Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, June 06, 2009

It's Time to Fly


Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it's like we're women and men
Will the past be a shadow that will follow us 'round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it's not goodbye
Keep on thinking it's a time to fly



Wednesday, June 03, 2009

Cherophobia?


wajah2 tabah~

Kami bertabah (tabah takde imbuhan ber- jadi mereka2 yang mungkin akan mengambil peperiksaan tatabahasa sila abaikan imbuhan ini).. Yep, minggu pre-practicum sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Bagaimanakah? Owh~



::laugh is the best medicine::

Adakah anda bosan? jom baca ni;



If you yelled for 8 years, 7 months and 6 days you would produce enough sound energy to heat one cup of coffee.

Right-handed people live, on an average, live nine years longer than left-handed people.

Singapore has only one train station.

It takes about 20 seconds for a red blood cell to circle the whole body.

On average, a 4-year-old child asks 437 questions a day.

Human hair and fingernails continue to grow after death.

Apples, not caffeine, are more efficient at waking you up until the morning.

A shark is the only fish that can blink with both eyes.

Backrub was the original name for Google search engine.

Cherophobia is a fear of fun.

In South Asia live more Muslims than in the whole Middle East.



Thursday, May 28, 2009

A piece from my 2000


married!


Hahaha.. Assam boi betul! Ini ialah pet sis aku masa form one kat SSP dulu. Lately, aku baru tau yang k.Aisyah da kawen bulan Februari lepas! Nak marah pun tak boleh la sebab dulu aku sangat benci dia. Benci dia sebab dia buat orang lain benci kat aku dan aku benci orang lain pulak :P Lepas dia keluar sekolah baru la sedar, kenapa nak salahkan orang lain atas kesalahan orang lain??

An action without thinking caused a lot of consequences

tapi benda dah lepas. Let bygone be bygone. Dia bukannya jahat pun. Lagipun dah 8 tahun lebih dah berlalu. Zaman remaja memang penuh dengan ke confuse san! Tak boleh salahkan orang, kan??? Chill!!!


Wednesday, May 27, 2009

Pocketful of Sunshine


Sahabat ialah poket kiri kita
.

Kalau poket kanan penuh, kita masukkan barang kita dalam poket kiri.. maksudnya kalau orang yang paling dekat dengan kita tak boleh terima sesuatu perkara tentang kita, sahabat kita ada untuk kita meluahkan perasaan. Itulah pentingnya sahabat.



sehati sejiwa

Ini ialah barang yang kami berdua beli sama! Huhuhu! Baju tu beli waktu karnival merdeka dekat parking lot stadium UiTM. Sebab corak ni nampak cantik bermotifkan batik, kami pun beli la sorang satu. Aku amik saiz M, dia amik saiz L sebab time ni aku lagi kurus daripada sekarang. (sekarang pun kurus lagi cuma naik beberapa kilo je ;P)







Beg tu pulak dia beli lepas SPM dulu. So time kitorang jalan2 kat PKNS tu terjumpa pulak yang sama design. Segera aku beli sebab dah lama berminat ngan gambar Minnie Mouse tu yang cute!

Sekarang dah jarang nak jumpa dia lagi sejak dia pindah belajar kat Melaka. Cuti pun susah nak keluar sebab masing-masing sibuk hal sendiri. Takpelah.. janji tak lupakan aku.

Thanks Nick for the wonderful years!!




Tuesday, May 26, 2009

Tiada Maaf Bagimu...

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Sumber: Cinta Dear Haniey

Friday, May 22, 2009

Ke-100

Congrates buat diri sendiri sebab ini ialah post yang ke 100! Uhuhu, sooo cool~ Entah apa la yang aku repek kan yew? Jual minyak kot? ;P

Jadi mulai saat ini sehingga akhir tahun, post2 aku yang akan dtg akan berkisah ttg praktikal aku saja. Kot. Buhsan? So korang kena doa lah ada cerita dari aku > selain cerita praktikal nanti :)

Tadi aku explore2 blog orang lalu terjumpa ngan . Al-maklum laa nak jadi cikgu praktikal, segala tips dan pengalaman yang mesti aku rembat dari merata tempat.. Paling penting cari idea nak berdepan ngan anak2 orang tu.. Jadi cikgu kena banyak membaca tau! (peringatan wat diri sendiri). Kalau tak tade bahan nak goreng budak2 tu.. jadi maaflah ye andai kisah2 kamu2 tiba-tiba muncul dalam penceritaan aku.. (referred to rahika, gossip girls dan kawan baek masing2!).. korang kan perencah segera dlm hidup aku. Hahaha..

Cakap pasal blog tadi, memang menarik la pengalaman dia praktikal kat sekolah rendah tu. Senyum sorang2 aku baca.. Tapi tu sekolah rendah, kan? Kalau sekolah menengah? Sekolah lelaki? Agak-agak sama tak ye?? :-S


Thursday, May 21, 2009

Bergerak! Bergerak!

He's just a piece of heart with broken wall. Don't try to fix it.

Yess! Malam semalam kecoh betul bila si Rahika bagitau yang school list dah keluar. Hurm... aku dapat sekolah mana?

SMK **** ******

Bila dapat tau sekolah ni, macam pernah dengar... Uhuhu, sebelah sekolah mak aku rupanya ;P Patut la sound familiar.. Pelik, kan? Aku lagi pelik mendengar. Nasib je tak dapat Seri Puteri atau sekolah cousin aku kat SamBest tu.. Kalau tak jejak kasih jadinye aku, kan?

Pening jugak ni!



suasana perhimpunan



di hari kantin, maybe?

::
gambar sekadar hiasan::

Bila mak cakap tu boys school bertambah pening aku. Macamana aku nak handle projek AE aku nanti agak-agaknye? Kena usaha lebih sikit ni nampak gaya. Bercakap tentang gaya, gaya camne yang sesuai untuk jadi cikgu kat boys school? Adik aku yang lima tahun hidup kat Alam Shah tu tak pulak cite pasal cikgu2 dia. Tapi pernah la sekali dia cerita pasal cikgu yang suka condemn student. So nanti aku kena bertimbang rasa sikit kot? Kot? Hehe.. Aku tau aku sangat elergi kat orang yang bercakap time aku tgh bercakap. Mungkin itu rules pertama yang mesti aku cakap kat budak2 tu sebelum kelas bermula. Dan yang penting;

#sporting
#jgn kalut
#confident
#mesra alam

Dulu kat sekolah aku paling anti bila aku dah bagi jawapan, cikgu kata "Itu bukan jawapan yang saya nak!" Atau bila disuruh bagi alasan, dia jawab "Awak tak ada alasan lain ke?" Woo nak meletup rasanya waktu tu..

So, kesimpulannya jangan condemn anak murid! Okay?

Happy Teaching!


Wednesday, May 20, 2009

Malaysia Next Top Teacher

Lama tak update blog ni. Hari ni barulah aku dapat start semester break dengan jayanya. Tapi tak terlewat kan nak wish Selamat Hari Guru wat semua guru-guru di Malaysia! Aku takde apa pun plan untuk cuti ni. Nak berehat cukup-cukup since 1 jun ni dah start practicum. Cakap pasal practicum, aku still tak tau dapat school area mana. Tak kisah la pasal petempatan tu sbb yang tengah wat aku pening ni aku punye AE. Since tajuk aku sem lepas kena reject ngan supervisor, aku kena la wat dari awal balik. Serius blank kepala aku memikirkan dari mana aku nak start ni. Kena wat framework dulu sbb setakat ada tajuk je tak ke mana la kerja aku...

Takpe. Akan diusahakan.



From LV: cantik kan? wawawa~


Masanya dah sampai! Uhuhu!! Yeah, masa untuk shopping beg baru! Aku ade la survey beg-beg yang cantik sebagai inspirasi sebelum aku boleh memulakan ekspidisi mencari beg baru yang dimaksudkan itu. Beg manakah yang bertuah dimiliki oleh bakal cikgu yang manis ini? Ahaks!




From Coach: Merah would be nice too!



From Gucci: Nice view!



Atau beli jam tangan dulu? Hihihi... pening jugak ni!



From Fossil: Can I have one, pls??




From Corum: Lovely kan??





From D&G: Sooo cute!


Berpinar-pinar melihat, kan? Can't wait to own them! Lalala~



Friday, May 08, 2009

Tagged oleh Si Sawa Merah

Bulan lepas saya telah di tag oleh cik dilla si sawa merah (sbb dia minat m.u)..
Hari ini barulah saya berkesempatan untuk menjawab tag nye..
Kira-kira begini lah soalannya:


upload a favourite picture of you:





Give three reason why you like this picture?
1. mereka beli aiskrim untuk mereka shj.. huhu
2. lepas tu suruh org amek gambar..
3. sangat kejam~

when was the last time you eat pizza?
pegi mid valley sebelum exam

the last song you listen?
lagu rock kapak amende ntah

what are you doing now besides this?
booking movie online

what name you prefer besides yours?
Ly chumels

people to tag:
1. rahika
2. chikOrn
3. afida
4. buzZy
5. anDa..

who is num one?
cik serba tau..

num three is having relationship with?
dak gemok?
huhh??

say something about num 5?
mereka yang rajin singgah.. trima kaseh ye!

who is num 2?
org yang pernah kate camni masa
pertandingan nasyid bahasa arab kt skolah;
"Ly ko cute la atas stage tu.."
huahaha!! =P

say something about num 4?
mcm chipsmore misteri..
sekejap ade sekejap tade..

sekian terima kaseh..

Puisi: Eden Sorga Balqis

Penatkan rasanya bila tersedar dari mimpi
Rupa-rupanya...
Kita jatuh cinta pada orang yang salah?

Atau bila dia buat tak tau
Dia buat kita rasa
"Aku tak cukup baik kah?"




Biarlah dia dengan impiannya
Moga satu hari nanti
Dia temui apa yang...
Dicari


untuk seseorang yang sedang leka ...
Tapi maaf... mungkin saat dia tersedar, aku dulu yang telah temui
apa yang aku cari.