Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 28, 2009

A piece from my 2000


married!


Hahaha.. Assam boi betul! Ini ialah pet sis aku masa form one kat SSP dulu. Lately, aku baru tau yang k.Aisyah da kawen bulan Februari lepas! Nak marah pun tak boleh la sebab dulu aku sangat benci dia. Benci dia sebab dia buat orang lain benci kat aku dan aku benci orang lain pulak :P Lepas dia keluar sekolah baru la sedar, kenapa nak salahkan orang lain atas kesalahan orang lain??

An action without thinking caused a lot of consequences

tapi benda dah lepas. Let bygone be bygone. Dia bukannya jahat pun. Lagipun dah 8 tahun lebih dah berlalu. Zaman remaja memang penuh dengan ke confuse san! Tak boleh salahkan orang, kan??? Chill!!!


Wednesday, May 27, 2009

Pocketful of Sunshine


Sahabat ialah poket kiri kita
.

Kalau poket kanan penuh, kita masukkan barang kita dalam poket kiri.. maksudnya kalau orang yang paling dekat dengan kita tak boleh terima sesuatu perkara tentang kita, sahabat kita ada untuk kita meluahkan perasaan. Itulah pentingnya sahabat.



sehati sejiwa

Ini ialah barang yang kami berdua beli sama! Huhuhu! Baju tu beli waktu karnival merdeka dekat parking lot stadium UiTM. Sebab corak ni nampak cantik bermotifkan batik, kami pun beli la sorang satu. Aku amik saiz M, dia amik saiz L sebab time ni aku lagi kurus daripada sekarang. (sekarang pun kurus lagi cuma naik beberapa kilo je ;P)







Beg tu pulak dia beli lepas SPM dulu. So time kitorang jalan2 kat PKNS tu terjumpa pulak yang sama design. Segera aku beli sebab dah lama berminat ngan gambar Minnie Mouse tu yang cute!

Sekarang dah jarang nak jumpa dia lagi sejak dia pindah belajar kat Melaka. Cuti pun susah nak keluar sebab masing-masing sibuk hal sendiri. Takpelah.. janji tak lupakan aku.

Thanks Nick for the wonderful years!!




Tuesday, May 26, 2009

Tiada Maaf Bagimu...

Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, kamu yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?

Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu, adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenal pasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 - PERASAAN KAMU
Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.

2 - LEBIH BERKEBOLEHAN
Mungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasih mu ataupun kamu lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan kamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 - MASA LALU
Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 - MENJADI PERHATIAN
Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diri dipersalahkan.

5 - MEMUTUSKAN CINTA
Kalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 - BERKATA JUJUR
Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran kamu ataupun tidak.

7 - BERTERUS TERANG
Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamu terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 - TIDAK MENEPATI CITA RASA
Bukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasa kamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 - TERUS BERTANYA
Untuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT
Tak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamu juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 - MASIH SOLO
Inilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang pada diri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 - TENTANG KEGEMARAN
Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 - BIJAK DAN AKTIF
Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.

14 - MEMINTA BANTUAN
Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMU
Ada seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar, sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!

16 - PANDU BERHATI-HATI
Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ kamu itu.

17 - ORANG MENUDUH KAMU
Jika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN
Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 - TIDAK SAMA HALUAN
Kamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 - DIPAKSA
Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.

Sumber: Cinta Dear Haniey

Friday, May 22, 2009

Ke-100

Congrates buat diri sendiri sebab ini ialah post yang ke 100! Uhuhu, sooo cool~ Entah apa la yang aku repek kan yew? Jual minyak kot? ;P

Jadi mulai saat ini sehingga akhir tahun, post2 aku yang akan dtg akan berkisah ttg praktikal aku saja. Kot. Buhsan? So korang kena doa lah ada cerita dari aku > selain cerita praktikal nanti :)

Tadi aku explore2 blog orang lalu terjumpa ngan . Al-maklum laa nak jadi cikgu praktikal, segala tips dan pengalaman yang mesti aku rembat dari merata tempat.. Paling penting cari idea nak berdepan ngan anak2 orang tu.. Jadi cikgu kena banyak membaca tau! (peringatan wat diri sendiri). Kalau tak tade bahan nak goreng budak2 tu.. jadi maaflah ye andai kisah2 kamu2 tiba-tiba muncul dalam penceritaan aku.. (referred to rahika, gossip girls dan kawan baek masing2!).. korang kan perencah segera dlm hidup aku. Hahaha..

Cakap pasal blog tadi, memang menarik la pengalaman dia praktikal kat sekolah rendah tu. Senyum sorang2 aku baca.. Tapi tu sekolah rendah, kan? Kalau sekolah menengah? Sekolah lelaki? Agak-agak sama tak ye?? :-S


Thursday, May 21, 2009

Bergerak! Bergerak!

He's just a piece of heart with broken wall. Don't try to fix it.

Yess! Malam semalam kecoh betul bila si Rahika bagitau yang school list dah keluar. Hurm... aku dapat sekolah mana?

SMK **** ******

Bila dapat tau sekolah ni, macam pernah dengar... Uhuhu, sebelah sekolah mak aku rupanya ;P Patut la sound familiar.. Pelik, kan? Aku lagi pelik mendengar. Nasib je tak dapat Seri Puteri atau sekolah cousin aku kat SamBest tu.. Kalau tak jejak kasih jadinye aku, kan?

Pening jugak ni!



suasana perhimpunan



di hari kantin, maybe?

::
gambar sekadar hiasan::

Bila mak cakap tu boys school bertambah pening aku. Macamana aku nak handle projek AE aku nanti agak-agaknye? Kena usaha lebih sikit ni nampak gaya. Bercakap tentang gaya, gaya camne yang sesuai untuk jadi cikgu kat boys school? Adik aku yang lima tahun hidup kat Alam Shah tu tak pulak cite pasal cikgu2 dia. Tapi pernah la sekali dia cerita pasal cikgu yang suka condemn student. So nanti aku kena bertimbang rasa sikit kot? Kot? Hehe.. Aku tau aku sangat elergi kat orang yang bercakap time aku tgh bercakap. Mungkin itu rules pertama yang mesti aku cakap kat budak2 tu sebelum kelas bermula. Dan yang penting;

#sporting
#jgn kalut
#confident
#mesra alam

Dulu kat sekolah aku paling anti bila aku dah bagi jawapan, cikgu kata "Itu bukan jawapan yang saya nak!" Atau bila disuruh bagi alasan, dia jawab "Awak tak ada alasan lain ke?" Woo nak meletup rasanya waktu tu..

So, kesimpulannya jangan condemn anak murid! Okay?

Happy Teaching!


Wednesday, May 20, 2009

Malaysia Next Top Teacher

Lama tak update blog ni. Hari ni barulah aku dapat start semester break dengan jayanya. Tapi tak terlewat kan nak wish Selamat Hari Guru wat semua guru-guru di Malaysia! Aku takde apa pun plan untuk cuti ni. Nak berehat cukup-cukup since 1 jun ni dah start practicum. Cakap pasal practicum, aku still tak tau dapat school area mana. Tak kisah la pasal petempatan tu sbb yang tengah wat aku pening ni aku punye AE. Since tajuk aku sem lepas kena reject ngan supervisor, aku kena la wat dari awal balik. Serius blank kepala aku memikirkan dari mana aku nak start ni. Kena wat framework dulu sbb setakat ada tajuk je tak ke mana la kerja aku...

Takpe. Akan diusahakan.



From LV: cantik kan? wawawa~


Masanya dah sampai! Uhuhu!! Yeah, masa untuk shopping beg baru! Aku ade la survey beg-beg yang cantik sebagai inspirasi sebelum aku boleh memulakan ekspidisi mencari beg baru yang dimaksudkan itu. Beg manakah yang bertuah dimiliki oleh bakal cikgu yang manis ini? Ahaks!




From Coach: Merah would be nice too!



From Gucci: Nice view!



Atau beli jam tangan dulu? Hihihi... pening jugak ni!



From Fossil: Can I have one, pls??




From Corum: Lovely kan??





From D&G: Sooo cute!


Berpinar-pinar melihat, kan? Can't wait to own them! Lalala~



Friday, May 08, 2009

Tagged oleh Si Sawa Merah

Bulan lepas saya telah di tag oleh cik dilla si sawa merah (sbb dia minat m.u)..
Hari ini barulah saya berkesempatan untuk menjawab tag nye..
Kira-kira begini lah soalannya:


upload a favourite picture of you:





Give three reason why you like this picture?
1. mereka beli aiskrim untuk mereka shj.. huhu
2. lepas tu suruh org amek gambar..
3. sangat kejam~

when was the last time you eat pizza?
pegi mid valley sebelum exam

the last song you listen?
lagu rock kapak amende ntah

what are you doing now besides this?
booking movie online

what name you prefer besides yours?
Ly chumels

people to tag:
1. rahika
2. chikOrn
3. afida
4. buzZy
5. anDa..

who is num one?
cik serba tau..

num three is having relationship with?
dak gemok?
huhh??

say something about num 5?
mereka yang rajin singgah.. trima kaseh ye!

who is num 2?
org yang pernah kate camni masa
pertandingan nasyid bahasa arab kt skolah;
"Ly ko cute la atas stage tu.."
huahaha!! =P

say something about num 4?
mcm chipsmore misteri..
sekejap ade sekejap tade..

sekian terima kaseh..

Puisi: Eden Sorga Balqis

Penatkan rasanya bila tersedar dari mimpi
Rupa-rupanya...
Kita jatuh cinta pada orang yang salah?

Atau bila dia buat tak tau
Dia buat kita rasa
"Aku tak cukup baik kah?"




Biarlah dia dengan impiannya
Moga satu hari nanti
Dia temui apa yang...
Dicari


untuk seseorang yang sedang leka ...
Tapi maaf... mungkin saat dia tersedar, aku dulu yang telah temui
apa yang aku cari.

Wednesday, May 06, 2009

Breaking Silence

Pernah tak korang berdepan dengan kes suicide atau dalam bahasa melayu nye kes bunuh diri? Well, aku tak pernah la tengok orang bunuh diri secara live tapi pernah sekali aku kena berdepan dengan member yang betul-betul nak bunuh diri. Ini betul-betul tau.. bukan cubaan.. Bagi korang yang kenal aku, memang aku ni ialah seorang pendengar yang baik. Lantak la korang nak cerita pasal ayam kesayangan korang kena sembelih ke.. Pensel korang sejak darjah satu hilang dalam banjir ke.. aku dengar. Kadang-kadang rase annoying la jugak tapi dah orang nak bercerita, kita dengar je lah. Tak rugi pun dengar orang bercerita, kan? Tapi apa kaitan aku yang suka dengar cerita dengan kes bunuh diri?


Sebagai pendengar yang baik, kita juga harus menjadi penjaga rahsia yang baik. Tapi dalam kes ni ianya terlalu berat maka aku rasa tak patut dijadikan rahsia tapi baik dijadikan teladan.

Vee (nama samaran) memang pandai orangnya. Aku kenal dia sebab dia roomate aku kat matriks. Boleh dikatakan PNG setiap semester dia lebih 3.8 sebab dia memang rajin study dan rajin jumpa lecturer. Satu hari dia tunjuk satu gambar kat aku.

"Ni lah boyfriend lama aku."
Aku tengok gambar tu.
"Tapi dia dah meninggal. Ni surat mati dia."
Aku tengok jugak surat tu.
"Kenapa dia meninggal?" Aku tanya. Tak logik pulak kalau aku tak tanya.
"Accident."
"Owh.. kesian kau. Mesti kau rindu dia sekarang," jawab aku dengan hati yang ikhlas.

Tapi lepas tu aku tau dia ada boyfriend baru. Vee kata boyfriend dia kerja polis bantuan. Apa-apalah Vee.. aku pun malas nak amik tau hubungan orang. Tapi yang buat aku kisah ni sebab Vee kata laki tu duda. Duda??

Satu hari di bulan Ramadhan...

"Ly, aku nak kahwin dengan boyfriend aku."
Otak aku berhenti berfikir kejap. Aku dengar perkataan baru dalam penggunaan vocab hari ni.
"Kahwin? Kau biar betul. Parent kau tau tak ni?"
"Tak.. sebab tu lah aku nak tanya pendapat kau."

Woo0.. kejap!kejap! Dia nak kahwin tanpa pengetahuan mak ayah dia, then dia tanya pendapat aku??

"Mana boleh! Habis tu siapa nak jadi wali kalau kau tak bagitau diorang?"
"Kitorang rancang nak kawin kat sempadan."

Aaaaaaaaaaa??

"Wei ko gila ke apa?"
"Kalau ikutkan hati memang aku taknak. Tapi aku taknak la terus macam ni. Aku taknak buat maksiat lagi."
Aku diam. Perlu ke nak elak maksiat sampai membelakangkan mak ayah? Antara maksiat dan derhaka, dua-dua dosa besar.

"Berat kes kau ni. Jangan la sebab nak elak maksiat, kau kahwin tak bagitau mak ayah kau. Sekarang memang kau boleh sorok. Tapi bila dah jadi apa-apa nanti, kan susah? Kau dah matang Vee. Boleh fikir".

Aku ingatkan bila aku cakap macam tu dia ubah fikiran. Nak paksa dia putus ngan boyfriend dia pun, siapalah aku kan? paling-paling pun aku suruh dia solat istikharah di bulan Ramadhan yang mulia tu.

Tapi jangkaan aku meleset. Dia kahwin jugak hujung Ramadhan tu.

"Nak tengok gambar?"
"Gambar? Gambar apa?"
"Gambar nikah".
Mengucap panjang aku dengar. Mudah-mudahan apa yang dia buat tu ada hikmahnya.
"Gambar apa tu?" Roomate aku sorang lagi tanya.
"Adalah.. rahsia!" Vee jawab sambil tersenyum-senyum.
Ya Allah, kalaulah hati aku ada loudspeaker...

Selang dua bulan lepas tu, semua berjalan macam biasa. Vee pun tak ungkit cerita dia depan aku. Dia tau aku tak suka bila dia cerita tentang suami dia. Lelaki baik tak ajak kahwin kat sempadan.
Takkan tu dia tak paham?

Suatu petang sedang syok aku ngan roomate aku sorang lagi berbual tiba-tiba aku dengar seseorang berlari kat luar. Terkejut bila pintu bilik di buka dan Vee menangis mendayu-dayu.
Apa halnya?

"Dia tipu! Dia tipu aku!"
Meraung-raung dia menangis. Aku dapat agak ni mesti kes laki dia.
"Tipu? Tipu apa?"
"Dia tak cerai lagi dengan isteri dia! Dia tipu aku, Ly! Dia tipu aku! Tadi aku tanya isteri dia. Diorang belum bercerai!"
"Ya Allah, kau bawak mengucap boleh tak? Vee... cuba kau bertenang!"
Roomate aku yang sorang lagi tu dah kecut perut dengar.
Setengah jam lepas dia meraung-raung tu baru la dia berhenti. Punya lah marah kat laki dia siap maki-maki lagi.

"Vee.. aku bukan tak nasihat kau tau! Dah berbuih-buih mulut aku bagi nasihat. Kau taknak dengar. Sekarang dah jadi macam ni, kau kena terimalah. Cuba fikirkan cara terbaik nak settle."
Owh hidup.. waktu tu aku syukur sangat hidup dipelihara rahmat Allah. Bukan semua orang bernasib baik kan?

Selang dua hari lepas tu Vee mula tunjukkan sindrom 'jiwa kacau'.

"Ly, bangun la! Ly!" Roomate aku sorang lagi kejut aku pukul 3 pagi.
"Kenapa ni?"
"Vee... dia makan banyak pil dengan ubat batuk. Dia pegang pisau dari tadi."
Aish.. kacau betul aku nak tidur. Nak mati pun jangan la ganggu orang sekeliling. Waktu tu marah aku membuak-buak. Selama ni memang aku cakap pijak semut pun tak mati. Kali ni dah melampau dah si Vee ni. Nak mati meh aku tikam!

"Kau buat apa?"
Dia diam. Bunyi lagu dari headphone dia aku rasa boleh pecah gegendang telinga.
Aku matikan plug radio.
"Aku tanya, kau buat apa?"
Dia langsung tak pandang aku.
"Aku tanya ni jawab la. Kau pekak ke?"
Dia menangis.
"Aku tak sanggup lagi, Ly. Dia tipu aku hidup-hidup! Aku sedih!"
"Kau ni, aku nak kata bodoh kau cerdik. Laki kau tu memang tak guna. Dari dulu aku cakap tak suka korang couple. Boleh pulak nak kahwin? Sekarang dah jadi macam ni kau nak sedih la.. marah la.. Dulu tak beringat. Hei, aku cakap banyak sekarang tak guna dah tau. Yang kau sampai nak bunuh diri makan ubat banyak-banyak ni ni apa halnya?"

"Aku bersalah kat semua orang. Aku taknak susahkan sapa2 lagi!" Vee jawab.
"Ini kau kata taknak susahkan orang? Kau ada fikir tak mak ayah kau? Dah la kau tipu diorang, sekarang kau nak mati, lepas tu kau kata tak susah kan diorang? Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Penat mak ayah kau besarkan kau, ni yang kau bagi? Sebab sorang lelaki, kau nak mati? Apa mak ayah kau nak bagitau orang kalau kau mati? Bunuh diri sebab laki? Malu tau tak! sebab kau, satu keluarga kau kena tanggung malu seumur hidup!"
Bertambah kuat Vee menangis.

"Aku tak tau.. aku mintak maaf!"
"Jangan mintak maaf dengan aku! Kau ada mak ayah... bagitau hal sebenar. Mintak maaf kat diorang. Mak bapak mana tak sayang anak? Vee... mintak ampun dekat Tuhan. Cukuplah apa yang kau dah buat!"

"Sekarang kau muntahkan balik ubat-ubat tu!"
Huhu.. lagak macam doktor pulak aku waktu tu...

Esok tu dia pergi hospital. Doktor bagi transkripsi suruh masuk wad tapi dia nak balik amik barang dulu. Ada tulis kat transkripsi dia... Keracunan hati. Rujuk pada psikitri. Lama jugak la dia balik.. dekat seminggu. Bila dia balik, aku tengok dia macam dah ok. Yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting ialah kesedaran dan perubahan.

"Ly, thank you."

Aku tau, aku bukan malaikat. Aku bukan penasihat yang baik. Aku pun manusia biasa. Kadang-kadang manusia gagal buat pertimbangan. Dan bila hati dah keras dan hitam, yang ada cuma huluran doa. Berdoakan lah kita sentiasa dilindungiNya. Berdoalah kita tergolong dalam golongan yang sabar. Berdoalah kita esok mungkin lebih baik dari hari ini dan semalam...


g l o o m y s u n d a y



Sunday is gloomy, my hours are slumberless
Dearest the shadows I live with are numberless
Little white flowers will never awaken you
Not where the black coach of sorrow has taken you
Angels have no thought of ever returning you
Would they be angry if I thought of joining you?

Gloomy Sunday

Gloomy is Sunday, with shadows I spend it all
My heart and I have decided to end it all
Soon there'll be candles and prayers that are sad I know
Let them not weep let them know that I'm glad to go
Death is no dream for in death I'm caressing you
With the last breath of my soul I'll be blessing you

Gloomy Sunday

Dreaming, I was only dreaming
I wake and I find you asleep in the deep of my heart, here
Darling, I hope that my dream never haunted you
My heart is telling you how much I wanted you

Gloomy Sunday

-------------------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Overture To Death
D. P. MacDonald

In February of 1936, Budapest Police were investigating the suicide of a local shoemaker, Joseph Keller. The investigation showed that Keller had left a suicide note in which he quoted the lyrics of a recent popular song. The song was "Gloomy Sunday".

The fact that a man chose to quote the lyrics of a little-known song may not seem very strange. However, the fact that over the years, this song has been directly associated with the deaths of over 100 people is quite strange indeed.

Following the event described above, seventeen additional people took their own lives. In each case, "Gloomy Sunday" was closely connected with the circumstances surrounding the suicide.

Among those included are two people who shot themselves while listening to a gypsy band playing the tune. Several others drowned themselves in the Danube while clutching the sheet music of "Gloomy Sunday". One gentleman reportedly walked out of a nightclub and blew his brains out after having requested the band to play "The Suicide Song".

The adverse effect of "Gloomy Sunday" was becoming so great that the Budapest Police thought it best to ban the song. However, the suppression of "Gloomy Sunday" was not restricted to Budapest, nor was its seemingly evil effects. In Berlin, a young shopkeeper hung herself. Beneath her feet lay a copy of "Gloomy Sunday".

In New York, a pretty typist gassed herself leaving a request that "Gloomy Sunday" should be played at her funeral.

Many claim that broken romances are the true causes of these suicides. However, this is debatable. For instance, one man jumped to his death from a seventh story window followed by the wailing strains of "Gloomy Sunday". He was over 80 years old! In contrast to this, a 14 year old girl drowned herself while clutching a copy of "The Suicide Song".

Perhaps the strongest of all was the case of an errand boy in Rome, who, having heard a beggar humming the tune, parked his cycle, walked over to the beggar, gave him all his money, and then sought his death in the waters beneath a nearby bridge.

As the death toll climbed, the B.B.C. felt it necesssary to suppress the song, and the U.S. network quickly followed suit. A French station even brought in psychic experts to study the effects of "Gloomy Sunday" but had no effect on the ever climbing death rate.

The composer, Rezső Seress, who in 1933 wrote "Gloomy Sunday", was as bewildered as the rest of the world. Although he wrote the song on the breakup of his own romance, he never dreamed of the results which would follow. However, as fate would have it, not even Seress could escape the song's strange effects.

At first he had a difficult time getting someone to publish the song. Quite frankly, no one would have anything to do with it. As one publisher stated, "It is not that the song is sad, there is a sort of terrible compelling despair about it. I don't think it would do anyone any good to hear a song like that."

However, time passed and Seress finally got his song published. Within the week "Gloomy Sunday" became a best seller, Seress contacted his ex-lover and made plans for a reunion. The next day the girl took her life through the use of poison. By her side was a piece of paper containing two words: "Gloomy Sunday".

When questioned as to just what he had in mind when he wrote the song, Seress replied, "I stand in the midst of this deadly success as an accused man. This fatal fame hurts me. I cried all of the disappointments of my heart into this song, and it seems that others with feelings like mine have found their own hurt in it."

As the months went by and the excitement died down, the B.B.C. agreed to release "Gloomy Sunday", but only as an instrumental. This version was later made into a record. A London policemen heard this particular arrangement being repeatedly and endlessly played in a nearby apartment. He considered this to be worthy of investigation. Upon entering the apartment, he found an automatic phonograph playing and replaying the tune. Next to it was a woman, dead from an overdose of barbiturates. It was this incident which prompted the B.B.C. to reimpose its ban on the song. To this day it has not been lifted.

As a final note, "Gloomy Sunday" was introduced to the U.S. market in 1936. However, getting it recorded was no easy matter. Bob Allen and members of the Hal Kemp band were the first to record "Gloomy Sunday" in the U.S. They were noticeably affected while making the record. It took twenty-one takes to turn out a record good enough to publish. Few people who have ever listened to the melody and lyrics fail to confess that it has a horribly depressing effect.

Finally, it is not surprising to note that Rezső Seress, the composer of "Gloomy Sunday", committed suicide in 1968.


--------------------------------------------------------------------------------------------------