Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 27, 2009

Sabak Bernam --> Bkt. Antarabangsa

Ye, aku tau skrg tgh mood exam. Tapi boleh je kan kalu aku nak wat menda2 yang aku suka?

Anonymous: Tade sape halang.. Suka ati awak lah cik Liana..


BAIK!!

Yang disukai!



Pertama: Shopping


Yuhuu.. mengapakah wanita suka membeli belah? Kerana wanita tidak boleh melihat sesuatu yang cantik.. ye, walaupun exam datang melanda dengan sesuka atinye aku and nisha pegi ke mid valley dengan menaiki komuter.. kagum kan? tak pernah2 mimpi naik komuter boleh pulak? isk2.. tujuan asal konon nak ke sogo.. tapi memikirkan takde benda pun nak beli sebab handbag masih elok dan perfume masih penuh, maka we've decided to go to mid aje la.. Konon nak cari baju baru padahal kat shah alam ni banyak je kain baju, kn? well.. alasan la katekan..

Hasil? mesti korang tak caye.. hasilnye kitorang datang sane.. kami cuma makan pizza je! Seyes tak tipu.. tu pun tak abes makan sebab tak larat nak mkn semua.. boleh pulak bungkus bawak balik.. hahahahaha!!.. pastu kami pun memulakan marathon balik dikala orang ramai sudah mula keluar office.. just imagine camne waktu tu.. combat balik shah alam..

Tapi perjalanan kami tak berhenti setakat tu je. Rehat jap kat stesen
komuter tu sambil2 teguk air sejuk.. kami pun ke destinasi seterusnya apa lagi kalau bukan Plaza Alam Sentral.. hihihi.. pusing2 kat situ lepas try 3-4 jenis baju dapat la sehelai yang berkenan di hati.. Misi pertama: accomplish! Sekarang pegi pulak misi kedua iaitu mencari hadiah besday yang dah ter-belated.. jumpa la sebijik kat puncak PAS tu.. maka misi kedua juga accomplish.. inilah kaki window shopping yang well planned~


Kedua: Movie

Walaupun kelihatan tade cerita menarik tengah ditayang wat masa ni, tapi kami belum tengok Jangan Tegur lagi! Ini ialah movie melayu pertama yang aku tengok kat cinema sebab bagi aku cerita melayu elok tengok di rumah bersama keluarga sahaja. No? Tapi disebabkan keinginan yang membuak-buak untuk merasa kejutan tanpa memegang bantal, kami pun decided tgk kat cinema. Huahaha..


Ketiga: Study di library negeri

Walaupun library INTEC tu da cukup besar tapi di musim2 exam ni sangat la sesak. Tak kesah la suhunya 14C pun, library INTEC yang cantik tu tetap menjadi pujaan.. Oleh sebab kesesakan yang tiada batasan, Gossip girls telah mengambil keputusan untuk study di library negeri. Excited giler first time dalam 3 tahun tinggal kat Shah Alam ni masuk library negeri.. Terasa dunia ni luas rupanya.. Kat situ ok la even space untuk study agak limited but we managed to make 'a port'. Menariknye library ni dia tak bertingkat ke atas tapi ke bawah. Ada 3 tingkat so kitorang study kat L2 la kirenye kalu tekan lift. Tapi kat sini setakat tiga tingkat tadenye lift kat situ..



Keempat: Balik kampung

Adakah saye seorang pelajar cemerlang?? Hahaha.. Tade kene mengena balik kampung ngan study, ok? Aku ni jenis memang malas balik rumah kalau abah tak amik. Umur dah dekat 22 tahun tapi rase masih macam 14 tahun jek? Oh, umurku tertinggal 8 tahun di belakang. Tapi disebabkan nak balik kampung, aku sanggup menunggu dan menaiki segala jenis bas-bas yang ada di sekitar Lembah Klang ni. Sampai je rumah petang Sabtu tu aku sempat ronda2 nek beskal kat area rumah aku tu. Oh, betapa tabahnya aku.. Lepas Maghrib je terus berkemas balik kampung kat Sabak Bernam. Pastu petang semalam bertolak balik ke rumah.. Bertambah menarik kisah ini bila mana nenek aku berkata-kata seperti ini semasa sesi bersalam-salaman.

" Bila habis belajar?"
" Tengah tahun depan."
" Kat sana try la kawan-kawan."
Otak aku ligat memproses kata-kata tu. Aku tade kawan ke??
" Cuba la tackle-tackle satu dua yang berkenan."
Oh, tak tau la rasenye perasaan aku waktu tu bila nenek aku cakap camtu kat depan sedara mara yang sedang berkumpulan kat depan pintu.. Sangat terharu dengan nenek aku yang concern ni.. Kalau la waktu tu aku boleh invisible macam orang selalu wat kat status YM tu..

Nak dijadikan cerita pastu abah nak jumpa member kerja kat Bukit Antarabangsa. So, dari Sabak Bernam turun Kuala Selangor cross Ijok masuk Petaling keluar Kepong lalu Batu Caves sampai la ke Ulu Klang sebelum jumpa Bukit Antarabangsa. Menarik kan perjalanan balik ke rumah tu? Aku tau..


Sekian saje updates seminggu dua ni =) Tak sabar habis exam 8hb ni.. Weeehuuu~


Tuesday, April 21, 2009

Dan Sebenarnya...



:By Yuna:


oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh–

Thursday, April 16, 2009

Doa buat Athirah & Iszaizul

Wawawa... Tahniah wat Athirah & suami sempena pernikahan mereka 11 April yang lepas.. Kami sekelas mendoakan kebahagiaan korang berdua.. Walau pun tak dapat dtg ke Terengganu, dari kejauhan aku memanjat doa untuk mung Thirah! Moga-moga jugak doa mung nak jadi isteri & ibu yang baik dimakbulkan Allah~ Ameen!




Acara batal air sembahyang



Bagai pinang di belah dua... cun2!

Monday, April 13, 2009

::My Driver::

At last, habis dah part 6! Next week will be finals.. lalala.. Lupakan semua stress sbb stress tu cuma menambah berat di kepalaku.. pedulikan semua! yang penting is my future.. life must go on.. kalau aku bunuh diri pun takde maknenya (i am thinking about commit suicide actually, last week).. tapi bunuh diri tu cuma untuk org2 yang tak ingat Tuhan.. Awak ada Allah untuk mengadu nasib, so what the problem cik liana? Mari kita tenang-tenangkan diri dan buat perkara2 yang kita suka.. Suka?



sebenarnye saya suka awak ..


Emm.. kalau korang ada member muka sebijik macam dia ni, dia lah orang yang aku suka. Macam pernah nampak? Jeles la tu.. Kenalkan, ini Paul Walker.. a.k.a driver aku. Well, I called by boyfren as my driver.. huhuhu.. Jangan marah ye? Da tugas awak.. Takkan saye pulak nak jd driver awak? Korang da tengok sequel movie dia~ fast n furious 4?? Disebabkan skill yang dia ada sepanjang jd driver aku, producer kt Hollywood tu berkenan nak amik dia jd watak tetap; sbg Brian.. Tapi baru-baru ni dia kate nak tinggal terus kat sana sbb nak cari duit lebih.. So, aku tade driver la ni? Takpelah.. nanti aku naikkan notis job vacancy..

Saturday, April 11, 2009

Shredded


I've ripped out my life into pieces.
And turned my life into a nightmare. Without mercy. Without a sign. So I thought it shuts all the doors so no more way out. No more space for me to take a breath. Or even for a gasp. No. Not even once. Nope. Nothing. Until I felt so hopeless. And I looked at this world as the other way around.
Now,
God shows me what is the meaning of life.
Think Lea!
There's no point for u to lose ur faith.
What the hell are u doing here?
Find the key and get outta here!


Yeah, I'm going crazy. Again. Damn. Sorry if my words make u feel uncomfortable. I'm a bit lost out of sudden. Things going upside down. I dunno. It's finals - maybe? Finals always make me crazy, remember? I tried to make it different this time but u see.. nothing changed. if u still remember in my post during last semester, what happened to me.. crying like dying for the whole study week.. freaked out like there's no more tomorrow.. well, this time it's a little bit better- no more tears.. but something even worse had happened- i felt sooo tired..

I knoe it's not too late for me to fix all the mess that I've done. Cut the fingers- I'll try harder.. but.. can't I do all the things rightly? can't I put all the things at it places? At where it suppose to be? Without this 'last minute amendment'? OMG, I'm going to explode this time. Nothing going right.. Plz, I can't take it anymore. take this awayyy from me. I have to find the door out.. and the key.. So, sorry if I'm not good enough. Sorry if I can't stay at the place where I'm suppose to stay. Sorry for this. Sorry. I'm sorry.




Tuesday, April 07, 2009

Untukmu

Tak sabar nak tunggu Raudhah Tribune yang baru tu kluar. Dulu kalau dapat, ntah mana2 la aku campak. Riak betul. Tapi makin hari makin menarik pulak kandungan nye. Sekarang aku jadi pengumpul Raudhah Tribune yang berjaye.. huhu, berjaye ke? Boleh la.. Penuhkan board dpn meja study ni.. Setakat insaf tapi tak amal, tak gune gak kan?.. belajar sikit-sikit la..

Ok lah, sebenarnya dua tiga menjak ni ramai pulak orang menanya aku.. bila lagi nak bercouple? Tak rase nak cari bofren ke? Kau trauma ke? Macam-macam la jenis soalan yang menjurus ke arah percintaan ni. Mula-mula aku tak amik port pun soalan-soalan camtu. Tapi yelah, aku pun manusia biasa. Apa aku boleh cakap, kalau ada jodoh, jumpalah kot? Ni belum lagi kata-kata nasihat daripada para penasihat-penasihat tak bertauliah..

"Kau tak boleh tunggu je.. kena carik! kalau tak macamana nak jumpa?"

Adeh, speechless pulak rasenye bila dapat pesanan macam tu. Cikgu aku pernah bagi nasihat dulu masa dia nak kawin.. Personally lagi tu.. Kat sekolah dulu tade pun ustazah cakap bab2 cinta ni. Nasib la aku rapat ngan cikgu kelas aku yang amik berat bab2 agama ni.. At the same time dia warden gak. Cikgu Siti namanya.

Dia pesan, "Kamu kalau nak cari calon suami, tak payah cari dia. Dia akan datang cari kamu."

Aku yang mula berpinar-pinar ni pun bertanya, " Abes tu cikgu, mcm mana kalau kita tak suka dia? Macamana nak tau dia tu jodoh yang Allah bagi?"

Serba curious aku bertanya.

Dia jawab," Kamu buatlah solat Istikharah. Mudah-mudahan la Allah bagi kamu petunjuk."

"Owh.. gitu eh cikgu?"

Maka berpegang teguh la aku pada nasihat cikgu aku tu. Kan cakap cikgu tu berkat..

Tapi maaflah sangat, aku memang tak berniat pun nak dedah2 prinsip kat tempat awam macam ni. Maklum la zaman sekarang internet ni jadi agen fitnah kaum wanita. Cuma aku rasa benda ni penting. Atau paling-paling tidak pun sebagai galakan pada mereka yang mencari cinta agar tak kecewa.

Rasulullah SAW bersabda;

"Setelah pemergianku nanti, tidaklah aku meninggalkan fitnah yang paling berbahaya bagi lelaki melebihi fitnah wanita."
(Riwayat Muttafaq 'Alaih)

Aku tau, ada yang rasa malu bila orang tanya status- single. Beb, relaks la. Mungkin 'perjalanan' kita sejauh ini sebab Allah nak pastikan kita hanya akan dapat yang terbaik. Kalau sebelum ni cinta terputus kat tepi jalan (gaduh bawah pokok la contohnya), anggaplah Allah sayang kat kita. Mungkin cinta tu takkan kekal bila kahwin sekali pun? Ingat, cinta tu biar sebab iman pasangan kita.. bukan sebab nafsu. Jangan sebab dia lawa, banyak duit, popular.. bangga? Tak kisah la laki ke perempuan ke..

Jadi wahai rakan-rakan ku sekelian, amik la iktibar dari nasihat aku ni. Mungkin jugak cakap aku tak serupa bikin. Lagi-lagi la kalau ikan besar melintas depan mata, kan? Aku pun suke.. hihi.. Tapi at least mari kita saling ingat-mengingati..

Sekarang, jom layan komik sekerat ni. Khas dari Raudhah Tribune tau! Tapi kecik sangat nak baca nye.. so right click gambar tu then open in new tab.. okey?? Selamat membaca~













Bercinta?





Khas untuk mereka-mereka yang fanatik movie indon berkonsepkan Islamic
mcm ayat-ayat cinta tu.. Nice to watch this video clip.
Ost Perempuan Berkalung Sorban lakonan Revalina S Temat.


At first cerita ni macam stereotype je. Biasalah, cinta-cinta, naik kuda, jalan-jalan. Pastu mula la conflict bak kata Rahika conflict theory eh? Anissa (Bawang Puteh) terpaksa kahwin ngan calon pilihan ayahnya bila kekasih hati sambung belajar kat Egypt. Rupa-rupanya lelaki yang disangka baik tu sangat la jahat. Oleh sebab tak tahan, satu hari dia jumpa ngan bekas kekasih dia untuk mengadu nasib. Aleh2 orang kampung datang tuduh mereka berkhalwat lalu dihukum rejam ngan batu. Pastu? Huhu~ Tengok la sendiri ek?

Anyway, thank you Rahika for recommend me this vid! Sayang kau lebey ar~

Friday, April 03, 2009

Retak

Aissh! Pissed off tol hr ni. Pergi bilik 24H bincang tajuk SCE sambil bincang camne nak wat lab report kimia. Pastu Athirah bagi kad jemputan kawin dia. Terus bincang trip tengok pengantin pulak. Masuk kelas Genetic sampai 12.30 pastu abes je terus masuk Ptar. Bertapalah aku selama 4 jam dalam Ptar tu siapkan lab report.. keluar2 je hujan sgt lebat. Then baru jumpa en. Fatah kat cubical dia yang terletak kat hujung dunia nun. Nasib dia ada. Pastu baru la rasa kesian kat perut ni yang dari tengahari teriak mintak nasi. Jam dah pukul 4.45 pm. Takpe la. Nak makan dulu. Tengok minyak kete dah kong. Isi jap kat SS7. Alang-alang, cari makan kat situ je la. Ade la 20 minit tunggu order siap. Padahal tade pun customer lain . Lepas makan ingat nak bincang content SCE pagi tadi kat rumah Fida. Since rumah K.Emma dekat2 situ je pegi la fotostat paper cutting dia kejap. Pastu boleh pulangkan terus kat dia. Tiba2 dapat sms..


Ni kalau aku explain kat sini pasal sms tu mau retak skrin laptop korang.


Naik rumah K. Emma kat tingkat 3 pulangkan paper cutting dia. Dah pukul 6 pm. Badan kat sini tapi kepala dah entah kat mana2. Dah la semua ni.. Aku penat..

Siapa kata Jumaat best?



Thursday, April 02, 2009

Nota 2 a.m




Senyum.
Tak salah senyum kan?
Senyum tu kan sedekah.
Senyum tanda suka. Bahagia.
Senyum boleh menenangkan hati yang marah. Hati yang gundah.
Biarlah apa sebab nye pun.
Aku nak senyum hari ni.
Tapi aku kena beringat.
Mungkin jugak ni ujian Allah?
Hari ni memang aku boleh tersenyum.
Esok siapa tau?



*jangan kata aku gila sudah~