuk study agak limited but we managed to make 'a port'. Menariknye library ni dia tak bertingkat ke atas tapi ke bawah. Ada 3 tingkat so kitorang study kat L2 la kirenye kalu tekan lift. Tapi kat sini setakat tiga tingkat tadenye lift kat situ..



Keempat: Balik kampung

Adakah saye seorang pelajar cemerlang?? Hahaha.. Tade kene mengena balik kampung ngan study, ok? Aku ni jenis memang malas balik rumah kalau abah tak amik. Umur dah dekat 22 tahun tapi rase masih macam 14 tahun jek? Oh, umurku tertinggal 8 tahun di belakang. Tapi disebabkan nak balik kampung, aku sanggup menunggu dan menaiki segala jenis bas-bas yang ada di sekitar Lembah Klang ni. Sampai je rumah petang Sabtu tu aku sempat ronda2 nek beskal kat area rumah aku tu. Oh, betapa tabahnya aku.. Lepas Maghrib je terus berkemas balik kampung kat Sabak Bernam. Pastu petang semalam bertolak balik ke rumah.. Bertambah menarik kisah ini bila mana nenek aku berkata-kata seperti ini semasa sesi bersalam-salaman.

" Bila habis belajar?"
" Tengah tahun depan."
" Kat sana try la kawan-kawan."
Otak aku ligat memproses kata-kata tu. Aku tade kawan ke??
" Cuba la tackle-tackle satu dua yang berkenan."
Oh, tak tau la rasenye perasaan aku waktu tu bila nenek aku cakap camtu kat depan sedara mara yang sedang berkumpulan kat depan pintu.. Sangat terharu dengan nenek aku yang concern ni.. Kalau la waktu tu aku boleh invisible macam orang selalu wat kat status YM tu..

Nak dijadikan cerita pastu abah nak jumpa member kerja kat Bukit Antarabangsa. So, dari Sabak Bernam turun Kuala Selangor cross Ijok masuk Petaling keluar Kepong lalu Batu Caves sampai la ke Ulu Klang sebelum jumpa Bukit Antarabangsa. Menarik kan perjalanan balik ke rumah tu? Aku tau..


Sekian saje updates seminggu dua ni =) Tak sabar habis exam 8hb ni.. Weeehuuu~


No comments: